Bila dah settle semua kerja kat office tadi, kami ada farewell lunch untuk 2 orang team members yang amik MSS. Jadi OKB (orang kaya baru) woo........! Depa dapat banyak woooo..... mencecah ENAM angka wooooo......... Abang Nirman dan Abang Ramadhan@Uncle yang akan bersara dengan bergaya dan kaya.. hiks.. hujung Disember ni..
Penyampaian kata-kata hikmat oleh Abg. Nirman di temani oleh BigBoss. I knew Abang Nirman since 1997 dan dari mula kenal dia ni seorang yang sangat cool dan tak pernah sekalipun aku nampak dia marah. Dah berpuluh tahun kerja dengan bank.. dan tiba masanya mengorak langkah sendiri. All the best, Abg. Nirman.
Juga penyampai kata-kata hikmat dari Uncle. Juga aku mula kenal tahun 1997, berbeza dengan Abg Nirman, Uncle seorang yang active dan suka menggamatkan suasana di ofis. Pun dah berpuluh tahun kerja di bank ni dan sedang giat menyiapkan projek masa depannya. Good luck, Uncle.. semoga sukses!
Lepas berucap & penyampaian hadiah... tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Makan time!!! Kali ini menu kami masakan kampung. Nasi putih + ayam goreng + ikan goreng bercili + masak lemak cili api pucuk paku&udang + ulam peria katak & kacang botol & sambal belacan + buah2an + air uren. Podeh&sodap!
Untuk Abg Nirman & Abg Ramadhan@Uncle, semoga berjaya dengan apa yang diusahakan dan diberkati Allah selalu. Nanti sok.. kalau den kenduri apa2 ke... sila datang bawak hadiah yang mahal2 occay! Hiks!
Salam kasih.
2 comments:
goodbye kat kerja dunia...time utk lebihkan keje akhirat lak. Selamat bersara bang.
goodbye to 2008..
Kajangmali,
Goodbye 2008 :-)
Post a Comment