Wednesday, October 8, 2008

Singgah Penang

Masa cousin bertunang hari tu, kami stay di Alor Setar. Sebelum pergi lagi, memang cadang nak singgah Penang sebelum balik KL. Nasib baik dari Alor Setar ke Penang tu jalan clear. Dalam masa 45 minit dah sampai Penang.



Singgah di ChowRasta untuk beli jeruk. Memang tiap kali pergi Penang, mesti singgah kat stall ni. Kalau masuk Pasar ChowRasta, stall nombor 3, belah kanan pasar. Best.. Sesapa yang suka makan jeruk, confirm rambang mata nak pilih jeruk mana. Semuanya sedap2. Yang paling aku suka is Jeruk Mangga & Jeruk Kundang (yang terbaru katanya..). Punya ler banyak beli, siap dapat 2 paket free.

Lepas shopping jeruk tu ingat nak singgah kat Hamedia Nasi Kandar dekat2 area ChowRasta tu, tapi tutup pulak... Aduhai.. Takda rezeki. Then, aku teringat restoran Kayu Nasi Kandar kat Bukit Jambul. Aku pernah makan kat sana, masa aku pi travel sensorang ke Penang dulu. So, dari ChowRasta aku drive ke Bukit Jambul.




Masa sampai sana, baru je pukul 12, tapi orang dah start beratur. Dalam kedai pun ramai customer jugak. Sedap.. Dikna really enjoyed her Nasi Briyani Udang. Dia kata "Lain kali, datang Penang, kita makan kat sini lagi ya.." Wah..! Ciktipah.. jom!




Orang sibuk pilih jeruk, aku & Dikna sibuk posing. Orang lain takda pun bergambar kat feri, aku pulak sibuk posing. Saja nak relax2.. sebab dah terbayang.. jalan jem giler sedang menunggu dari Penang ke KL.



Lebuhraya yang sangat jem. Biasanya dalam 4 jam boleh sampai KL. Tapi hari tu, aku keluar dari Penang pukul 2.30 petang dan sampai KL pukul 11 malam. Nasib baik drive kereta auto. Itu pun rasa nak tercabut gak lutut kanan. Hentian R&R Tapah jadi sangat padat. Nak isi minyak di Shell R&R Tapah pun kena Q panjang, lebih kurang sama panjang macam malam sebelum harga minyak naik RM2.70 hari tu.


Salam kasih.


4 comments:

CikTipah said...

wooo sedapnye jeruk penang.

(padahal jeruk yg beli aritu ada lg ni kt dlm fridge. dia tahan lama kan?)

jom jom pi penang. lama gile tak ke sana. dah 3...... errr bulan dah.

kajangmalimakanketumpatpulut said...

.....Orang lain sibuk pilih jeruk, cik sept11 & Dikna sibuk posing.....

then sekarang ni rasanya orang lain dok sibuk makan jeruk, cik sept11 & Dikna dok sibuk makan gambar?????????

hihihi....

SeptemberSebelas said...

ciktipah,

jom ler.. kali ni uols drive ye.. :)

SeptemberSebelas said...

kajangmali,

hamboi...! tak sayang molot eh? :P