Kisahnya petang tadi Temanku koling2 ajak gi ngeteh kat kedai mamak kat umah aku nih.. dah seminggu tak jumpa maa... kangen banget gue ama dia.. Balik dari ngeteh tu, aku ingatkan nak menapau makanan untuk dinner. Dalam perjalanan nak gi menapau tu.. aku terpikir pulak.. "Kat umah ada sadin.. lama tak makan sadin.. makan sadin black pepper + toge tumis bersama taufu telur mesti sodap!"Jadi instead of pegi menapau makanan, aku gi kedai mamak (mamak lagi..!) untuk membeli toge 50sen & halia.
Masalahnya.. tiap kali aku nak bayar kat mamak tu.. mesti tercapai tanganku ke arah majalah ni. Pandai betul mamak ni buat marketing strategy, letak majalah kat kaunter. Sambil nunggu dia mengira tu.. sambil tu la dia mancing orang pempuan untuk beli majalah ni.. Eh.. ada ke lelaki beli majalah Mingguan Wanita? Tak pasal2 aku bayar RM4.30 kat mamak tu tadi.. Toge + halia RM1.00, majalah ni RM3.30. Pandai ko marketing ya mamak.. Mana blajar?? Ish ish ish...
Aku baca majalah ni sebab suka baca pasal kisah hidup, kisah rumahtangga, kisah bisnes lady berjaya dan resepinya yang aku rasa simple tapi menarik. Macam2 hal sebenarnya dalam kehidupan seharian ni yek.. Tiap kali aku beli.. ada je kisah itu dan ini.
Yang aku beli tadi.. ada tentang isu : Rupa Bukan Penentu Bahagia. Dalam artikel tu ada petikan kata-kata :
Setuju? Tak setuju? Aku tak kesah. Tapi, bila pikir balik ada betulnya.. Ada gak muka lawa meletop ataupun hensem tahap gaban.. tapi dalam rumahtangga dapat kad merah (read:fail),kan? Kalau nak baca lebih lanjut, silalah beli keluaran terbaru Mingguan Wanita ni ye.. tak pun.. pujuk kengkawan suh beli.. pastu tumpang baca sat.. Jimat wooo... hiks!
Walau apapun, sadin black pepper + toge&taufu telur tadi memang sodap! Alhamdulillah... kenyang beb!
Yang aku beli tadi.. ada tentang isu : Rupa Bukan Penentu Bahagia. Dalam artikel tu ada petikan kata-kata :
"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof , jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim, andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri"Penulis tu ada interview seorang pendakwah ni.. dan kata Hj.Haslin itu;
Walaupun pasangan tidak secocok seperti pendapat orang lain, fahamilah lidah manusia adalah untuk berkata-kata. Ia sifat semulajadi manusia..... Malah ia tidaklah menjadi satu perkara besar apabila lelaki kacak berkahwin dengan wanita yang kurang paras rupanya. Paling penting bergantung kepada niat pasangan itu sendiri untuk mendirikan rumahtangga......."
dipetik dari Mingguan Wanita 19-25Disember2008
Setuju? Tak setuju? Aku tak kesah. Tapi, bila pikir balik ada betulnya.. Ada gak muka lawa meletop ataupun hensem tahap gaban.. tapi dalam rumahtangga dapat kad merah (read:fail),kan? Kalau nak baca lebih lanjut, silalah beli keluaran terbaru Mingguan Wanita ni ye.. tak pun.. pujuk kengkawan suh beli.. pastu tumpang baca sat.. Jimat wooo... hiks!
Walau apapun, sadin black pepper + toge&taufu telur tadi memang sodap! Alhamdulillah... kenyang beb!
Salam kasih.
6 comments:
cantik and hensem ni sgt sgt sgt sgt kan, secantik mana pun manusia or benda...bila dok pandang hari hari.....3 bulan or lama pun 6 bulan...dah jadi biasa...tadek apa2 istimewa cantik or hensem lagik dah kat mata pemandang tersebut.
pandangan peribadi saya lah...kecantikkan or kehenseman takkan dpt membahagiakan orang sekeliling kita selamanya, tetapi sardin black pepper will do :)
Kajangmali,
Yang penting hati dan perasaan. Dan yang lebih penting makanan yang sedap yang boleh mengenyangkan perut.
Sebab,
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati!!!
Hiks!
cantik and hensem ni sgt sgt sgt sgt SUBJEKTIF kan <---pembetulan hehehe
aku ske baca harmoni... kdg2 aku layan MIDI.. adakah aku berusia 40annn? info banyaklah kat dalam tu utk kita yg muda ni nak menten bila menghigap ke umo 40 nanti... kan???
Kajangmali,
Oh.. ada error eh? Dah tua.. camtu ler.. hehehe...
*larikkkk!!
Cokolat,
MIDI best ke? Elok gak tu untuk menten muda remaja walaupun kalau kira umoq IC dah capai 40 nanti kan? Harus aku pi survey nanti.. :-)
Post a Comment