Monday, July 27, 2009

Jujur & Berani Mati



Tajuk gerun sungguh!! Kononnya. Hehe.. Mamai bagi aku tugasan. Aku ingatkan 'bintang-bintang' AF je yang ada tugasan.. rupanya blogger pun ada yek... Aku akan cuba buat tugasan ini sejujur yang mampu, tanpa prejudis. Tiada plagiat(betul ke ejaan aku nih?). Tiada copy paste.


Amaran: Ada diantara jawapan2 aku ini adalah jawapan berani mati.



1. Bekas kekasih saya adalah suami orang, anaknya lebih dari tiga

2. Saya sedang mendengar iklan KFC di AstroPrima.. rasa lapar pulak tiba2..

3. Mungkin saya patut jalan ke arah PaddlePop, berhenti dan kata "assalamualaikum.. i miss u" malam tadi.. <-- keje giler!

4. Saya suka baca statement NomanAkim dalam HarianMetro semalam. Expected babe..!<-- menaip dari pengalaman nih..

5. Sahabat-sahabat baik saya ramai yang dah kawen dan beranak-pinak

6. Saya tak faham kenapa setiap hari Jumaat, jalan2 kat KL ni lebih jem dari biasa, kan?

7. Saya kehilangan mak dan ayah, diwaktu saya masih sendiri :(

8. Ramai yang kata saya ni jovial.. kalau diorang boleh scan hati dan minda saya.. mungkin kata2 mereka akan berubah

9. Cinta itu adalah anugerah dari Allah

10. Di suatu tempat, seseorang sedang gosok gigi

11. Saya akan cuba dan sedang memberi masa kepada dia.. seperti yang dia minta

12. Ayat SELAMANYA membawa maksud FOREVER

13. Telefon bimbit saya bernama Nokia N70.. dah tua, tapi tahan lama..

14. Bila saya terjaga dari tidur saya sebut Alhamdulillah.. kemudian tekan switch lampu.. kemudian.... kemudian.. kemudian...

15. Saya paling meluat bila orang memberi alasan itu ini sedangkan semuanya tipu

16. Pesta/Parti adalah satu aktiviti yang memerlukan duit

17. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah penyu yang sedang mencari makanan di dasar laut.. setelah penat mengejar

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah umur yang saya ada sekarang

19. Hari ini saya ada jamuan kat ofis. Ada orang sedekah pulut kuning dan rendang ayam.. yummy!

20. Malam ini saya akan prepare untuk class esok hari, InsyaAllah

21. Esok saya akan pergi class dari 6.30pm hingga 10.15pm

22. Saya betul-betul inginkan segala yang terbaik untuk saya dan dia, insyaAllah.. amin...

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini saya terfikir.. "hmm.. solution untuk lense dah habis la..."

24. Pusat Membeli belah atau arked permainan sama seperti pesta, perlukan duit.

25. Makanan barat atau Jepun tidak sama rasanya seperti nasi lemak atau roti canai

26. Bilik yang terang atau gelap, kalau dah mengantuk, terlelap jua...

27. Makanan Segera adalah mahal

28. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang : bye2

29. Siapa yang anda mahu TAG: semua yang teringin nak menjawab tag ini.. silakan....



Mamai, selesai sudah. Haha.. Aku dah passkan tugasan ni pada sesapa je yang sudi nak menjawab.




Salam kasih.

14 comments:

ciktipah said...

aku suka jwpn no 4. hahaha pengalaman tuh mahal!

adibah said...

ciktipah,

nantilah..kalo rajin aku kongsi pengalaman ittew.. huhu

mamai said...

huh cepat betul ko jawab yer adib...tapi aku percaya kau mmg berani...cuma kau perlu buktikan kat paddlepop kau hehehehehe...

thanks friend

AmierHamzah said...

heh.. paddlepop tuh siapa yer?? soalan pertama tu.. siapa yer? ermm musykil.. but kalau aku jawab soalan ni semua mudah bebenor..

Wanpetunjuk said...

Aha...rajin akak jawab tag nih....hehehehe.

Tapi best gak utk hilangkan keboringan kan?...

Wish you have a pleasant day akak....

adibah said...

Amier,

Hahaha.. ko call aku la.. aku bagi verbal answer kat ko.. haha..

Ko cuba la jawab tag ni.. ber'update' jugak blog ko tu nanti

Yang pastinya no. 1 dan PaddlePop tu bukan kau.. Kau kan 'YusryKRU'. Wakakakaka

adibah said...

Dayat,

Hi dayat. Kalau dayat rajin.. dayat pun boleh jawab tag ni... Jawablah..! :-)

adibah said...

Mamai,

Kan kau kata assignment.. assignment mana leh tanguh2 nanti kurang markah.. haha..

Aku berani? Bukti pada PaddlePop?? Er.. er.. er..

*speechless

patungcendana said...

aku ada tugasan yang serupa...belum jawab lagi...huhuhu

Edzlin said...

good to know you. ahah, tetiba je.

adibah said...

patungcendana,

ko takyah jawab.. ko tulis puisi yang best2 je dah cukup.. (abihla aku kena dimarah mamai nanti.. ekekeke)

adibah said...

edzlin,

hehehehe... bila nak buat blog ni dik?

AmierHamzah said...

dibah.. sebab aku tau bukan aku la.. aku tanya.. kalau aku tau .. "itu aku" .. takmo tanya dah.. tentu aku senyum sendirik.. sambil guling guling ala ala hindustan.. wakakakak.. heh.. yusry kru ke? sok dia tak leh carik mkn dah nanti.. sure sure aku lak jadik cicakman.. wakakakakka

adibah said...

amier,

sudahlah!! hahaha