Tuesday, December 30, 2008

Karikatur


Sampai di First World Hotel tengok orang ramai giler. Ramai yang duk bersantai di lantai kat tiang2 seri. Macam menunggu flight delay je kaedahnya.. Kitorang dapat nombor giliran 814... dan masa tu baru sampai nombor yang ke 349! Dah penat melepak tersadai dalam 10 minit, aku pun ajak Dikna pergi jalan-jalan melawat kawasan.



Dekat lobby hotel tu jugak.. tengok ada orang duk tengah lukis karikatur (wajah katun) .. eh.. ye ke kalo traslate maknanya ini?? Aku pun pi tanya Dikna.. "Nak lukis tak?" .. terus dia excited "Nak!!".



Kusyuk betul budak-budak kecik tu duk tengok Uncle ni melukis. Punyalah banyak color kat atas meja tu.. macam-macam color yang ada.. Gambar katun Dikna ni dia lukis tu sekejap je.. rasanya ada la dalam 20 minit macam tu..


Ini ler hasilnya...



Kos yang terbabit dalam masa berjalan-jalan sambil2 menunggu giliran untuk check-in.. adalah RM30...! Huhu. Kenapa aku tak lukis gambar aku? SEBAB TAKUT TAK MUAT KERTAS!!! Hiks! Ekekekekeke.

Oh ya.. Setelah 2jam 30 minit menunggu.. akhirnya tiba giliran untuk kitorang check-in! Yeay..!


Salam kasih.

6 comments:

kajangmalibercitacitanakjadiartisfilemtamil said...

kalau ada sapa sapa yang nak berkenalan dengan artis, sila dial number 016-2409501 hehehe... cepatt cepattt!!!

adibah said...

kajangmali,

hero filem tamil ye? hehehehe

su said...

su pon kene lupekan hasrat nak join sama!sah xmuat! hahaha!

adibah said...

betul kan su.. ekekekeke.. takut tak muat kertas.. hahaha.

welcome back, su.. lama sungguh su bercuti.. rindu banget!

ciktipah said...

tak muat satu kertas guna laa pat lima lai kertas nok.

gitu!

adibah said...

ciktipah,

nanti penat pulak nak kena buat poligami..! Eh.. silap.. lipat2 Origami.. gittew!