Petikan dari
Malaysiakini.comHarga minyak turun lagi |
Oct 14, 08 5:53pm
|
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.
Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;
Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.
Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter. Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.
"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.
|
Nampaknya dah 3 kali berlakunya penurunan harga minyak ni. Dari RM2.70 ke RM2.55, kemudian turun ke RM2.45 dan mulai esok RM2.30. Alhamdulillah.. Tetapi yang aku lihat penuruan harga minyak ni tidak memberi sebarang impak terhadap harga barang-barang keperluan rakyat Malaysia. Mungkinkah harga roti canai akan turun dari RM1 ke 80sen? Hmm... mungkin tidak..!
Salam kasih.
8 comments:
halahaiiii....
aku selalu laa tertinggal ketapi. dah isi full tank td laaaa. cisss rugi sungguh!!!
kuang3 ci tipah...selalulah tengok internet...
satu satunya yang turun dgn penurunan hage minyak ni ialah our PM lah kan. Selamat Bersara PakLah, semoga bahagia ke anak cucu.
pengguna bijak juga salah satu faktor menpengaruhi naik turun hage barang, tapi rakyat mesia ramai yang kaya lah..most of them dun mind and praktis Aiman tak kisah bab hage semasa shoping.
kalau kat KL, selalu dengar ciktipah tertipu, rupanya kat Johor lain pulak cite nya, ciktipah tertinggal laaa pulak keke... nasib nasib..
ciktipah,
len kali time berita, tengok tv.. jangan berdating..! Ahaks!
zuer,
betul kan..
kajangmali...
sometimes orang praktis mentaliti Aiman tak kisah sebab orang dah MALAS nak pikir.. no matter turun cemana pun harga minyak, harga barangan lain mesti tak turun.. duhh!!!
jom kita nyanyi:
"tipah tertinggal.. tertinggal tinggal tertipah..! tipah tertinggal lagi!!" ekekekkekeke
ciktipah.. mintak hampun noks!
wahhhhh...
ini entry pasal ciktipah ke pasal minyak nih? apsal semua org sebut nama mek di dlm setiap komen?
adakah ciktipah = minyak????
kompius ai tawww!!!!
Ciktipah,
Sekali sekala.. glamer apa salahnyer.kan.... ;-)
Post a Comment