Friday, July 24, 2009

Jerubu Itu

Sekarang ini Kuala Lumpur dilanda jerubu. Dah beberapa hari dah jerubu. Bukan berhari.. dah berminggu sebenarnya.. Kuala Lumpur dah hilang serinya.. Tak terlihat segala yang indah tentang Kuala Lumpur. Entah bagaimana rupa langit.. entah bila dapat menjenguk matahari lagi. Jerubu ini buatkan berair mata. Jerubu ini buatkan sesak nafas, senak dada. Jerubu buatkan hilang rasa. Hilang mood. Jerubu ini buat jadi tertanya2.. bila agaknya Kuala Lumpur ini jadi cerah semula.


Aku rindukan kau yang dulu.. Buat aku rasa tenang. Rasa happy. Rasa bahagia. Aku rindukan suasana bangun pagi dengan senyuman.. Bukak tingkap. Boleh nampak KualaLumpur waktu pagi yang tenang dan damai. Aku rindukan masa yang dulu....


Aku tarik sehelai tisu dari kotak. Aku lap mata yang pedih berair. Semuanya kerana jerubu.





Salam kasih.

20 comments:

AmierHamzah said...

huhuhu.. memang best kalau bangun pagi nampak segala-galanya.. nampak bangunan pencakar langit.. ni bangun tidur nampak keter.. asap sana sini.. menyesakkan.. sib bek la umah ku di tingkat 7 takda la terasa sangat.. kena tingkat 15? mesti lagi best.. agaknya la.. but memandangkan nampak highway jer.. bosan la plak.. sesekali nak gak nampak klcc depan mata.. wakakakak

adibah said...

Amier,

Ko pindah KL la... tak pun.. letak gambar KLCC kat luar tingkap rumah.. dapat gak tengok KLCC depan mata!! ekekeke

Hazerin said...

wahhh.. lagu..menanti sebuah jawaban.
T_T. bestnyaaaa...


kak demam ke?? selsema? mkn ubat, kak.


jerubu ke jerebu kak?

adibah said...

hazerin,

1. memang tengah menanti sebuah jawaban

2. memang tak sehat

3. ntah.. janji bunyik sama.. hahahaha

adiwarnatasya said...

Kanda,
Salam singgah...
Owhhh:)
Kampung juga yang masih ada harapan kanda, terpelihara daripada jerebu.

Ana Ali said...

rumah saya krang jerubu..tapi langit pun kerap jugak mendung nyer...

amier bila nak hapdate blog ngko itu eks

mamai said...

bukan setakat KL puncak alam jua hilang seri

afiq said...

aku wase da follow dah.. tah cane leh ilang plak..skang da follow...
wakakakkaa

adibah said...

natasya,

tu lah.. rasa macam nak balik kg je...

adibah said...

Ana,

bestlah kalau macam tu.. kat umah aku ni.. "kabus" 24jam! aduhai..

adibah said...

mamai,

mmm betul.. lembah kelang hilang seri.. :-(

adibah said...

afiq,


berjerubu jugak ye dik.. ekekeke..
welkam bek!

Jard The Great said...

kat bangsar.. tgh ari tadi clear skies ja..hehe

adibah said...

Jard,

kat area aku masih ada lagi jerubu.. aduh.

zino said...

jerebu datang dan pergi..

Edzlin said...

betul, jerebu sebabkan ramai jatuh sakit

adibah said...

zino,

betul zino... so does jerebu dalam hati.. huhu

adibah said...

edzlin,

ye.. ramai yang tak sihat..

AmierHamzah said...

ermm.. mana lebih bahaya? jerebu? H1NI or B1N1? weakakakakakak

adibah said...

Amier,

hahaha.. ko pun ada masalah virus B1N1 ke? wakakakakakakakaka..