Monday, October 6, 2008

Cerita Raya

Hari Raya Pertama

Raya pertama tanpa ayah&mak. Malam raya tu aku rasa sebak. Tapi, aku tak tunjuk yang aku sedih, sebab nanti Dikna lagi sedih. Sibukkan diri buat itu ini. Macamana pun, hidup perlu diteruskan.. jadi, Aidilfitri tetap disambut. Sederhana.


Rendang Ayam Pencen. Boleh tak nak tukar nama Rendang Ayam EPF? Hehe.


D-I-Y ketupat (kalau beli mahal.. daun pun dah layu..) dengan kuah kacang & Soto Ayam.


Lepas solat, salam2 & makan2, gerak ke Bt. 18, untuk ziarah kubur arwah mak&ayah, atuk, nenek & 2 pakcik. Then, terus ke rumah CheAh, tempat berkumpul keluarga besar aku. Nasib baik, tahun ni takda "soalan bonus", sebab agaknya depa malas nak dengar jawapan bonus. Hehe. My cousin yang nak bertunang & Emil Rambut Pacak menjadi tumpuan dan topik perbincangan Aidilfitri kali ini.. Selamat acik...!! Hehe.



Baju2 disambar di Jalan TAR hari tu. Initially, Nad yang nak beli. Tiba2 datang idea "boria" beli sama style tapi lain2 kaler & size. Next year nak ajak Julie join sekali.

Part of my keluarga besar.


CheAh & Emil.

CheAh, aku nengok Emil ni macam terpaksa je bergambar hehehehe. Masa bergambar ni CheAh tak keruan. Sebab, hari raya pertama ni jugaklah, CheAh telah meng'introduce' cheAbang nya kepada ahli keluarga. Comel laaa CheAh, honeybear mu itu.. Hehe.

Di hari raya pertama ini jugalah, keta aku telah disagat. Aduhai....


Hari Raya Kedua


Dikna pakai tudung Datuk SN style :-)


Disebabkan hari raya ke3 kena kerja, plan dah bertukar. Selalunya raya kedua aku duk umah, tunggu orang datang. Raya ke3 baru berjalan. Sebabkan kena kerja, kami pun pergi ler berjalan raya ke2 tu. Hasilnya, semua rumah yang nak dituju, takda tuan. Tuan rumah duk berjalan jugak. Akhirnya kami singgah 'beraya' di OldTown Coffee, Jalan Yap Kwan Seng. Nasib baik dapat kopi ais sedap. Hari ni, aku pakai kurung biru. Tima kasih, temanku. :-)




Hari Raya Ketiga

Kerja daaaaaaa!!!!!!


Salam kasih.

4 comments:

CikTipah said...

tak paham laa napa ayam EPF?

blur...

SeptemberSebelas said...

ciktipah,

zaman dulu namanya ayam pencen, sebab dulu2 kalo dah tua ada pencen. Tapi, sekarangkan kalo tua ada EPF. Sebab tu adanya ayat persamaan seperti ini:-

Ayam pencen = Ayam tua = Ayam EPF

kajangMaliBerayaLagik said...

banyaknye food...best best..
Selamat Hari Raya iye.

lady in blue cenyum manis ni ciksept11 iye?.. meh salam eratkan jambatan silaiturahim..

opss!! jambatan lagik hihi....

SeptemberSebelas said...

Kajangmali,

nanti mai rumah saya raya yek.. :)