Tuesday, December 30, 2008

Nak Dinner Kat Mana?


Masa kat KotaKeriangan hari tu, duk pikir-pikir nak dinner kat mana.. Nak gi fastfood, ramai orang. Kat atas ni, nak gi restoran2 lain.. harga mahal dari biasa. Ayam goreng kat kedai mamak pun.. sepotong dalam RM6. Kalo kat bawah, RM6 dapat ayam sekor kan...!

My auntie nak cari makanan yang panas2.. sebab sejuk memalam kat Genting ni kan.. Pastu teringat pulak on the way nak gi hotel tadi, nampak OldTown WhiteCoffee. Jom..! Gigih ni berjalan dari hotel ke OldTown WhiteCoffee. Hehe..


Dari jauh ku lihat logo mu.. hiks!

..with my irresistable 100 Cold. Sojuk2 pun.. ini jugak yang aku order. Hehe. Temanku, macamana sukanya awak kat tehais, macam tu lah sukanya saya kat 100Cold ni.. tak leh pisah taw... hiks!


...lets eat!


.. bersungguh2 dia duk makan Curry Mee ni.. sikecik ni requested for chopstick. waiter tu dah huloq sudu&garfu kat dia.. "Chopstick please!"katanya.. Hahahaha..


Rasanya.. aku patut jadi duta OldTownWhiteCoffee la...Duk ngulang ke sana je... Hiks!


Salam kasih.

First Ride


Malam lepas dinner, Dikna ajak gi pusing-pusing lagi. Seperti biasa, game untuk kids taknak main dah.. Dia ajak Nad naik indoor roller coaster. Ramai sungguh yang beratur. Q yang agak panjang. Peak season kan.. surely ramai orang. Ramai gak tourist yang duk beratur sama. Kecoh betul..!

Dikna & Nad sempat posing masa beratur. Jantung Dikna dag dig dug masa ni.. berdebar-debar. Maklumler.. her first roller-coaster ride. Hehe.

Rupanya lepas 10 pusingan, technician akan check roller coaster ni.. Kena la tunggu masa tambahan 10 minit untuk diorang buat inspection. Dah puas hati dengan inspection, roller coster ni akan buat lintas hormat 2 round.. lepas tu.. barulah boleh naik semula..



Pusingnya sekejap je.. dalam 2 minit macam tu.. yang lamanya duk Q panjang. Keluar dari roller-coaster, ayat pertama Dikna ialah "Esok kita naik lagi, nak?" Hehe.


Salam kasih.

Karikatur


Sampai di First World Hotel tengok orang ramai giler. Ramai yang duk bersantai di lantai kat tiang2 seri. Macam menunggu flight delay je kaedahnya.. Kitorang dapat nombor giliran 814... dan masa tu baru sampai nombor yang ke 349! Dah penat melepak tersadai dalam 10 minit, aku pun ajak Dikna pergi jalan-jalan melawat kawasan.



Dekat lobby hotel tu jugak.. tengok ada orang duk tengah lukis karikatur (wajah katun) .. eh.. ye ke kalo traslate maknanya ini?? Aku pun pi tanya Dikna.. "Nak lukis tak?" .. terus dia excited "Nak!!".



Kusyuk betul budak-budak kecik tu duk tengok Uncle ni melukis. Punyalah banyak color kat atas meja tu.. macam-macam color yang ada.. Gambar katun Dikna ni dia lukis tu sekejap je.. rasanya ada la dalam 20 minit macam tu..


Ini ler hasilnya...



Kos yang terbabit dalam masa berjalan-jalan sambil2 menunggu giliran untuk check-in.. adalah RM30...! Huhu. Kenapa aku tak lukis gambar aku? SEBAB TAKUT TAK MUAT KERTAS!!! Hiks! Ekekekekeke.

Oh ya.. Setelah 2jam 30 minit menunggu.. akhirnya tiba giliran untuk kitorang check-in! Yeay..!


Salam kasih.

Monday, December 29, 2008

Keriangan dan Kesejukan

Kelmarin ke Genting Highlands dengan my auntie, my sis, Nad dan Dikna. Antara yang berjaya dirakamkan oleh kamera kecik aku. Untuk nengok gambar-gambar di bawah ni.. sila klik on the pics ya...

Indoor game ni banyak untuk kids. Mak bapak, kakak abang, cuma kena standby RM je.. satu game RM8 ye kawan-kawan..! Hehehe.. Kalo ambik indoor game package tu murah lagi ler..tapi sebabkan bukan semua game Dikna nak main "Dikna dah besar.. taknak ler main Merigoraun lagi".. ataupun.. "ini game untuk pre-school boleh lah..." gittew.. Wah.. ingat dah beso bebeno ye dik.. Hehe..



Kat indoor ni, banyak jugak fashion boutique, kalo nak shopping.. Ada macam-macam uols..! Boutique Blush! pun ada... Aku tengok ramai betul orang shopping. Aku tak beli apa-apa pun .. setakat nengok je... sebab..... beberapa hari lagi aku mau ke Rumah Mode..! Hiks! InsyaAllah...



Kitorang tak ke Outdoor Park. Tengok lah tu.. kabus di tengahari..! Sangat tebal occay..! Bila cuaca macam ni, banyak game yang dihentikan operasinya sementara waktu atas sebab-sebab keselamatan. Kabus datang bersama tiupan angin sejuk dan sedikit gerimis mengundang. Sejuk.. Tapi best. Nyaman je... Cuma masa balik tu, saspen gak driving dalam kabus tebal. Nasib baik kabus tebal hanya untuk separuh perjalanan turun. Alhamdulillah.


Salam kasih.

Banjir


Terima MMS dari Temanku. Dah dua hari hujan tak berhenti di kampungnya, katanya.. Banjir.. air dah penuh di jalan raya nak ke bandar. Malam ni baru nak bertolak balik dari kampung. Semoga selamat perjalanan balik ke KL. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Salam kasih.


Untuk Sahabat


Tahniah untuk seorang sahabat yang akan melangkah ke alam baru hari ini. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dilalui sepanjang perjalanan hingga ke hari ini. Hari ini, hari untuk kau gembira. Untuk merasakan bahagia. Aku doakan dipermudahkan perjalanannya, insyaAllah. Kau telah bertemu dengan pelangi... tahniah untukmu, sahabat.

Semoga hari-hari akan datang ni, adalah yang lebih baik dan sempurna untuk kamu.. InsyaAllah. Congratulations!! I'm happy for you... Aku doakan kamu bahagia... Amin..


Salam kasih.

Sunday, December 28, 2008

Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun





Doa Awal Tahun





Salam Maal Hijrah 1430. Semoga tahun 1430 ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaAllah.

Saturday, December 27, 2008

Baju Sejuk ke Baju Panas?


Menjelang tahun baru ni.. dimurahkan rezeki, Alhamdulillah. Kali ini dapat hadiah sweater dari CikMatKhair. Ye ke nama dia sweater? Sweater ni kalo bahasa Melayu nya baju sejuk ke baju panas eh? Ada orang panggil baju sejuk sebab pakai time sejuk.. ada juga orang panggil baju panas sebab pakai nak bagi panas. Apa-apa pun sempena sweater ni ada 'hood' dia.. jom posing dengan memasang(?) hood di kepala.



Sesungguhnya pose ini mendapat ilham dari seorang yang sangat terkenal di Malaysia.. tak lain dah tak bukan...


jeng....







jeng.....









jeng......


















TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Gambar dari google image



Hiks!


Nota kaki: CikTipah, ku telah berkacamata baru. Sekian.

Friday, December 26, 2008

Untuk Temanku





When I need you
Just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you
It's only a heart beat away

When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day

Miles and miles of empty space in between us
A telephone can't take the place of your smile
But you know I wont be traveling for ever
It's cold out, but hold out and do like I do

When I need you
Just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you babe
It's only a heartbeat away

It's not easy when the road is your driver
Honey, that's a heavy load that we bear
But you know I won't be traveling a lifetime
It's cold out but hold out and do like I do
Oh I need you

When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day

When I need you
Just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you
It's only a heart beat away



Wednesday, December 24, 2008

I Have No Idea..


Aku terima email dari seorang kawan. Aku tak pasti, apakah motifnya dia menghantar email itu. Adakah dia nak 'memberitahu' tentang sesuatu pada aku? Tapi kenapa? Tahukah dia tentang apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang?


What is this person up to? Gosh!!! I have no idea..! Whatever it is, I need to make things clear.. ASAP. Something is not right somewhere.. Maybe I need to read between the lines.. or maybe I just need to ignore the email.

Ya Allah.. berikanlah kekuatan hambaMu ini untuk menghadapi dugaanMu ini..Amin..


Salam kasih.

Tuesday, December 23, 2008

Bantal Kekabu


Bantal kecik untuk kerusi aku kat office dah semakin lembik.. tandanya kekabu nak kena refill. Kebetulan hari tu, masa singgah dinner kat NZ, aku nampak ada satu kiosk jual barang2 kekabu. Since I need to top-up my other pillow too, I bought this kekabu for RM14. The intial price was RM16. Mahal ke murah ye..? I have no idea.


BEFORE

Ini gambar cushion kekabu sebelum diedit@ditambah kekabu yang baru. Sungguh tahan lama cushion cover ini.. dah bertahun.. tapi masih nampak macam baru.


AFTER

Cushion tanpa cover yang telah ditop-up dengan kekabu baru. Rasanya lepas ni.. lagi lama la aku landingkan kepala kat cushion ni bila mata dah penat sangat kat office. Huhu. Dalam sehari dua ni, dah boleh bawak gi office semula..


Salam kasih.

Rutin Harian/Mingguan


Hari ni macam-macam kerja amal yang aku kena buat. Assignment yang tak berapa nak siap lagi tu nak kena settle. Laundry kena buat. Masak (sebab aku malas nak keluar umah untuk dinner) dan 'mengedit' cushion kekabu aku. Belum masuk kerja menengok tv citer SPA Q2 (yang personally, aku rasa tak berapa best macam yang 1st) & tengok Oprah Show malam tadi.


Hasil laundry. Orang lain buat laundry on weekend. Tapi, weekend laaaaaa aku bizi bebenor. Sib baik zaman ni ada washing machine kan.. petik sana sini, bukak paip, campak sabun & softner, dah siap keje mencuci.. kalo ikut zaman nenek2 kita dulu.. basuh manual.. mau sengal pinggang dibuatnya duk mencangkung lama untuk membasuh kain.


Hari ni aku masak Mee Goreng Sukati Campak untuk dinner. Bahan2nya adalah hidupan laut, teloq, sayoq, sos tiram & kicap & aku buh sos lea perins sikit dan garam sesuka hati. Untuk penumis, aku guna bawang besar (sebab bawang merah kat umah dah abih), bawang putih, halia & cili kering. Campak suma bahan2 tu dalam blender, petik suis, putar2, blend2, terus jadi paste untuk ditumis.


Dah siap main campak2, gaul2 dan kacau2, inilah hasilnya.. sodap la kot sebab akak aku tambah lagi satu round tadi.. haha. Aku kalo masak tak reti nak merasa, sebab kalo aku rasa.. mesti ada je aku nak adjust.. sampai ntah jadi rasa apa.. Campak2, godek2, terus hidang dan makan!


Untuk membuat kerja-kerja dirumah, dinasihatkan untuk memakai alat keselamatan, seperti selipar tidur? dapur mikimos aku ini. Nampak comel je kat Watson hari tu.. aku pun amik la satu... Seploh Hengget saja.. Elok pakai selipar macam ni..sebagai menjaga keselamatan kaki. Tapi selipar yang macam ni.. aku sendiri tak tau mana yang kiri, mana yang kanan. Sebab dua2nya macam sama je..

Kerja-kerja rumah ni memang menjadi rutin seharian/mingguan orang perempuan, tak kira sama ada single, berkeluarga ataupun single kembali. Kawen ke... tak kawen ke.. semua kena buat sendiri (kecuali kalo ada bibik). Tapi, aku ada kawan masa study2 dulu yang ada bibik, tapi tak bagi bibik masak.. sebab maknya pesan takut nanti hubby lupa cemana rasa "air tangan isteri". Wallahualam.


Salam kasih.


Monday, December 22, 2008

Bersentap-sentap Dulu, Bergembira-gembira Kendian.

Tudia tajuk... ceritanya begini....;


SENTAP

Tadi aku pegi satu bank ni dengan Dikna & Acik untuk buka akaun Dikna. Yang seronoknya bila dapat gift satu paperbag yang ada bag + botol air + keychain + tabung kat dalam. Elok ler kan, dari kecik2 camni ajar menabung duti sekolah sendiri.. nanti kalo sesak2 boleh ler akak mu ini tumpang sekaki.. HAHAHA... (gelak jahat nihh) budak kecik kan tak baik pegang duit bebanyak.. mek sini.. akak ko tolong simpankan.. HAHAHAHA (gelak jahat lagi...)


Posing depan bank.. walaupun servis nya agak bersifat siput dan kura2 sedikit.. aku sabor jugak.. janji sikecik ni puas hatil... Aku pun tak tau pulak, sekarang ni.. kalo nak fotostat IC ke Surat Beranak ke kat bank, memang kena bayar 50sen sekeping ya? Akak teller kat kaunter tu ala2 kekwat memandang aku dengan sebelah mata dan berkata "Puan, kita tak galakkan pelanggan guna fotostat mesin kita.. kita charge 50sen sekeping." owhh,... ko kekwat ngan aku ye.. aku pun jawab.. "Really?? Owh.. okay .. u can have my coins then" dan aku pun bagi la duit syiling seposen dan duaposen berjumlah RM1. Gittew.. Kan aku dah kata.. don't make me speak English! Cuba la cakap elok2 ngan client.. ni main pandang2 jeling2 plak... Ish.. ish.. ish..!

Pehtu.. mamat yang duk attend aku tu.. kira duit 50hengget sebanyak 20 keping pun berkali kali dan kali.. tak cukup pakai mesin.. kira pakai tangan. Pehtu.. dia leh tanya kat officer.. "Kak jap kak.. (panggil officer gi kat kaunter dia) Kenapa duit 2 keping ni lain dari duit yang lain??" Dan rupa2nya the signature atas note RM50 itu read as "Aishah". Aiyoo.. terasa ada kebakaran di dalam hati aku. Terus aku tanya.. "Dik, BARU KEJE BANK ke dik?" Sentap okay.. !! Macam ler aku ni bagi duit pelesu kat dia.. Bayangkanlah kalo orang bagi note RM50 berbundle2.. mau dia kira sampai malam..!! Patutnya, sebelum duk kaunter tu.. bagi la staff menolong chief cahshier untuk kira duit...training pegang dan kira duit dulu at least untuk sebulan bagi familiar dengan duit.. Duhh!!!


GEMBIRA

Lepas antar Acik balik, aku & Dikna terus ke Cheras Perdana untuk amik cermin mata yang aku tempah Jemaat lepas.. Aku text Temanku, bagitau dia aku dah sampai kedai spek tu.. tak lama lepas tu, dia tanya lokasi aku sebenarnya kat mana.. Nasib baik masa kat kedai spek tu semuanya berjalan lancar.


Aku memang beli spek kat kedai ni.. New Image Optical kat Cheras Perdana. Bagi aku, kedai ni murah, mesra pelanggan dan banyak pilihan (tapi kenapa aku nampak spek aku dari dulu sampai le ni sama je pesennya.. hahaha). Temanku kata kedai cemin mata yang dia slalu pegi tu lagi murah.. nantilah.. len kali pegi kedai tu plak.. kot2 nak cari ceminmata itam ke.. contact lens kaler2 ke.. hiks!

Lepas amik spek.. pi ngeteh kat kedai mamak dengan Temanku. Dikna kata rindu ler nak jumpa Temanku. Cewah....!! Lawan tokey pulak sikecik nih.. Aku rasa dia rindu nak jumpa dan borak2 dengan Temanku sebab Temanku ni kalo ngan Dikna dia agak fatherly sikit (bukan sepatutnya brotherly ke?) hiks.... ! Dengan aku .. setakat 3-4 tahun je tua dari aku.. mana leh nak fatherly..! Hahahahahahaha.



Tadi jugak, sebelum sampai rumah, aku lencong ke Pavilion dulu, jumpa seorang kawan. Nak bagi hadiah New Year katanya. Tumbler & Planner 2009 from Starbuck. Ya ampun.....!!!! Karennnnnnnn banget.....!!! Love it very very much!!!!!!! We used to lepak2 kat Coffee Bean, S.F. Cafe & Starbuck dulu-dulu. Sekarang ni, masing-masing dah bertambah busy dengan life masing-masing. Sekali sekala dapat berjumpa, rasa seronok pulak bukak cerita kisah2 lama. Thank you for the gift ya.. Love it!!


YANG AKU LIHAT HARI INI

Hari ni, perjalanan aku bermula dengan sesuatu yang 'menyentapkan' tetapi berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan.. Alhamdulillah.

Seperti juga hidup.. kadang-kadang kita didatangi dengan pelbagai masalah , a "bad day" yang kadangkala membuatkan kita tertanya "why me?" dan terasa putus harap.. tapi yakinlah.. ianya akan berakhir dengan kegembiraan dan sesuatu yang lebih baik.

Untuk teman-teman yang sedang dilanda dugaan, gusar dan gundah gulana.. bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Bertahan. Dan berdoalah. Allah itu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Mudah-mudahan ada sinar bahagia dipenghujungnya. Amin..


Salam kasih.

Sunday, December 21, 2008

Kisah Jumaat


Jumaat hari tu, hajat di hati nak gi lunch dengan Temanku. Disebabkan jalan jam.. dah kul 12.50 masih duk dalam keta lagi. Temanku kata "tak sempat nak gi makan ni.." Ye lah kan.. hari Jumaat mesti la nak gi semejid nak solat Jumaat. Aku pun bagi la suggestion kat dia, takyah gi makan, dia balik opis pastu pi semejid, and aku straight gi Cheras sebab ada hal. Titiba dia kata "Jom lah.. pegi sekali, kang dah masuk waktu kang singgah je kat mana2 semejid". Apa lagi.. aku pun buatlah pecutan impak maksima untuk mengejar time Jumaat.

Sedang elok je time Jumaat, sampai ler kitorang kat area Masjid Batu 10, Cheras. Temanku pi singgah solat kat situ. Aku pun park keta kat bawah pokok, dah dengan tanpa ragu-ragu lagi.. tak tutup enjin, pasang ekon, tutup radio, set alarm kat handphone kul 1.45pm dan zzzzzzzz..... tido.....!! Best gak tido dalam keta ni kan Tijah..! Hiks!



Tepat pukul 1.45, alarm bunyik, aku dengar kat semejid masih lum siap solat lagi. Amik mineral water, cuci muka, tacap sikit.. (kena la menten muka fresh.. kang nampak sangat muka bangun tido.. haha).. adjust tudung.. pastu pasang radio balik.. menyumbangkan lagu.. (sib baik tak hujan..)



Sebenarnya tujuan gi Cheras tu sebab nak wat cermin mata baru. Cermin mata yang sekarang ni dah tidak memberi persembahan yang mantap. Rupanya dah tukar power. Power makin kurang, tapi silau makin bertambah.. mungkin sebab duk ngadap laptop, buat entry & bloghopping kot.. Hehe. Hari Senin ni siap. Yeay!

Bila dah siap buat cermin mata, singgah lunch kat kedai mamak yang berdekatan. Lapor seyy.. dah dekat kul 3, tapi lum lunch lagi. Temanku seperti biasa menu wajib adalah Teh Ais.. pastu sotong goreng tepung, ayam goreng & sayur. Aku makan KueyTeow Goreng. Sedap juga beb..! Sebelum balik, singgah isi minyak dulu. Temanku volunteer tolong ngisik minyak. Terpaksa blurkan gambar sebab nampak sangat "bukti-kekenyangan-tahap-gaban-makan-tengahari tadi" hehehe.. Tima kasih ye...


Salam kasih.

Saturday, December 20, 2008

Spa di Villamay

Dapat call dari member, dia promote satu Spa kat Shah Alam, bukan SpaQ, tapi Spa Villamay di Seksyen 7, Shah Alam. Dia ajak aku pergi Spa ni.. Cantik sungguh Spa ni.. berkonsepkan Bali. Masuk-masuk je nampak sangat tenang dan segar.



A - the landscape
B - tempat aku relax, buat body scrub dan aromateraphy massage.
C - shower.. best sangat shower ni.. sebab airnya turun macam hujan. rasa macam mandi hujan
D - dari arah pintu masuk. cantiknyer....
E - tenang
F - tempat jakuzi. karen banget!!
G - pintu masuk ke tempat B


Tini ni ler yang attend aku untuk rawatan Spa kali ni.. baru 4 bulan datang dari Indonesia. Katanya, memang sebelum datang sini, dia dah amik kursus di Mustika Ratu. Memang pelatih profesional. Trima kasih ya, Tini.

Rawatannya memang memuaskan hati dengan harga yang berpatutan, sungguh VIP. Spa ini memang khusus untuk wanita sahaja.. yang lelaki boleh buat rawatan di cawangan lain. Dan kat sini pun ada cafe eksklusif. Boleh santai2 selepas buat rawatan. Nanti nak ajak kawan-kawan aku pergi sini gak.. . Jom...!


Salam kasih.

Temani Aku

Seronok buat pengembaraan solo ni.. relax.. tenang je.. melihat keindahan tanahair terchenta. Kadang-kadang kita perlukan kualiti time untuk diri sendiri. Bersendirian.. Menikmati keindahan alam.



Tenang. Damai. Rasa relax bila ada di tempat ni..



Yang ku lihat di depan mata dan aku rakam dengan kamera kecil. Sengaja aku rakamkan gambar lampu, kipas dan segala... benda yang mungkin hanya kita lihat dengan sebelah mata.. tapi bila tiada.. terasa kekurangannya.

Aku sangat sukakan pantai. Jika diberi pilihan untuk bercuti, aku akan memilih untuk berehat di tepi pantai. Seronok relax di tepi pantai. Jalan menyusuri pantai. Good exercise kan..?



Paling menarik sekali bila dapat melihat sunset. Melihat matahari semakin terbenam dan munculnya bulan di langit. Melihat orang bermain layang-layang di tepi pantai. Dan melihat orang berdiri sendirian mengadap laut sambil memerhati matahari terbenam.. Indahnya alam..

Keindahan alam, pantai dan layang-layang.. yang temani aku di waktu itu.. Aku rindu untuk bertamu lagi.. Nanti aku datang lagi ya.. jika ada rezeki, InsyaAllah.

Salam kasih.

Friday, December 19, 2008

New Baby - Compaq CQ20-200

Overview
A 12.1” ultra portable notebook at an affordable price, this easy-to-use package provides you with the capabilities you require. With Wi-fi, USB ports, and HDMI connectors, this compact beauty is the perfect companion for your lifestyle – on-the-go.
Features
• Featuring genuine Windows Vista® Home Basic or Premium for superior digital entertainment and advanced features
• Evoking harmony and completeness, circles layer upon each other to build a framework of strength and unity. Complement your professional lifestyle and stand out from the crowd with a stylish new look that's built to last.
• 12.1" diagonal WXGA HP BrightView Widescreen combines superior mobility and clarity for videos, images and documents wherever you are.
• Wireless networking capabilities and the integrated web-cam help you get more productive whether you are on the road, or at home.
• More battery-life for more time unplugged. Spend more time doing the things you want without worrying about feeble battery-life. With power-saving innovations like low-power processors, your time away from a power source is always optimised.

For more info, please click here. I'm happily blogging from my new baby. Yeay!


Salam kasih.

Thursday, December 18, 2008

Semoga Abadi


Aku tak perasan pun lagu CallerRingTone aku yang ke-2 adalah lagu ni, sehingga satu hari Temanku tegur kata yang dia suka lagu baru kat phone aku. Aku tak perasan lagu apa.. aku tanya Temanku tajuk lagu tu, tapi dia kata dia pun tak tau.. Hohoho..! Akhirnya aku call phone aku sendiri.. dan dengar sendiri CallerRingTone rupa2nya lagu MishaOmar ni.. Semoga Abadi. Aku kata kat Temanku, "Lagu oghe kita" hehehe.


Semoga Abadi - Misha Omar

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti


Bestlah lagu ni.. aku suka banget. Love the melody and lyric. Simple, yet romantic. Semoga abadi.. dan itu jugalah harapan aku.. Semoga abadi..


Salam kasih.

Kalau Cuaca Panas...


Sehari selepas Aidiladha, aku buat pengembaraan solo.. membawa hati katanya.. Esoknya, aku pun balik la semula ke pangkal jalan.. On the way balik tu, aku telah menjadi seorang pemandu berkhemah yang memandu secara sopan dan santun disamping melayan jiwa dan perasaan melayan Sinar FM.

Tapi aku pun heran la.... kenapa lately ni aku suka bebeno mendengar Sinar FM sambil memandu? Adakah mereka semakin baik mutu persembahannya.. atau mungkinkah aku semakin meningkat umur tua meminati lagu2 Retro? Ish ish ish...!! Oh tidak!!


Speed aku menten 90km/j sahaja.. kat highway tu.. Tapi highway ni tak banyak kereta.. Kalo kat PLUS Highway aku drive dengan speed ni.. mau kena hon aku dek keta2 yang semuanya laju2 belaka itu.. Best oooo cruising on my 1.3 ni nak cruising on AudiA6 blum mampu lagi... sambil dengar lagu2 Retro. Ekekeke.


Cuaca agak panas, sebab time tu tengahari. Matahari ala2 tegak di kepala. Jadi, aku duk pikir.. cemana nak mengurangkan kepanasan. Sebab kadang2 kalo aku driving time panas2 ni mudah mengantuk.. Bahayakan kalo memandu time ngantuk2 nih...

Aku ada petua untuk diri sendiri.. Untuk mengelakkan ngantuk.. aku pun nyanyi la bersama2 menyumbangkan lagu dengan iringan SinarFM. Macam2 lagu aku nyanyi.. nampak sangat retro kan sebab banyak gak lagu yang aku bleh sumbangkan.. aku rasa kalo masuk JanganLupaDiriLirik mesti menang banyak kan? Hiks!



Tu dia.. agaknya hasil dari nyanyian yang aku sumbangkan itu... langit semakin gelap uols.!! Mendung... Suram.. Lepas tu hujan turun membasahi bumi. Kan... nampak sangat nyanyian aku tu ala2 katak memanggil ujan gittew.. Hiks! Bila hujan mula turun, rasa mengantuk pun hilang.. sebab perlu lebih berhati2 sebab jalanraya licin..


Aku yang gembira sebab dah berjaya menyumbangkan lagu seperti katak memanggil ujan.. Berjaya uols! Jadi, petua mengarut untuk kali ini, sekiranya korang rasa panas sangat dan mengantuk semasa memandu.. nyanyi laaa serba sedikit.. mana tau.. kebetulan masa tengah nyanyi tu.. ujan pun turun.......!!! Selamat mencuba..!


Salam kasih.