Saturday, December 6, 2008

Pengorbanan - Edited with Amir's Photo


Izinkan aku meluahkan rasa hati sempena Hari Raya Korban ini. Tentang pengorbanan. Tentang perjuangan. Tentang dugaan. Tentang kesabaran.

Ada satu blog, yang aku selalu intai, melalui blog sahabatku, Jimi. Dan setiap kali aku membaca entry di blog itu, setiap kali itu lah air mata aku mengalir. Bukan sengaja. Bukan dipaksa. Tapi ianya mengalir tanpa sedar.

Kisah perjuangan keluarga saudara Fajar dan saudari Anis, pertarungan hebat anakanda tersayang, Amir Yusuf, yang sejak dilahirkan, belum pernah lagi menjejakkan kaki ke rumahnya, berbaring santai di katil bayinya, bergurau mersa dengan kakaknya, Najla yang amat merindui adiknya Amir Yusuf.


Gambar Amir Yusuf diambil dari blog Fajar

Aku dapat merasakan kesedihan mereka. Aku dapat merasakan debaran mereka tiap kali mendapat panggilan telefon dari hospital. Aku dapat merasakan kerisauan mereka melihat tiub dan wayar di sana sini, bersimpang siur di badan Amir Yusuf.

Aku terbayang kisah aku dan keluargaku, beberapa bulan yang lalu. Berulang -alik ke hospital, tak kira masa. Entah bila siangnya, entah bila malamnya, entah bila laparnya, entah bila lelahnya, semuanya entah ke mana.. Yang ada cuma Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kerana sumber kekuatan itu ada padaNya.

Untuk teman-teman pengunjung blog, sudi-sudikan ke blog Fajar. Tiap kali aku ke sana, aku berdoa kepada Allah, supaya diberikan kekuatan pada mereka sekeluarga. Diberikan semangat juang untuk Amir Yusuf. Berjuanglah.. jangan mudah mengalah ya, Amir Yusuf. Kadang-kadang rasa berdebar untuk membaca entry dari Fajar.. tertanya-tanya, apakah perkhabaran gembira atau sebaliknya. Ayuh, kita sama-sama berdoa.. semoga Amir Yusuf cepat sembuh.


Fajar&Anis, doa saya tidak berhenti untuk Amir Yusuf dan keluarga, seperti tak hentinya mengalir airmata ini bila membaca entry dan menatap wajah Amir Yusuf yang tenang. Jangan berhenti berjuang ya.. dan berdoalah. Cempat sembuh ya, Amir Yusuf.



Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua..



Salam kasih.

2 comments:

Anonymous said...

semoga Amir Yusuf berbahagia walaupun apa yang dihadapi..Amninn.

adibah said...

Amin..