Friday, July 31, 2009

Jodoh dan Berani


Aku terima kad jemputan. Aku kenal pengantin perempuan. Pengantin lelaki aku tak pasti. Pengantin perempuan umur mid 30s, lebih kurang umur aku. Lebih sebenarnya dari umur aku. Dan pengantin lelakinya, umur antara 25 atau 26, aku tidak pasti. Sepuluh tahun bezanya. Pengantin perempuannya berpangkat pegawai... pengantin lelaki berpangkat kerani.

Yang pastinya, antara mereka ada jodoh. Mungkin zaman sekarang ni, umur tidak menjadi penghalang untuk menjadi SATU. Bahasa klisenya "cinta tak mengenal usia". Bila dah ada berkenalan, dah rasa tertarik, dah ada keinginan untuk menjadi satu, perlulah ada keberanian. Perlu ada usaha. Aku pasti mesti ada yang 'berkata-kata'. Tentang beza usia. Tentang pangkat. Tentang rupa. Aku tabik mereka.. sebab mereka berani!!

Keberanian perlu untuk menempuh satu peringkat hidup yang tidak pasti. Tapi boleh merancang. Supaya nanti semakin cinta, semakin bahagia, semakin berjaya , semakin murah rezeki dan semakin berkat hidupnya.

Aku doakan mereka bahagia. Semoga dimurahkan rezeki. Semoga semakin cinta, InsyaAllah. Teringat pulak aku pada entry aku yang lepas. Tentang ini. :-)


Selamat pengantin baru...




Salam kasih.

18 comments:

mamai said...

selagi mereka saling memahami dan ada persefahaman usia tak menjadi penghalang...bukan ker Nabi Muhammad kawain pun dengan usia yang berbeza...

ciktipah said...

alamak...10 tahun nok?

uhukk...uhukkkkk...uhukkkk.

iskkk pesal batuk nih.

edzlin007 said...

selamat pengantin baru kepada pasangan itu. moga kekal ke akhir hayat.

zino said...

selamat pengantin baru kepada pasangan tersebut..

afiq said...

owhh kawan mak sye...jande anak lime berkahwin dgn lelaki bujang yang mude sploh tahun dari die..alhamdulillah.. kekal dan bahagia smpai hari ini....tapi sye xtau ler boleh handle x kalo sye di dalam situasi iteww....

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Adibah,

"cinta perlu keberanian, bukankah begitu (?)"'

"keberanian untuk yang positiflah".

adibah said...

mamai,

betul.. aku setuju..!

adibah said...

ciktipah,

ko nak ikut jejak langkah gittew kah?

adibah said...

edzlin,

ye.. kita doakan mereka..

adibah said...

zino,

ye.. tak lama lagi mak&ayah pengantin, boleh join zino.. jadi Dato' ;-)

adibah said...

afiq,

kawan mak ada tak yang bujang2? ataupun dude2? asalkan bukan suami orang...? kalo ada.. sila sampaikan salamku pada mereka.. ;-)

adibah said...

zul,

betul.. berani itu perlu!

saya kurus said...

cinta itu tanggungjawab, kalau belum ada rasa bertanggungjawab jangan cuba-cuba bercinta...
usia, anak lima bukan syarat..
cinta sebenar tanpa syarat...
TANPA SYARAT...

ade berani?

adibah said...

sayakurus,

ye.. saya..! :-)

Jard The Great said...

cinta itu commitment... tak nak commit takyah berchenta.. sng cerita.. huhu

adibah said...

Jard,

betul..! betul..! betul..!

Lyn Yusoff said...

umur just a no.
yg penting keihklasan, kejujuran untuk berumahtangga.
semoga kekal hingga ke akhir hayat.

adibah said...

Lyn,

setuju! nampak gambar pengantin.. ceria sungguh pengantin tu :-)