Friday, October 10, 2008

Pelik lah....


Aku tak berjaya pujuk diri untuk tidak demam. Bila bangun pagi, rasa demam dan sakit tekak yang amat sangat. Rasa tak larat nak ke ofis dan teruskan misi tidur. Pagi lepas sarapan dengan temanku, aku terus ke klinik. Dr. check temperature agak tinggi and BP pun tinggi jugak. Yang menariknya, aku tak dapat MC pun... Bila tanya kat kaunter masa amik ubat, cik kak tu buat muka sombong pulak. Macam ler aku ni menipu nak MC. Hmmm.. aku duk fikir, kalo aku pegi kat Dr. aku, mesti dapat MC 2 hari sebab BP tinggi. Apa nak buat, my dr. takda sampai 13th.

Pelik jugak ya.. kadang2 tu orang yang berlakon sakit senang2 dapat MC. Yang bebetul perlu rehat macam aku ni.. tak dibagi nya MC.

Petang, aku check my BP was 175/115. Hmm.. kalo aku pergi EMY kat spital aku gi selalu tu, agaknya tido sepital lah aku malamnya..

Hmm.. pelik sungguh.. Sabar aje lah...

Salam kasih.

6 comments:

Zuer said...

ermmm...jaga lah kesihatan tu kak dib oiiii...dah tau ada dare tinggi...makan tu berpada2 k

CikTipah said...

doktor tu tgh ingat nak wat open house ptg tu laa uols. tu yg tak pasan nak bg mc ke hapa. cik kak tu lak tgh pikir nak gi umah doc pakai baju apa. gitu.

SeptemberSebelas said...

zuer,

insyaAllah..

SeptemberSebelas said...

ciktipah,

betul la kan.. kalo la aku pi klinik tu bawak ketupat lemang, rendang segala, mesti dapat MC seminggu kaedahnyewww.. menci arrr!

kajangmalisukatimehujan said...

biasanya time-time raya gini kan..klinik tak sempat nak order buku mc baru lah, depa dok berjemaah amik mc nak sambung cuti raya..

SeptemberSebelas said...

kajangmali,

ye la kot... semua sibuk discuss pasal potluck untuk majlis raya klinik diorang..