Tuesday, October 14, 2008

SMS

Sekarang ni semua orang sibuk dengan SMS. SMS ni Short Messaging System ye.. bukannya singkatan nama Dato' AngkasawanNegara kita tu. Rasanya majority lebih prefer SMS dari buat call. Sebab utama mungkin faktor caj yang lebih murah, dibanding dengan kalau buat phone call. Tanya khabar guna sms, set appointment guna sms, iklan & promo guna sms, nak ngorat guna sms, melamar guna sms, cerai guna sms, gaduh guna sms, ucapan birthday, raya segala guna sms, hinggakan jemputan kenduri kahwin pun kadang2 guna sms juga.. !


Tapi, sebenarnya seingat aku, beberapa tahun dulu, masa SMS ni mula dikenalkan, caj nya mahal dari call. Kalau tak silap, satu SMS harganya RM1!! Mahal...! Lama2 caj nya makin murah.. hinggakan kalau guna Active10 tu, satu sms cuma satu sen je.


Disebabkan biasa sms.. kadang2 tu kita menaip tak perlu tengok kat keypad. Ala2 dapat merasa dengan naluri. Guna imaginasi. Tu yang kadang2 tengah driving pun boleh sms. Tengah ride motor pun boleh sms! Bahaya betul...!



Kadang2 bila dah duduk sama2 berdepan mata pun, sempat jugak sms..! Dah terbiasa katanya... aduhai...macam macam ada...! Hehe..


Salam kasih.

4 comments:

CikTipah said...

mase makan tu make sure temanmu ittew menaip utk uols yea noks. jgn terhantar kt meja sebelah dah lewww. hikssss

kajangmalinakbelajarsms said...

sambil berdepan pun ber sms ka? hehe dasatnya!!..kut kut temanmu ittew sakit tekak nak berckp erk?..

bagus gak idea awak nih ciktipah, masa dok meja makan, on je bluetooth kan, pastu set device find online bluetooth around .....silap silap ter send msg via bluetooth kat mamak pelayan restoren.. keke

SeptemberSebelas said...

ciktipah,

tu la.. kat meja sebelah tu ada pakcik pencen.. takkan lerr dia hantar kat pakcik pencen plak. huhuhu

SeptemberSebelas said...

kajangmali,

kadang2 ada benda kita tak leh nak cakap depan2.. kena la sms gak walau berdepan. Hmmm.. temanku.. temanku.. ;-)