Monday, July 13, 2009

Pelik..


Satu malam tu, aku jumpa seseorang. Blogger. Tempat perjumpaan kami memang sangat menarik. Dalam kereta. Di stesen minyak Petronas. Bertemankan siaran radio SinarFM dan aircond paling slow. Bertemankan lampu neon. Dan papan iklan Bumble Bee dari famili Transformer. Borak punya borak punya borak.. tiba-tiba keluar statement dari dia.

"Blogger ni pelik-pelik.." kata dia sambil senyum..


kemudian dia geleng kepala..



kemudian dia senyum lagi..



Aku tanya dia "Huh? Pelik..? Apanyer yang pelik?? U mean... I pelik?"

"Ye.. pelik.. I kan blogger. Kan i ni pelik..?" jawab dia selamba

"Ish.. pelik!" Ayat keluar dari mulut aku hasil tindakan refleks dari statement dia tadi.



Apa yang dimaksudkan pelik itu? Aku pun tak tau.. sebab sampai sekarang aku belum dapat jawapan dari dia.. Hehe..


Mungkin pelik yang dimaksudkan oleh dia adalah seperti peliknya situasi dalam gambar ini. Gambar tandas awam di salah sebuah pantai yang aku snap tempohari . Tandas awam yang punya 'kuali' astro dan balang2 berisi gula2 dan junk food di kaunter toilet tu sendiri. untuk di jual.... Mmm... pelik...



Salam kasih.

6 comments:

ciktipah said...

tempat perjumpaan kami memang sangat menarik. Dalam kereta. Di stesen minyak Petronas. Bertemankan siaran radio SinarFM dan aircond paling slow. Bertemankan lampu neon <-----huih...takde yg pelik laa. cuma lain macam je. haaaa......opssss...totop mulut! hikhikhik.

adibah said...

CikTipah,

Itu namanya perjumpaan bajet ye ciktipah... tak mampu nak dating kat Stabak segala.. ekekekekekeke


kena berjimat cermat cikTipah.. huhu. sila jangan speku!

Ana Ali said...

love the new layout babe... spend my weekend up in the moountain....

adibah said...

Ana,

thank you.. :-)


weekend aku dah ke sekolah semula...

mamai said...

salam tuah rumah...tumpang buang sampah

pelik tapi benar la tu...
sambil termenung boleh layan astro
tapi kalu sambil termenung makan tu makruh.

business ada di mana2.

adibah said...

mamai,

termenung layan astro.. takut2 nanti kalo cerita seram.. sessi termenung terbantut!

singgah lagi ye..