Thursday, December 4, 2008

Ku Doakan Dia Berjaya


Aku tak sabar untuk menunggu malam esok. Sebab malam esok, aku dapat lihat dia yang dah lama aku tak jumpa. Malam esok, malam separuh akhir Juara Lagu tv3, malam penentuan. Kalau berjaya, akan ke final, InsyaAllah. Kebarangkalian untuk ke final itu adalah sangat tinggi. Aku berharap sangat. Mudah-mudahan. Kalau tak masuk final, Juara Lagu tahun ini tak ada serinya... untuk aku. Yang pastinya, hanya persembahan dia yang aku nantikan malam esok.


gambar dari www.anuarzain.com.my

Teman Terulung - Anuar Zain

Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mata kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri denganmu di sisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

Lagu & lirik : Azalea


Malam esok, jangan lupa nonton TV3 jam 9 malam. Siaran langsung separuh akhir Juara Lagu peringkat balada. Aku lah antara orang yang akan terpesona dengan alunan suara dia nanti... Aduhai....!!!


Salam kasih.

10 comments:

ciktipah said...

nua jeng ada calon gak ke nok? ingatkan album baru dia semua composer dari indo jer.

adibah said...

lagu teman terulung composed by Azalea, a Malaysian. :-)

Zuer said...

boleh menag ker? suara mcm nie pun boleh masuk semi final ker? ahkazzz

adibah said...

Zuer,

Oh gosh!!! Look who's talking?? RHB Idol Champion kah??

*larikkkkkkk!!!

Syam said...

harap dina malaysian idol masuk final...hehehehe...anuar zain tak masuk pun tak yah ler..uhuksss

adibah said...

Syam,

Hahahaha... nanti kita tengok ya.. rezeki sapa masuk final! :-)

PUTUBAMBU said...

anuar mesti masuk final punya.. percayalah..!

adibah said...

Putu,

InsyaAllah... kita sama2 tengok malam ni ye Putu..! :-)

kajangmalinakmengularcaribreakfast said...

akhirnya dia berjaya tak?..

adibah said...

kajangmali,

sangat berjaya..! tiket shownya harga beratus ringgit!