Wednesday, September 10, 2008

Pinjam Jamal?


Jamal & Julia hendak berjalan-jalan berdua di sebuah shopping complex. Shopping complex itu bernama Ampang Park. Jamal & Julia naik satu kereta. Kereta mereka diletakkan di tempat letak kereta di basement Ampang Park.


Dari basement Ampang Park itu, Jamal & Julia perlu menaiki 2set anak tangga untuk sampai ke ground floor Ampang Park. Bila sampai ke set tangga ke-2, Julia nampak seorang ibu muda sedang menuruni anak tangga bersama anaknya yang duduk di dalam stroller. Julia kasihan melihat ibu muda itu, dengan bawak barang, bawak anak yang dalam stroller. Julia rasa bahaya kiranya stroller itu terjatuh, sudah tentu anak ibu muda itu akan tercedera.


Jadi, Julia pun membantu ibu muda itu menuruni anak tangga set ke2. Dan selepas itu, Jamal pula menolong ibu muda itu menurunkan stroller ke set tangga pertama. Ibu muda itu melihat Julia. Dia tersenyum dan berkata "Terima kasih... sorry ya.. pinjam sekejap" sambil menunjuk ke arah Jamal yang sedang membantu. Julia hanya tersenyum.


Jamal kemudian jalan ke arah Julia. Julia senyum pada Jamal. Jamal tanya kenapa. Jawab Julia,


"Jamal tau, kakak tu kata sorry kat Julia, sebab pinjam Jamal sekejap.., Jamal tau tak dalam hati Julia kata apa..?" tanya Julia pada Jamal sambil senyum2.

"Apa dia Julia?" tanya Jamal.

"Hati Julia nak kata kat dia, takpa lah kak.. saya pun pinjam jugak.." kata Julia.


Jamal & Julia ketawa terbahak-bahak.


* pinjam bermaksud ...... (jeng..jeng..jeng..) hehe


Salam kasih.


4 comments:

Anonymous said...

Jamal dan cik Julia..plss leave your comment...

Anonymous said...

Julia nak pinjam Jamal forever, boleh?

Anonymous said...

boleh..
sila sediakan 3 salinan slip gaji/penyata EPF/EA/akaun bank telah kemaskini.

borang hire purchase nanti saya bawakan..

Anonymous said...

Jamal,

nanti jangan lupa, setem hasil RM10 dan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah tau..