Wednesday, December 3, 2008

Jangan Ada Benci..


Aku terjumpa lagu ni di imeem.com. Lagu ni famous betul masa 90an dulu. Tiba-tiba teringat pulak dekat bopren lama ku, Amir (memang nama sebenar.. hiks!) .. Masa tu aku tengah drive then lagu ni keluar kat radio. Terus Amir ni feel2 nyanyi lagu ni... pastu dia kata kat aku..

"Awak, kalaulah kita ditakdirkan takda jodoh.. kita jangan gaduh ya.. jangan ada benci ya..". Aku pun ala2 rasa terharu la jugakkan.. tapi musykil gak naper dia kata gitu. Rupa-rupanya, memang masa dia tengah berchenta tak hengat ngan aku tu.. dia ada gilpren lain gak..! Hampeh tul!!! Hahahaha..


Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Di sudut hati

Tapi.. apa2pun.. jangan ada benci ya... jangan berubah dari biasa.. sebab nanti terasa kehilangan..


Salam kasih.


12 comments:

Tijah Lawa said...

ko kannn...ni lagu aku masa klesh ngan bopren lama nih. isk!! tiba2 hatikama laplak...

adibah said...

JahBeauty,

Aku baru je masukkan citer cinto lamo ni ha.. sama tak jalan cerita ngan cintolamo ko tu? Layan..!!!

kajangmalitetapmenyayangi said...

benci membawa kemunduran kepada negara kan kan?

adibah said...

Kajangmali,

kajangmalitetapmenyayangi <-- sapakah ittew? hehehe..

betul.. bila dah benci, terus jadi mundur

Zuer said...

motif letak lagu nie? memang lagu zuer gak nie

adibah said...

Zuer,

Lagu ni best ma.. teringat kenangan cinta purba yang dulu.. terjumpa kat imeem tadi! :P

ciktipah said...

wah wah berani mati guna nama sebenar tu nok.

dia tak baca kah blog ini???

adibah said...

ciktipah,

ko pernah tak dengar lagu berjudul "ada aku kesah?" ekekekkekekke.

PUTUBAMBU said...

lagu faveret putu dari dulu lagi ni

adibah said...

Putu,

Memang best lagu ni kan.. sesuai untuk orang-orang yang bersabar dengan segala dugaan .. :-)

Syam said...

sedapnyer lagu nih macam nak makan jer...hehehehehe

adibah said...

Syam,

Dengar lagu.. bleh jadi lapar eh? Pi la breakfast dulu.. lepas tu baru sambung blog hopping! :-)