Wednesday, October 22, 2008

Sunyi

Menjadi rutin, selepas waktu kerja, aku akan bertemu dengan Temanku untuk makan tengahari. Kalau lewat sedikit, tak sempat untuk lunch, kami akan bertemu untuk minum petang. Itulah rutin aku setiap hari bekerja.

Semalam dan hari ini, Temanku ke luar kota. Ada tugasan yang perlu diselesaikan. Tiba-tiba aku rasa sunyi. Rasa hilang. Rasa janggal nak lunch seorang diri. Aduhai.. Terkeluar soalan “Nak lunch kat mana ye?” Mencari jawapan macamana nak lunch sorang ya?



Peliknya…! Sebelum ini, sebelum setiap hari bersama Temanku, memang rutin aku, selesai kerja, aku akan makan tengahari secara ‘solo’ di rumah. Sekarang ni pandai pulak rasa janggal.. Ish ish ish…


“Akak, jom la lunch” kata sorang kawan.

Nasib baik ada kawan sepejabat yang sudi temankan aku lunch semalam. Mungkin dia boleh nampak kat muka aku yang aku tak tahu nak ke mana lepas waktu kerja. Pandai awak baca fikiran akak ye dik..

Sebelum ini, aku memang hidup berdikari. Segalanya diurus sendiri. Dan rasanya, dalam situasi sekarang, aku perlu ‘refresh’ semua itu. Supaya kurang rasa hilang dan sunyi bila Temanku ke luar kota. Minggu depan, Temanku akan ke luar kota lagi. Aku sekali lagi, aku akan tinggal seorang diri. Jadi, aku perlu bersedia. Untuk segalanya..!



Salam kasih.

6 comments:

Zuer said...

wahhh...kak dib..ada adik baru nampak? laki ker pompuan...kalau pompuan kirim salam k !!!

adibah said...

Zuer,

Waalaikumsalam! ;-)

Unknown said...

owhh...patut laaa lama temanmu tak muncul di blog inniew. errr...maksud iols, takde nampak baju kaler2 sama gituh kan.

adibah said...

ciktipah,

tau tak pe...:-)


insuran dah topap ke belum? :P

Anonymous said...

ciksept,
setengah-setengah orang meminta lagih tuh to be sunyi tau, selalu dengaq depa kata, plsss lets me to be alone etc etc, so gunakan time sunyi ni utk bersunyi-sunyian lah kan. semoga sunyi anda berguna untuk agama, bangsa dan negara.

adibah said...

Kajangmali,

okay.. saya faham.