Saturday, September 13, 2008

Sahur Santai

Hari ni sahur di Pelita, Jalan Ampang dengan my sis, CheAh & Nad. Ramai juga yang sahur di sini. Suasana mcm di malam hari, padahal waktu dah awal pagi. Kami pesan nasi & ayam goreng untuk Nad & CheAh, Nasi Goreng untuk my sis dan aku pesan roti canai. Saja. Teringin.



Roti canai & teh o ais limau di waktu dinihari. Nampak sedap roti canai tu kan? Memang sedap pun.. Hehe. Dalam sibuk ambik order, hantar makanan&minuman sini sana, kemas itu dan ini, waiters kat sini sempat juga bersahur.


My sis showing off her medicines. Pelbagai saiz dan warna. Yang bentuk love tu cantik kan? Itu ubat untuk jantung, katanya.. Selalunya waktu pagi je yang banyak ubat. Tengahari dan malam cuma 1-2 je.



Dah 5.30am. Lagi 10 minit masuk waktu imsak bagi KL dan kawasan yang sewaktu dengannya. Dah masuk waktu balik rumah. Tapi sebelum balik.. posing dulu.. :-)


Nad & my sis

CheAh & I

Mata aku cerah walaupun malam tadi tido pukul 12 lebih. Tak leh nak tido balik. Lagipun aku ada kelas pukul 10pagi ni. Kalau tido nanti takut terlajak pulak. Balik sekolah nanti boleh tido. Hehe. Hmm.. my auntie suruh buat reservation at any seafood restaurant untuk buka puasa hari ni. Nak gi mana ya....


Salam kasih.

4 comments:

Unknown said...

uols....

dgr pelita & sahur ni mesti teringat tragedi uols yg lada kicap aka ayam masak kicap kt pelita tu.

kali ni kompem semua order btol yea?

adibah said...

ciktipah,

kali ini semuanya betul uols.. :-)

Anonymous said...

tadek nyamuk ker kul 5 pagi kat Pelita tu?

adibah said...

KMTS,

nyamuk dah kenyang.. awal2 dah bagi makan.. :)