Tudia tajuk... ceritanya begini....;
SENTAPTadi aku pegi satu bank ni dengan Dikna & Acik untuk buka akaun Dikna. Yang seronoknya bila dapat gift satu paperbag yang ada bag + botol air + keychain + tabung kat dalam. Elok ler kan, dari kecik2 camni ajar menabung duti sekolah sendiri.. nanti kalo sesak2 boleh ler akak mu ini tumpang sekaki.. HAHAHA... (gelak jahat nihh) budak kecik kan tak baik pegang duit bebanyak.. mek sini.. akak ko tolong simpankan.. HAHAHAHA (gelak jahat lagi...)
Posing depan bank.. walaupun servis nya agak bersifat siput dan kura2 sedikit.. aku sabor jugak.. janji sikecik ni puas hatil... Aku pun tak tau pulak, sekarang ni.. kalo nak fotostat IC ke Surat Beranak ke kat bank, memang kena bayar 50sen sekeping ya? Akak teller kat kaunter tu ala2 kekwat memandang aku dengan sebelah mata dan berkata
"Puan, kita tak galakkan pelanggan guna fotostat mesin kita.. kita charge 50sen sekeping." owhh,... ko kekwat ngan aku ye.. aku pun jawab..
"Really?? Owh.. okay .. u can have my coins then" dan aku pun bagi la duit syiling seposen dan duaposen berjumlah RM1. Gittew.. Kan aku dah kata.. don't make me speak English! Cuba la cakap elok2 ngan client.. ni main pandang2 jeling2 plak... Ish.. ish.. ish..!
Pehtu.. mamat yang duk attend aku tu.. kira duit 50hengget sebanyak 20 keping pun berkali kali dan kali.. tak cukup pakai mesin.. kira pakai tangan. Pehtu.. dia leh tanya kat officer.. "Kak jap kak.. (panggil officer gi kat kaunter dia) Kenapa duit 2 keping ni lain dari duit yang lain??" Dan rupa2nya the signature atas note RM50 itu read as "Aishah". Aiyoo.. terasa ada kebakaran di dalam hati aku. Terus aku tanya.. "Dik, BARU KEJE BANK ke dik?" Sentap okay.. !! Macam ler aku ni bagi duit pelesu kat dia.. Bayangkanlah kalo orang bagi note RM50 berbundle2.. mau dia kira sampai malam..!! Patutnya, sebelum duk kaunter tu.. bagi la staff menolong chief cahshier untuk kira duit...training pegang dan kira duit dulu at least untuk sebulan bagi familiar dengan duit.. Duhh!!!
GEMBIRALepas antar Acik balik, aku & Dikna terus ke Cheras Perdana untuk amik cermin mata yang aku tempah Jemaat lepas.. Aku text Temanku, bagitau dia aku dah sampai kedai spek tu.. tak lama lepas tu, dia tanya lokasi aku sebenarnya kat mana.. Nasib baik masa kat kedai spek tu semuanya berjalan lancar.
Aku memang beli spek kat kedai ni.. New Image Optical kat Cheras Perdana. Bagi aku, kedai ni murah, mesra pelanggan dan banyak pilihan (tapi kenapa aku nampak spek aku dari dulu sampai le ni sama je pesennya.. hahaha). Temanku kata kedai cemin mata yang dia slalu pegi tu lagi murah.. nantilah.. len kali pegi kedai tu plak.. kot2 nak cari ceminmata itam ke.. contact lens kaler2 ke.. hiks!
Lepas amik spek.. pi ngeteh kat kedai mamak dengan Temanku. Dikna kata rindu ler nak jumpa Temanku. Cewah....!! Lawan tokey pulak sikecik nih.. Aku rasa dia rindu nak jumpa dan borak2 dengan Temanku sebab Temanku ni kalo ngan Dikna dia agak fatherly sikit (bukan sepatutnya brotherly ke?) hiks.... ! Dengan aku .. setakat 3-4 tahun je tua dari aku.. mana leh nak fatherly..! Hahahahahahaha.
Tadi jugak, sebelum sampai rumah, aku lencong ke Pavilion dulu, jumpa seorang kawan. Nak bagi hadiah New Year katanya. Tumbler & Planner 2009 from Starbuck. Ya ampun.....!!!! Karennnnnnnn banget.....!!! Love it very very much!!!!!!! We used to lepak2 kat Coffee Bean, S.F. Cafe & Starbuck dulu-dulu. Sekarang ni, masing-masing dah bertambah busy dengan life masing-masing. Sekali sekala dapat berjumpa, rasa seronok pulak bukak cerita kisah2 lama. Thank you for the gift ya.. Love it!!
YANG AKU LIHAT HARI INIHari ni, perjalanan aku bermula dengan sesuatu yang 'menyentapkan' tetapi berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan.. Alhamdulillah.
Seperti juga hidup.. kadang-kadang kita didatangi dengan pelbagai masalah , a "bad day" yang kadangkala membuatkan kita tertanya "why me?" dan terasa putus harap.. tapi yakinlah.. ianya akan berakhir dengan kegembiraan dan sesuatu yang lebih baik.
Untuk teman-teman yang sedang dilanda dugaan, gusar dan gundah gulana.. bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Bertahan. Dan berdoalah. Allah itu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Mudah-mudahan ada sinar bahagia dipenghujungnya. Amin..
Salam kasih.