Friday, October 31, 2008

Lepak Lepas Kerja


Tadi lepas kerja .. hmm .. lemme rephrase.. lepas 15 jam bekerja sebenarnya.. on the way balik, a friend of mine called.. ajak singgah di OldTown White Coffee. Kitorang pun convoy ler berdua.. ke OldTown White Coffee, Jalan Yap Kwan Seng. Dari tersangkut kat traffic jam, baik duk rehat minum kopi dulu kan...?





Kitorang order makanan ni... sedap.. lagipun perut lapar..



Dan seperti biasa, 100 Cold. Aduhai... so irresistable! Sedap giler.. This is our favourite drink. Masing-masing kalau datang OldTown Whitecoffee ni.. mesti order minuman ni. So.. we makan and minum and lepak-lepak. Borak-borak. Pasal kerja. Pasal study. Pasal life. Borak punya borak.. kami tak sedar yang sebenarnya dah 3 jam duduk kat sana. Lepas minum 1 1/2 gelas 100Cold & segelas ice water setiap sorang, barulah kami gerak balik.


Then sampai rumah, aku text kawan aku tu. Nak say thank you sebab dia belanja.

Aku : Thanks for the dinner. Had a great time.

Kawan aku : That is not dinner. It's ur lunch.

Lerrr......!! Aku memang dah terlupa yang sebenarnya tadi aku tak lunch! Sibuk sangat.. sampai lupa nak lunch. Cuma tadi sempat curi masa setengah jam for my nap (tidur letak kepala kat meja & berbantalkan lengan). Mmm.. kalo cukup 6 bulan keje teruk camni.. mau kurus agaknya kan? Hiks!


Salam kasih.


p/s: gambar-gambar dari google image.


Selamat

Photo from Google Image

Terima text dari Temanku. Landed at KLIA around 9pm. Alhamdulillah... Minggu depan, giliran aku pulak untuk terbang, InsyaAllah.


Salam kasih.

Thursday, October 30, 2008

Dugaan


Minggu yang mencabar. Sangat. Bermula dengan cabaran "system error" di pejabat.

Bayangkan :

Bangun 4.30am -> Kerja 5.15am -> Balik keje 11.00pm -> Tidur 12.40am -> Bangun 4.30am - Kerja 5.15am. Dan hal ini dah berlaku sepanjang minggu ini... Aduhai...

Penatnya... dengan system error, attend segala masalah dari branch & bankers, itu dan ini.. hinggakan terlupa nak dinner.. lapar.. tapi kepenatan mengatasi segalannya. Kalau di beri pilihan makan atau tidur.. aku akan jawab TIDURRRRR!!!


Photo from google image

Harapnya segala yang mencabar ini akan berlalu macam berlalunya minggu ini esok hari. Aku berdoa supaya segala cabaran ni tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Aku terima segala dugaan dengan hati yang terbuka.. dan semoga dugaan ini akan memberi aku kekuatan untuk meneruskan hidup...

InsyaAllah segala dugaan akan berakhir minggu ini. Itulah harapan aku. Maaf, kadangkala aku juga lemah.. dan aku juga kadang2 kalah. Ya Allah.. begitu kuat dugaanMu untuk hambaMu kali ini... Kuatkanlah aku ya Allah. Amin...


Salam kasih.

Wednesday, October 29, 2008

Waduhhhh!!!!!

Sekarang dah pukul 1.05pm.. tapi baru 50% dari kerja yang selesai. System problem! Server problem! Aku ada banyakkkkkkk plan untuk hari ini. Tapi semua plan dah tertunda! Silap-silap kena stay kat office ni sampai malam..!

Photo from Google Image


I'm tired. I'm lonely. Aku rindu dia..



Salam kasih.

Monday, October 27, 2008

Jejak Kasih



Hari ni cuti umum sempena Deepavali. Happy Deepavali kepada mereka yang meraikannya. Aku amik kesempatan ni, nak berjejak kasih dengan CikTipah yang dah lama tidak kutemui ittew. CikTipah datang dari rumah adiknya di Seremban untuk berjejak kasih dengan kami bertiga iaitu mysis, CheAh & I.




Lokasi jejak kasih kami adalah di IKEA. Ramai sungguh orang kat IKEA tadi.. Punya lah ramai mak bapak yang beratur panjang nak "transit" anak2 diorang kat playhouse tu. Aku tak banyak shopping pun tadi.. Aku cari barang2 yang Afiya pesan untuk aku bawak sekali terbang ke Kuching nanti.



Afiya kirim stool untuk anak dia. Sebab tu la ada banyak stool yang aku tangkap tadi.. semuanya untuk anak dia... Idak lerr stool tu aku beli untuk kegunaan aku sendiri ye... Haruslah stool tu semua menjerit mintak hampun!!! Hahahahaha. Aku cuma beli rug untuk bilik, yang warna belang2 hitam putih tu. Hajat hati nak beli macam-macam, tapi memandangkan rumah ku ittew hanyalah ala-ala "sekangkang semut" sahaja saiznya.. terpaksa aku lupakan impianku. Aduhai....



Bila pergi IKEA tak lengkap kalau tak pergi cafe. Kat cafe pun ramai orang jugak. Beratur panjang jugak. Daripada lapar lite-lite terus jadi tersangat lapar. Inilah antara hasil tangkapan kami. CikTipah tangkap ikan salmon, Mysis & CheAh tangkap Fish&Chip dan aku tangkap Spaghetti.


Bila dah siap makan, baru kami tersedar yang parking tiket dah dicop awal2 lagi masa buat payment tadi. Tengok kat parking tiket tu, kena keluar dari carpark 15 minit lepas bayar. Jadi, untuk pastikan validation tu masih boleh pakai lagi ke tidak, aku singgah kat information counter. Then adik tu kata "Takpa kak, bila dah validate macam tu, sebenarnya ada lagi 2jam masa tambahan". Barulah lega rasanya.


Dari IKEA, CikTipah ajak pergi Jusco pulak, sebab nak cari hadiah untuk anak buah terbaru dia. Memandangkan jalan masuk ke OneUtama agak jam, banyak sungguh kereta nak ke sana, kami tukar haluan ke Jusco, Sunway Piramid. Orang ramai juga.. tapi tak lah seramai kat One Utama.


Inilah sebahagian daripada hasil tangkapan kami di Jusco, Sunway Piramid tadi. Duk beli barang2 untuk menghias dapurku yang comel ittew. CikTipah duk beli jajan untuk anak2 adiknya di Seremban. CheAh pulak beli barang2 untuk bilik. Nak makeover bilik tidur katanya..


Lepas buat tangkapan, CikTipah ajak ke Oldtown WhiteCoffee. Yeay! Dan dalam perjalanan nak ke carpark, aku cuba la interview CikTipah ini..



Aku : CikTipah, cubalah berposing untuk pembaca blog aku ni.. Cuba bagi ucapan sikit..

CikTipah : Ai malewww laaaaa...

Aku: Ala CikTipah.. boleh laa... boleh laaaaa yek...



Satu......








Dua......







Tiga.....!





CikTipah : Untuk semua pembaca blog SeptemberSebelas...
PEACE UOLLSSSSS!!!!!




Hiks!



Salam kasih.

Bon Voyage

photo from Google Image

Pada waktu ini, kapal terbang sudah mula meninggalkan landasan menuju ke destinasi. Meninggalkan Kuala Lumpur. Semoga sentiasa dilindungi Allah selalu bila di tempat orang. Semoga selamat pergi dan kembali. Can't wait to see u again... Kalau sehari bagai setahun.. seminggu bagai apa ya..? Aku udah mulai kangen..


Salam kasih.

Demam Disko


Dulu aku ada buat entry tentang reunion untuk ex-ITMCS Batch 91. Teruja nak pergi. Tak sabar rasanya nak jumpa teman2 lama dari seantero Malaysia nih. Tapi.. alahai.. temanya adalah Disco Fever. Jenuh laaa aku nak fikir, nak pakai apa ye untuk Demam Disko nih? Telah ku google kan "Disco Fever" dan inilah antara hasilnya.. All photos are from Google Image.



Yang lelaki senang ler nak cari baju kan.. pakai je seluar bell-bottom, baju ala2 sendat2 sikit, dah settle. Terus jadi Demam Disko. Tapi yang ladies nih.. (memandangkan ramai yang dah jadi mak budak) ala2 jenuh jugak la nak fikir cemana la rekabentuk fesyen yang nak digayakan masa reunion tu nanti.





Kata member2 aku yang telah aku tanyakan suggestion mereka, diorang kata boleh la pakai ala2 bling2, shocking color & ala2 rambu-ramba katanya.. Hahahahahaha. Lawak.. lawak..



Kalo pakai cenggini pun okay gak kot eh??? Ala2 Madonna gittew. Hiks! Cuma aku perlu tambah tudung je lagi.. Tapi, mana lerrr aku nak dapatkan baju bulu2 gittew eh? Ish ish ish... Ekekekeke.
Aku terfikir pulak.. dalam ramai2 kami tu nanti, ada tak agaknya yang berani kamikaze bergaya rambut palsu ala Afro ye? Hahahaha.


Salam kasih.

Sunday, October 26, 2008

100 Cold


100 is my favourite number whenever I'm at Old Town White Coffee Cafe. I'm not sure what does it call but it is at number 100 in the menu/order list.


now u see it..


now u don't!


Simply irresistable! Love it! Thanks Nad for the lovely dinner. Terima kasih daun keladi.. ;-)


Salam kasih.

Selesai Sudah

Alhamdulillah, selesai sudah final exam petang tadi. Rasa lega. Selesai sudah semester kedua. Lagi 3 minggu, bermula pula episod seterusnya. Aku nak ucap terima kasih banyak2 kat kawan aku yang bantu aku buat revision. Tutorial over the phone.

"Awak, cerita sikit pasal Pricing Strategy & Global Marketing" kata aku. Dia pun terus la bla bla bla, pok pek pok pek. What I did was only listen. Dengar dia citer. Nasib baik menyebelahi aku.. betul keluar soklan Pricing Strategy & Global Marketing you.....! Alhamdulillah. Thank you so much..!



Buat sementara ni, sebelum bermula semester ke-3, aku nak relax....rehatkan minda.. Bestnya kalau boleh duk relax kat tepi laut...


Salam kasih.

Teh Tarik & Kacang


"Tidak ada yang lebih menarik
dan istimewa
selain dari segelas teh tarik dan
sebungkus makanan istimewa " - Temanku.



Sekali jadi model iklan radio daaaaa! Hiks! ;-)


Salam kasih.

Friday, October 24, 2008

Nothing Gonna Change My Love For You

Photo from google image


Nothings Gonna Change My Love For You - George Benson


If I had to live without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh, so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young and we both know
Theyll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I dont want to live without you.

Nothings gonna change my love for you
You oughta know by now how much I love you
One thing you can be sure of
Ill never ask for more than your love.

Nothings gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothings gonna change my love for you.

If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us like a guiding star
Ill be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are.

So come with me and share this view
Ill help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you.


Pernah dengar lagu ni? Lagu ni sangat famous masa zaman aku sekolah dulu. Sangat famous sampaikan class aku dulu buat persembahan koir lagu ni masa Hari Guru. Aku teringat balik lagu ni bila tengok komen kat blog Putubambu tadi, tentang lagu 80s & 90s. Dan, lagu ini sangat sinonim dengan situasi aku (kami?) sekarang.


Enjoy the song ya..


Salam kasih.



Celebrity Collage by MyHeritage - Tagged by Sue

Aku telah di "tag" oleh Cikgu Su. Nak testing kengkonon muka aku ni macam muka celebrity mana yang ala2 dikenal dek orang-orang kat MyHeritage tu. Inilah hasilnya...


MyHeritage: Celebrity Collage - Family tree template - Genealogy software


Yang tak leh tahan untuk aku gelak tu... ada ke muka aku ala2 Whoopi Goldberg ittew? Ekekekekekeke. Muka hero Winter Sonata pun ada occay! Agaknya tang cermin mata kot. Hahahahaha... Aku ada try banyak gambar... kebanyakannya duk samakan aku dengan Koda Kumi nih.. Sapa dia ye? Aku pun tak tau.. Sesapa nak try boleh jugak.. Sila.. sila...

Salam kasih.

Thursday, October 23, 2008

Sebuah Jawapan


Aku telah mendapat jawapan. Bukan jawapan untuk soalan bocor exam aku ya... Tetapi sesuatu yang penting untuk kehidupan aku yang akan datang. Jawapan tentang hari-hari yang bakal aku lalui.

Perjalanannya bukan mudah, aku pasti. Aku harap supaya kepayahan dan kesusahan itu hanyalah diperingkat awal. Aku berharap dengan sangat dan berdoa agar segala urusan akan dipermudahkan Allah, InsyaAllah. Malah, sebenarnya, dari awal perjalanan aku sudah mula berdoa.


Gambar dari google image


Alhamdulillah. Aku mendapat jawapan, tentang sebahagian kekuatan yang aku cari-cari selama ini. Aku juga memberi jawapan, yang dicari-cari, untuk menangani kelemahan yang ada.


Doakan aku ya teman-teman. Amin...


Salam kasih.


Wednesday, October 22, 2008

Panas!! Panas!! Panas!!


Bukan citer pasal perkahwinan Mawi&Ekin taww.. Juga bukan kisah aksi terlampau mana-mana orang terkenal Malaysia. Hiks...!

Kisahnya cuma aku baru siap masak Kuey Teow Kerang ni ha... Masih panas lagi!! Dah lama tak masak Kuey Teow Kerang ni. Balik keje tadi aku singgah kat kedai runcit kat bawah. Tangkap kerang, kutip sayur, capai kuey teow. Pastu potong itu ini, blender apa yang patut, then, duk rehat. Lepas maghrib tadi baru aku campak segalanya dalam kuali. Campak secara tertib dan berturut2 ye.. bukan main humban je.. nanti tak jadi.. Tak gittew ciktipah?? Ahaks!


Kuey Teow Kerang yang masih panas


Sebelum dihidangkan, harus la kuey teow kerang ni kena posing dulu. Amik beberapa shot, kemudian pilih yang mana satu idaman kalbu. Kemudian barulah dihidangkan. Kalau nak try kat rumah, meh sini i share resepi.. Bolehlah cuba masak sendiri, atau suruh isteri, tunang atau buah hati tolong masakkan.


Kuey Teow Kerang

Bahan-bahan:

1 paket Kuey Teow
1 kg kerang (banyak mana nak letak, sesuka hati)
1 paket fishball
1 paket fishcake (tadi pakai 3 keping je..)
2 biji telur

Sawi + kobis + taugeh = (Yang ni pun ikut suka. Tadi aku pakai sawi 3 tangkai, kobis sikit, taugeh 50sen)

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia (takyah lah amik pembaris gi ukur halia tu ye.. agak2 je la..)
10 tangkai cili kering (ini pun sesuka hati)
[campak semua dalam blender, blender sampai lumat]

Garam, sos tiram & kicap dan sedikit air (yang ini pun sesuka hati, sesedap rasa)


Cara memasak:

1. Tuang minyak sikit je dalam kuali. Jangan banyak2 nanti bahaya untuk kesihatan.
2. Masukkan bahan2 dah blend tadi. Tumis sampai berbau wangi dan bahan2 tu masak.
3. Masukkan kerang, fishball & fishcake.
4. Masukkan sedikit air. Buat ala2 jadi kuah sikit.
5. Masukkan garam, sos tiram & kicap.
6. Pecahkan telur. Pastu ala2 dah separuh masak tu gaulkan dengan bahan2 yang lain tu.
7. Masukkan sawi & kobis. Kacau lagi.
8. Masukkan kuey teow. Kacau lagi.
9. Masukkan taugeh. Kacau lagi sampai jadi ala2 kering.
10. Adjust rasa. Kalau ada rasa yang kurang, bolehleh tambah garam ke, sos ke, kicap ke... apa2 pun boleh. Kacau dan adjust sampai jadi sedap.


Dah siap masak... bolehlah dihidangkan sesuka hati.


Hmm.. tapi kan.. aku rasa.. aku nak tag orang lah... mintak depa cuba masak kuey teow kerang ni... Hahahaha. Sesapa yang kena TAG ni, bila dah masak jangan lupa amik gamba & letak dalam entry ya.. Mana ler tau.. ada resepi kuey teow kerang yang lebih menarik untuk dikongsi bersama. Good luck!

5 orang yang bertuah di tag ialah :

1. Ciktipah
2. Cikgu Sue
3. Pinky
4. Putubambu
5. Zuer (jangan marah aaa... hehe)


dan aku nak minta Temanku pujuk housemate dia masak Kuey Teow Kerang! :-)



Selamat mencuba...!


Salam kasih.

Sunyi

Menjadi rutin, selepas waktu kerja, aku akan bertemu dengan Temanku untuk makan tengahari. Kalau lewat sedikit, tak sempat untuk lunch, kami akan bertemu untuk minum petang. Itulah rutin aku setiap hari bekerja.

Semalam dan hari ini, Temanku ke luar kota. Ada tugasan yang perlu diselesaikan. Tiba-tiba aku rasa sunyi. Rasa hilang. Rasa janggal nak lunch seorang diri. Aduhai.. Terkeluar soalan “Nak lunch kat mana ye?” Mencari jawapan macamana nak lunch sorang ya?



Peliknya…! Sebelum ini, sebelum setiap hari bersama Temanku, memang rutin aku, selesai kerja, aku akan makan tengahari secara ‘solo’ di rumah. Sekarang ni pandai pulak rasa janggal.. Ish ish ish…


“Akak, jom la lunch” kata sorang kawan.

Nasib baik ada kawan sepejabat yang sudi temankan aku lunch semalam. Mungkin dia boleh nampak kat muka aku yang aku tak tahu nak ke mana lepas waktu kerja. Pandai awak baca fikiran akak ye dik..

Sebelum ini, aku memang hidup berdikari. Segalanya diurus sendiri. Dan rasanya, dalam situasi sekarang, aku perlu ‘refresh’ semua itu. Supaya kurang rasa hilang dan sunyi bila Temanku ke luar kota. Minggu depan, Temanku akan ke luar kota lagi. Aku sekali lagi, aku akan tinggal seorang diri. Jadi, aku perlu bersedia. Untuk segalanya..!



Salam kasih.

Tuesday, October 21, 2008

Afgan - Confession No. 1


Yang dinanti-nanti sudah ada di depan mata dan menjadi halwa telinga. Aku terima CD Afgan yang original dari Anas. Ole-ole dari Jakarta. Thank you, Anas. Secara peribadi, My Confession adalah yang terbaik dari Afgan. Segala-galanya ada dalam My Confession. Dan hari ini, My Confession telah ku putarkan berkali-kali.

My Confession - Afgan
Your smile brings light into my days
The thought of you warms my night
To hold you in my arms
Even in my dreams it feels so right
Loving you..
You never see the way I look into your eyes
You never realize the love I feel inside
Pain and sorrow that haunted me
Cause words I've left unsaid
Now you found someone else to love
Deep in my heart my love won't fade away
To hold you in my arms
Even in my dreams it feels so right
Loving you
You never see the way I look into your eyes
You never realize the love I feel inside
Pain and sorrow that haunted me
Cause words I've left unsaid to you



Enjoy the song ya..


Salam kasih.

Exam

Aku tengah risau. Risau sebab Ahad ni ada final exam. Need to 'kautim' my revision by Friday since Saturday ada kenduri arwah ayah yang ke-100 hari. Cepat betul masa berlalu ya, sedar tak sedar dah 100 hari aku lalui tanpa ayah.

InsyaAllah, kendurinya pada Sabtu malam dan the next morning, aku ada final paper. Hari Sabtu nanti, dah tentu akan busy sepanjang hari. Surely aku takkan ada masa nak buat revision. Lagipun dah tentu akan penat, lepas kenduri mesti terlelap. Jadi, mahu ataupun tidak segala revision mesti diselesaikan hari Jumaat. Aduhai…


Photos from Google Image

Dalam masa yang sama, aku ada lagi satu ‘exam’ yang perlu aku tempuh hari Rabu yang akan datang ni. Yang ini lagi merisaukan aku. Ntah apa resultnya nanti, Wallahualam. Cuma aku mampu berdoa semoga semuanya akan memberi keputusan yang terbaik dan menggembirakan.

Harap-harap segala urusan exam akan selesai sebelum Temanku outstation. Disaat-saat begini, aku perlukan kehadiran Temanku. Sebabnya, sebahagian daripada kekuatan aku ada pada dia.


Salam kasih.


Jangan Bersedih Lagi

Kadangkala dalam keriangan, ada diantara kita yang bersedih dan gundah gulana. Dalam kami sepejabat keriangan gelak tawa menyambut majlis Aidilfitri, ada kawanku yang dilanda kesedihan. Aku nampak matanya berkaca. Aku dapat mencuri pandang wajahnya yang sugul. Dalam kesibukan kami menjamu selera dengan pelbagai juadah, dia hanya mengelamun entah ke mana. Merah mata ketara. Tapi dalam masa yang sama, kadangkala terlihat senyuman dan tawa dilemparkan pada mereka yang sebenarnya tidak sedar dan tidak tahu tentang apa yang sedang menimpa dirinya. Dan aku terlihat dalam senyum dan tawanya itu, matanya masih berkaca.

“Kenapa Tuhan selalu menguji aku dengan ujian yang berat?” soalnya kepada aku.

Jawapan aku mudah. “Because you are STRONG! Kalau apa yang berlaku tak dapat diperbaiki, redhalah dan terimalah kenyataannya. Allah itu Maha Mengetahui”


Photo from Google Image


Untuk sahabat,

Bersabarlah dengan dugaan Allah ini. InsyaAllah, aku doakan yang terbaik untuk kamu. Tidak salah untuk kamu merasa sedih dan menangis, tapi biarlah rasa sebak dan tangis itu sekejapan sahaja dan kemudian kembalilah sebagai seorang yang lebih KUAT. Sebagai sahabat, aku akan cuba membantu setakat yang aku mampu. Supaya kamu tidak bersedih lagi.

Sahabat,

Be strong, okay…!


Salam kasih.


Monday, October 20, 2008

Solo pulak..



Ha.. orang lain sibuk makan, aku sibuk posing. Aku jatuh chenta dgn kapkek yang comel dan sedap ittew. Memang sesuai dengan kaler baju aku. Hehe.



Salam kasih.

Gambar Duet

Orang lain sibuk makan, aku sibuk posing. Hehehe. Sib baik MonchehMan nak melayan aku jadi tukang amik gambar. Tima kasih ye... Hiks!

Salam kasih.

Aidilfitri Di Opis

Jumaat lepas, ada sambutan Aidilfitri di ofis. Disebabkan kami mula kerja awal, seawal 5.30am, jamuan bermula jam 8.00am. Banyak sungguh juadah, dah jadi ala2 hotel buffet. Kalau nak tengok gambar makanan, boleh tengok kat blog Zuer.






Lepas makan, kami satu department turun ke lobi untuk sessi bergambar. Riuh satu lobby. Jamuan bersambung sehingga sessi tapau menapau sebelum balik.

Salam kasih.

Thursday, October 16, 2008

Tahukah Anda?


Tahukah anda, Jalan Raja Muda Aziz dahulunya dikenali sebagai Princess Road?

Aku pun baru tahu/sedar tadi walaupun sebenarnya dah lama aku hidup di KL ni, sejak mula celik mata lagi..

Mungkin benarlah kata orang, kadang-kadang kita memandang tapi tak melihat.


Salam kasih.

Wednesday, October 15, 2008

Ketat Ketupat






Jumaat ni ada Majlis Aidilfitri di ofis aku, insyaAllah. Untuk memeriahkan lagi majlis, kami cadang nak hiaskan ofis, barulah terasa mood raya tu. Jadi, the ladies sibuk mengayam ketupat riben, untuk digantung jadi hiasan. Ada jugak sessi belajar anyam ketupat dan sessi “refresh” cara anyaman. Lama dah tak anyam, jadi ada yang dah hilang skill.





Dulu2 aku reti bab menganyam ketupat ni, tapi sejak dua menjak ni, pandai lupa la pulak... Pusing sana pusing sini, tetap tak menjadi. Oleh itu, aku ada tugas baru, jadi tukang ketat ketupat. Selalu my sis akan anyam ketupat dan bab untuk ketatkan ketupat tu diserahkan kat aku. Kerja ketat ketupat ni penting tau… supaya nampak kemas dan beras tak terkeluar masa rebus ketupat tu nanti. Kalau tak ketat, ketupat tak menjadi occay!! Ciktipah.. jangan melencong ye… ai inesen tawww!! Hiks! Walaupun ketupat yang diorang anyam itu adalah ketupat riben dan untuk hiasan gantung2 sahaja, aku tetap menjalankan tugas aku sebagai tukang ketat ketupat. Gigih nih uolss!

Zuer interframe amik gambar.

Ada banyak jenis dan nama ketupat ni, bergantung pada bentuk yang terhasil. Ada ketupat bawang, ketupat satey, ketupat jantung dan macam2 lagi lah... Semuanya aku dah lupa cemana nak buat. Tapi kan, ketupat tetap dihatiku, dan yang paling terrer aku buat adalah KETUPAT NONA. Senang bah itu…! ;-)


Salam kasih.