Dia telah pergi. Yasmin Ahmad.. telah pergi buat selama-lamanya.. Setelah perjuangannya berakhir jam 11.25 malam tadi. Aku tak kenal dia secara peribadi, cuma aku kenal dia dengan karya2 hebatnya. Sepet. Gubra. Mukhsin. Talentime. Iklan2 seperti Family, Funeral yang aku ceritakan di entry yang ini, iklan2 raya, iklan2 merdeka yang selalu ditunggu2 di hadapan kaca tv. Malaysia kehilangan insan seni.. Di saat2 terakhirnya juga... dia sedang membincangkan tentang seni.. kemudian rebah.. tidak sedarkan diri.. segalanya terhenti.
Yasmin, tenanglah rohmu di sana.. semoga dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Yasmin juga seorang blogger. Dan dalam entrynya terakhir, 22 Julai yang lalu.. tiada kata-kata. Hanya lagu yang syahdu dan mendayu...
Aku terbayang gambar arwah Yasmin ketika di hospital. Terbaring kaku. Aduhai.. airmata aku mengalir lagi pagi ini.. sudah terasa kehilangannya. .. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu, Yasmin... Amin.
Alfatihah untuk Yasmin Ahmad dan mereka yang telah pergi mengadap Illahi.
Salam kasih.
p/s: Terfikir dalam hati. Lebih baik aku bagi password blog ini pada seseorang. Supaya nanti, bila aku sudah tiada.. dia boleh bantu aku untuk sampaikan berita pemergian aku. Dan kemudian blog ini ditutup secara rasminya..
16 comments:
al-fatihah.. huhu
ya di telah pergi malam tadi aku dapt news dari mlaysiakini 12.00am sedih juga. karya dia mmg best semoga dia di cucuri rahmat
Jard,
al-fatihah..
mamai,
aku tido awal malam tadi.. kepenatan.. baru pagi tadi, aku dapat berita ni..
al-fatihah...
moge iklan raya tahun ni dah rakam...
:-(
kueh,
aku pun terfikir benda yang sama..
PatungCendana,
sedih kan? aku pun turut bersedih...
Terfikir juga untuk memberi kunci rumah kepada orang yang di percayai kalau2 saya meninggal sorang. Tak siapa tau..
Sayakurus,
setuju!
Al-Fatihah. sememangnya satu kehilangan yg besar kpd rakyat malaysia, sentiasa ingatkan saya pd perpaduan & kemanusiaan
edzlin,
ye edzlin.. rasa sedih kan...
Al-fatihah
al-fatihah..
semoga rohnya dcucuri rahmmat.insyallah
PuteriBongsu,
Mudah2an.. Amin...
xde word yg dapat gambarkan betape sedeh nyer aku!!
even mak afiq pon nanges2..
sedeh giler lah...
bakat dier buat org sayang dier...
nampaknyer...kakiku xkan menjejak panggung wyg untuk tonton flm melayu lagik....
afiq,
memang sedih kan.. aku pun nanges gak... sedih...
Post a Comment