Seronok buat pengembaraan solo ni.. relax.. tenang je.. melihat keindahan tanahair terchenta. Kadang-kadang kita perlukan kualiti time untuk diri sendiri. Bersendirian.. Menikmati keindahan alam.
Tenang. Damai. Rasa relax bila ada di tempat ni..
Yang ku lihat di depan mata dan aku rakam dengan kamera kecil. Sengaja aku rakamkan gambar lampu, kipas dan segala... benda yang mungkin hanya kita lihat dengan sebelah mata.. tapi bila tiada.. terasa kekurangannya.
Aku sangat sukakan pantai. Jika diberi pilihan untuk bercuti, aku akan memilih untuk berehat di tepi pantai. Seronok relax di tepi pantai. Jalan menyusuri pantai. Good exercise kan..?
Paling menarik sekali bila dapat melihat sunset. Melihat matahari semakin terbenam dan munculnya bulan di langit. Melihat orang bermain layang-layang di tepi pantai. Dan melihat orang berdiri sendirian mengadap laut sambil memerhati matahari terbenam.. Indahnya alam..
Keindahan alam, pantai dan layang-layang.. yang temani aku di waktu itu.. Aku rindu untuk bertamu lagi.. Nanti aku datang lagi ya.. jika ada rezeki, InsyaAllah.
Salam kasih.
No comments:
Post a Comment