Wednesday, July 15, 2009

Kerana Name Tag Itu


Kalau aku tak turun bawah, gi tapau kueteow goreng untuk dinner tadi, mungkin semua ni tak jadi.. Ini semua kerana gara-gara teringin.. sebab tak tau nak dinner apa... Kisahnya begini...

Lepas tapau kueteow goreng tadi, aku pun jalan ke arah lift lobby, nak balik umah. Then.. lift pun terbukak.. aku masuk dengan 3 yang lain.. Pintu lift pun tutup... tapi... tiba2 terbuka balik... ada seorang budak sekolah menengah masuk.. dengan muka yang penat..

name tag.. gambar dari google image


Aku perati budak sekolah tu.. dan mata aku terhenti bila tengok NAME TAG dia... nama dia mengingatkan aku kat seseorang. Masa zaman sekolah menengah dulu.. waktu di tingkatan 6 selama 3 bulan tu..

Sepanjang perjalanan dari Ground Floor ke Tingkat 15 tadi, aku teringat kisah dulu-dulu..

Aku masuk tingkatan 6 di sekolah lain.. dan dalam tingkatan 6 tu, carca merba. Student datangnya dari macam-macam sekolah di sekitar daerah Kajang. Dari Bangi, Semenyih, Cheras dari Kajang sendiri pun... semuanya masuk dalam satu sekolah ni..

Disebabkan most of us yang masuk form 6 tu sekadar nak enjoy dan networking (ha ha ha), jadi masa bermain2 tu lebih diingati sampai sekarang daripada subjek yang dibelajar time tu.. which is aku pun dah lupa sekarang nih.. Ko tanya apa pun.. gwe udah ngak ingat lagi dong..!

Dalam enjoy2 dan networking2 tu.. aku pun 'tersuka' lah dengan mamat sorang nih... Ex-student MRSM, ensem seyyyyy!!! Comel jer.. Sepet! hehe... Duduk kat Bandar Baru Bangi..! Nampak innocent dan skema.. tapi melihatkan seluar sekolah dia yang agak fit dan gaya ala2 diskang.. aku tak caya dia ni innocent! Mesti budak nakal jugak nih...!

Biasanya aku & geng akan duk kat tepi tangga (buruk sangat la kan... anak2 dara duk melepak kat tangga) sambil bergosip pepagi.. dan setiap kali dia lalu kat tangga tu... kitorang akan diam dan memerhati.... keenseman dia.. Hiks!

Dapat phone number... rajin la aku gayut ngan dia.. dulu pakai telefon umah.. mana ada henpon segala... dalam telefon memang dia gila-gila.. tapi kat luar..skema jer.. Then, aku dapat masuk ITM Kuching.. dia ke ITM Perlis.. jauh giler tu.... Sebelum berpisah.. sebelum aku terbang gi Kuching, kami jumpa kat depan KFC Kajang.. dia bagi gambar kat aku.



Nampak tak bulatan dalam gambar nih... ekeke.. Gambar zaman dolu2.. time tu rambut gini adalah femes occay! ekekeke.. bantal ittew adalah untuk mengcover kepala lutut yang terserlah.. hahahaha. Mau selim macam dalam ini gambar semula!!! Helpppppppp!!! :-)

Gambar dia aku potong kecik.. aku letak kat notis board kat tepi katil, together with his card. Sebelum tido tu aku tengok la muka dia.. tapi sebelum tido jer la.... bila bagun tido tu.. kadang2 je aku ngadap gambar dia.. sebab kadang2 aku pusing2 ntah ke mana.. ekekeke..


Walau dalam kesamaran pun... masih nampak kehemseman dia lagi.. ekekekekeke.. Hmmm.. kat depan KFC tu la kali terakhir aku jumpa dia... lepas tu kami lost contact.. ye laaa aku balik umah pun 6 bulan sekali. Handphone takda nak contact. Rumah dia pun aku tak tau kat mana. Takkan aku nak cari dia macam orang jual surat khabar lama kan? Giler!

Dan bila keluar dari lift tadi .... aku tanya kat diri aku sendiri... "Dah anak berapa agaknya dia ye....." Hehe..


Name tag itu.. mengingatkan aku kisah zaman dulu.. zaman cinta monyet.. zaman puppy love.. oleh kerana aku bukan monyet dan bukan puppy.. cinta itu sudah tiada lagi, tak menjadi. Aku happy dengan semua memorinya.. :-)



Salam kasih.

10 comments:

ciktipah said...

berapa ramai ni? sampai 4 org ke? awat yg ditampal gambo sorang je? ke nama mamat tu panjang sampai 4 tu semua nama dia?

wahh bnyknye soalan.

adibah said...

ciktipah,

sorang jer... tu contoh gambar name tag... ish ish ish...

mamai said...

aku juga masuk form 6 mmg aku pilih sendiri walau ada tawaran lain. semua adik beradik tak setuju.

depa kata form 6 tu susah tapi itu yang aku suka alhamdulillah aku berjaya

mmg benar form 6 banyak memori kerana baru nak belajar jadi dewasa kot..first time aku ada mak we walau sebulan hehehehe

DaliaLiyana said...

huhu..dalia tak berpeluang pun nak go to form 6..tp cousin kata best..tinggl kenangan...

addyaholix said...

itu mr paddle pop nya? sekurang-kurangnya kita masih mampu hidup bertemankan kenangan manis waktu dulu. kan kak dib?

adibah said...

mamai,


Form 6 memang tempat best utk kenal makwe atau pakwe.. hehehe.. walaupun hanya sekejap saja, kan?

tahniah sebab berjaya dalam form 6..

adibah said...

Dalia,

Zaman sekarang ni, jarang orang nak masuk form 6, walaupun sekejap.. sebab tunggu offer dari yang lain..:-)

adibah said...

addy,

ho ho ho ho... bukan.. bukan.. kalo dia mr. PaddlePop.. mesti PaddlePop aku tu dah basi sekarang! hahaha

Kenangan lalu adalah kenangan terindah..

Edzlin said...

hahaha i like.....

adibah said...

edlin,

hi...lama tak nampak.. how r u?