Thursday, October 30, 2008

Dugaan


Minggu yang mencabar. Sangat. Bermula dengan cabaran "system error" di pejabat.

Bayangkan :

Bangun 4.30am -> Kerja 5.15am -> Balik keje 11.00pm -> Tidur 12.40am -> Bangun 4.30am - Kerja 5.15am. Dan hal ini dah berlaku sepanjang minggu ini... Aduhai...

Penatnya... dengan system error, attend segala masalah dari branch & bankers, itu dan ini.. hinggakan terlupa nak dinner.. lapar.. tapi kepenatan mengatasi segalannya. Kalau di beri pilihan makan atau tidur.. aku akan jawab TIDURRRRR!!!


Photo from google image

Harapnya segala yang mencabar ini akan berlalu macam berlalunya minggu ini esok hari. Aku berdoa supaya segala cabaran ni tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Aku terima segala dugaan dengan hati yang terbuka.. dan semoga dugaan ini akan memberi aku kekuatan untuk meneruskan hidup...

InsyaAllah segala dugaan akan berakhir minggu ini. Itulah harapan aku. Maaf, kadangkala aku juga lemah.. dan aku juga kadang2 kalah. Ya Allah.. begitu kuat dugaanMu untuk hambaMu kali ini... Kuatkanlah aku ya Allah. Amin...


Salam kasih.

6 comments:

PUTUBAMBU said...

kak dib ngan zuer ni keje bahagian ape? customer service ke?

keje shift yek?

SeptemberSebelas said...

Putu,

Kami buat kerja2 backoffice. Jadi perantara antara branch dengan bankers yang lain. Bila ada 'system error' terus jadi tunggang langgang.

Zuer said...

Nie lah kejer kat bank...nak membunuh pekerja !!!! we all kejer kat SPICK ler kak Putu !!!

SeptemberSebelas said...

Zuer,

Ish.. jangan ler kata membunuh.. ala2 menyeksa jiwa je..

kajangmaliselalumatajeasyikpenat said...

pengalaman penat yang indah tu. one day u all mesti merindui suasana penat gitu.

SeptemberSebelas said...

Kajangmali,

Maybe..