Jumaat ni ada Majlis Aidilfitri di ofis aku, insyaAllah. Untuk memeriahkan lagi majlis, kami cadang nak hiaskan ofis, barulah terasa mood raya tu. Jadi, the ladies sibuk mengayam ketupat riben, untuk digantung jadi hiasan. Ada jugak sessi belajar anyam ketupat dan sessi “refresh” cara anyaman. Lama dah tak anyam, jadi ada yang dah hilang skill.
Dulu2 aku reti bab menganyam ketupat ni, tapi sejak dua menjak ni, pandai lupa la pulak... Pusing sana pusing sini, tetap tak menjadi. Oleh itu, aku ada tugas baru, jadi tukang ketat ketupat. Selalu my sis akan anyam ketupat dan bab untuk ketatkan ketupat tu diserahkan kat aku. Kerja ketat ketupat ni penting tau… supaya nampak kemas dan beras tak terkeluar masa rebus ketupat tu nanti. Kalau tak ketat, ketupat tak menjadi occay!! Ciktipah.. jangan melencong ye… ai inesen tawww!! Hiks! Walaupun ketupat yang diorang anyam itu adalah ketupat riben dan untuk hiasan gantung2 sahaja, aku tetap menjalankan tugas aku sebagai tukang ketat ketupat. Gigih nih uolss!
Zuer interframe amik gambar.
Ada banyak jenis dan nama ketupat ni, bergantung pada bentuk yang terhasil. Ada ketupat bawang, ketupat satey, ketupat jantung dan macam2 lagi lah... Semuanya aku dah lupa cemana nak buat. Tapi kan, ketupat tetap dihatiku, dan yang paling terrer aku buat adalah KETUPAT NONA. Senang bah itu…! ;-)
Salam kasih.
9 comments:
Kalau tak ketat, ketupat tak menjadi occay!! Ciktipah.. jangan melencong ye… <----heyyyy...ai pun inesen tawww. apa yu ckp ni? ai tak paham laaa.
gitu...
ciktipah
kelas uolsss!!!
*cuma mampu tersenyum, senyum lagi and lagiiiiii!!!!!
to uols all..selamat meraikan hariraya esok iye...dgn pesanan hati-hati di jalanraya and pls jgn laaa dok banding2 ketupat lak sapa yang paling ketat..hihi...auwwww!!!!
kajangmali,
ish ish ish...! :P
hahahhahhaaa, kita pon pandai bua ketupat NONA gak.. 3 paket gitu.. hahahaha
aiyooo
pakar ayam ketupat la ni
harus la ray panggil utk jadi juri pertandingan anyam ketupat nanti
wakakakka
errrkkk
anyam bukan ayam
typo error
Pinky,
Betul..betul..betul! :-)
Ray,
Harus gittew!! Haha
Post a Comment