Wednesday, October 22, 2008

Panas!! Panas!! Panas!!


Bukan citer pasal perkahwinan Mawi&Ekin taww.. Juga bukan kisah aksi terlampau mana-mana orang terkenal Malaysia. Hiks...!

Kisahnya cuma aku baru siap masak Kuey Teow Kerang ni ha... Masih panas lagi!! Dah lama tak masak Kuey Teow Kerang ni. Balik keje tadi aku singgah kat kedai runcit kat bawah. Tangkap kerang, kutip sayur, capai kuey teow. Pastu potong itu ini, blender apa yang patut, then, duk rehat. Lepas maghrib tadi baru aku campak segalanya dalam kuali. Campak secara tertib dan berturut2 ye.. bukan main humban je.. nanti tak jadi.. Tak gittew ciktipah?? Ahaks!


Kuey Teow Kerang yang masih panas


Sebelum dihidangkan, harus la kuey teow kerang ni kena posing dulu. Amik beberapa shot, kemudian pilih yang mana satu idaman kalbu. Kemudian barulah dihidangkan. Kalau nak try kat rumah, meh sini i share resepi.. Bolehlah cuba masak sendiri, atau suruh isteri, tunang atau buah hati tolong masakkan.


Kuey Teow Kerang

Bahan-bahan:

1 paket Kuey Teow
1 kg kerang (banyak mana nak letak, sesuka hati)
1 paket fishball
1 paket fishcake (tadi pakai 3 keping je..)
2 biji telur

Sawi + kobis + taugeh = (Yang ni pun ikut suka. Tadi aku pakai sawi 3 tangkai, kobis sikit, taugeh 50sen)

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia (takyah lah amik pembaris gi ukur halia tu ye.. agak2 je la..)
10 tangkai cili kering (ini pun sesuka hati)
[campak semua dalam blender, blender sampai lumat]

Garam, sos tiram & kicap dan sedikit air (yang ini pun sesuka hati, sesedap rasa)


Cara memasak:

1. Tuang minyak sikit je dalam kuali. Jangan banyak2 nanti bahaya untuk kesihatan.
2. Masukkan bahan2 dah blend tadi. Tumis sampai berbau wangi dan bahan2 tu masak.
3. Masukkan kerang, fishball & fishcake.
4. Masukkan sedikit air. Buat ala2 jadi kuah sikit.
5. Masukkan garam, sos tiram & kicap.
6. Pecahkan telur. Pastu ala2 dah separuh masak tu gaulkan dengan bahan2 yang lain tu.
7. Masukkan sawi & kobis. Kacau lagi.
8. Masukkan kuey teow. Kacau lagi.
9. Masukkan taugeh. Kacau lagi sampai jadi ala2 kering.
10. Adjust rasa. Kalau ada rasa yang kurang, bolehleh tambah garam ke, sos ke, kicap ke... apa2 pun boleh. Kacau dan adjust sampai jadi sedap.


Dah siap masak... bolehlah dihidangkan sesuka hati.


Hmm.. tapi kan.. aku rasa.. aku nak tag orang lah... mintak depa cuba masak kuey teow kerang ni... Hahahaha. Sesapa yang kena TAG ni, bila dah masak jangan lupa amik gamba & letak dalam entry ya.. Mana ler tau.. ada resepi kuey teow kerang yang lebih menarik untuk dikongsi bersama. Good luck!

5 orang yang bertuah di tag ialah :

1. Ciktipah
2. Cikgu Sue
3. Pinky
4. Putubambu
5. Zuer (jangan marah aaa... hehe)


dan aku nak minta Temanku pujuk housemate dia masak Kuey Teow Kerang! :-)



Selamat mencuba...!


Salam kasih.

14 comments:

su said...

hehehe!

TAG masak memasak neh pestime su kene nih! hikhik!

akan ku cubaaa!hehehe

CikTipah said...

oitttttt.....

mana aci main2 tag masak2. kueyteow plak tu. alamatnye makan taun laaa baru aku nak jwp nih.

cuba laaa koeyteow beli ker. sonang aku!

SeptemberSebelas said...

Su...

Selamat mencuba! :-)

SeptemberSebelas said...

Ciktipah,

Bila lagi uols nak tunjuk bakat terpendam! hahahahaha. Chaiyo! Chaiyo!

:: NbC :: said...

alamak mana den nak cekau kerang kt sini ni..

tak pe, leh ganti ngan mussel kot.. hahahhaaa

weekend kita cuba okes.. hahahhaa

SeptemberSebelas said...

Pinky,

Selamat mencuba! Pakai mussel mesti sedap!

PUTUBAMBU said...

su, akak pun pes time ni..
walawehh..balik kena carik le bahan2 tu..

wokay kak dib.. nanti putu buat..
tapi esok putu cuti..tunggu entry selasa yek.. hehhee..

kak dib... nak kuetiau kerang sepinggan..kerang lebih..taknak togeh yek..cepat sikit..lapar ni..!

hehehe..

Zuer said...

nantikan zuer nyer plak k? minggu depan ler.... minggu nie nak g jalan2...luar negara.....!!!!

Zuer said...

boleh ker zuer masak? ermmmm? entah lah....lagi satu...kak dip...pandai yek tangkap kerang... tangkap pakai aper?

SeptemberSebelas said...

Putu,

Selamat mencuba...! Pi tangkap kerang kat kedai. Hehe.

SeptemberSebelas said...

Zuer,

Nak pi jalan2?? Nak ikut!!!! Selamat bercuti. Balik cuti nanti cuba masak then letak kat entry ye.. :-)

kajangmalitakcukuptanganharini said...

lepas ni gulung tikar laaa gerai chaw kuey teow Pulau Mutiara kalau camnih.....

ciksept, ada tolong makan utk saya gak ker?

SeptemberSebelas said...

Kajangmali,

mana ada gulung tikar.. masak biasa-biasa je...

Ye, saya tolong makankan... sedappp!!! :-)

SeptemberSebelas said...

Zuer,

Tangkap kerang pakai order => "Bang, nak kerang sekilo", gittew! Hiks! ;-)