Thursday, December 11, 2008

Sakit


Sejak malam semalam, aku tak sehat. Pedih perut@ulu hati. Mungkin tomyam & kerabu mangga yang aku makan untuk dinner tu pedas sangat. Dari dalam perjalanan balik rumah lepas dinner, perut aku dah mula pedih. Ingatkan boleh reda lepas letak minyak angin. Tapi makin teruk. Sampaikan aku gi toilet dan jolok tekak untuk keluarkan balik segala yang aku makan masa dinner tu.

Malam semalam terus tak dapat tidur. Nak gi klinik malam tu, rasa tak larat nak drive. Jadi, aku singgah klinik 24jam seawal 5 pagi tadi, sebelum ke office. Doktor tu ala2 ngantuk je aku tengok. Dia kata aku kena gastrik setelah dia sentuh perut aku 2 kali je sambil aku duduk. Dari klinik, aku singgah kedai mamak untuk beli roti, then terus ke office.

Kat office pun, aku cuba sedaya upaya untuk lupakan sakit. Buat busy sana sini, tapi masih rasa sakit/lemah. Aku makan ubat lepas alas perut dengan roti. Disebabkan itu, aku terlelap beberapa kali kat office tadi dan akhirnya dalam kul 10am aku cakap ngan boss aku tak larat dah... mintak izin nak balik. Surrender. Nasib baik dia kata okay. Sebab aku rasa dia pun nampak aku tak larat.



Balik rumah, aku tidur... tidur and tidur.. Makan setakat nak alas perut sebelum makan ubat. Then tidur lagi.. Tengahari tadi, masa tengah tidur .. aku dapat call

Dia : Banyaknya error ni..

Aku: Berapa?

Dia : Banyak.. Ada 10!

Aku : Huh? Betul ke..?

Dia : Betul.. ni tadi buat keje ke tidur?

Aku : Tidur

Dia : Tadi kat ofis, buat keje ke tidur?

Aku : Tidur

Dia : Okaylah

Aku : (tekan end call.. dan sambung tidur..)

Memang aku tak larat. Maybe aku buat kerja dalam keadaan drowsy lepas makan ubat. Aku rasa dia pun pelik (marah?) sebab aku dengan selamba jawab "tidur" sebab sememangnya aku tidur kat office tadi. Mujurlah ada jugak yang sudi bantu check balik kerja aku. Terima kasih ya..


Salam kasih.

4 comments:

[danial][ma] said...

hej! adibah...get well soon...;-)

adibah said...

danial,

thank you :-)

Anonymous said...

hope ciksept11 will recover soon, very very soon..

adibah said...

Kajangmali,

Thank you.