Sunday, October 12, 2008

Pusing Raya


Walaupun demam, program beraya perlu diteruskan. Hari ini pusing2 Lembah Kelang untuk beraya. Banyak rumah yang nak diziarah. Mula2 ke Putrajaya, ada 3 family yang harus diziarah di sana. Rumah pertama, di Precint9. Kesian pulak tengok makcik aku duk sorang kat rumah. Anak2nya tak ada, sibuk dengan urusan masing2. Dari Precint9, ke Precint16, rumah AyahLong. Kemudian singgah ke Alamanda sebab Nad nak cari buku. Dari Alamanda, terus ke Desa Pinggiran Putra, ke rumah Busu.


Kat rumah Busu ni, banyak kucing, tapi tak sebanyak kucing di rumah CheAh&Nad. Maka berlangsunglah sessi dialog, berkongsi cerita kucing di antara mereka. Masalahnya, aku dengan kucing ni.. dari jauh boleh lah.. aku suka nengok, comel etc.. tapi kalo letak kucing tu kat aku.. kucing tu dalam bahaya. Confirm aku terkejut & silap2 terpelanting kucing tu nanti! Silap2 haribulan, bak kata lagu Herman Tino.. "Mati adalah pasti, hidup insyaAllah". Masa kecik2 dulu, tak pulak camtu.. bila dah besar ni.. pandai takut/geli ngan kucing pulak..

Dari Putrajaya, kami ke Selayang, nak ziarah makcik lagi sorang. Nak ke sana, ikut jalan MRR2, masyaAllah.. jalan punya lah jam. Amik masa 2 jam untuk sampai ke Selayang dari Putrajaya! Gambar2 tak diambil sebab aku tertido dalam 1/2 perjalanan tu. Ni semua sebab telan ubat masa kat umah Busu tadi. Huhu. Ngantuk beb!

Lepas Maghrib, minta diri, nak balik dah. CheAh dah surrender, dah tak larat nak drive sebab kena harung jam tadi, so, aku drive. Balik umah ikut Jalan Kuching. Nasib baik jalan clear, Alhamdulillah. Plan nak singgah rumah our pakcik, nak beraya. My sis call nak bagitau yang kami on the way, tapi tak ada kat rumah pulak... jadi kena postponed lagi..

Dikna suggest pergi makan SataySamuri. Semua kata okay.. tapi separuh perjalanan, masing2 fikir dah kenyang makan macam2.. langsung tukar lokasi ke Starbuck. Wah bestnya tempat ni dah ada Starbuck, masa aku sekolah dulu2, kat sini cuma ada KFC je.. Sampai kat Starbuck, aku lupakan sakit tekak. Lupakan demam. I ordered Java Chip Frappucino.



Tengok jam dah kul 9.30malam. And I tried my luck..
Orang ni : Kat Starbuck depan Mydin
Orang tu : Leh join tak?
Orang ni : Okay. I tunggu.

Temanku joined us for coffee. Terima kasih sebab sudi luangkan masa. Sekarang ni dah pukul 3 pagi dan mataku masih terang lagi. Tekak pun dah rasa perit nih.. Esok nak sambung raya lagi... Esok ke? Pembetulan.. lagi 7 jam, nak beraya lagi! Tido..! Tido..!


Gudnite. Salam kasih.

9 comments:

Zuer said...

ermmm kucing........miauuuuuuuu !!
kucing gatal....!!!

Anonymous said...

tu la pasal!!! hahaha tapi berbaloi tak tdo... cemburu I...
Grrrr....

CheAh

CikTipah said...

apsal "orang tu" nampak tgn jer. muka plissss!!!

CikTipah said...

eh cop cop. kelas tak start lg ke uols? sakan jer beraya.

SeptemberSebelas said...

zuer,

kalo ada hati nak kena flying kick.. silalah membuat bunyi kucing occay! :-)

SeptemberSebelas said...

CheAh..

ngantuk ni tau.. malam ni nak tido awal lah..

SeptemberSebelas said...

ciktipah,

muka keluar lite2 jer.. part by part katanya macam puzzle..

iols exam 26hb ni...

kajangmalihanyalahserangga said...

(Kat Starbuck depan Mydin)
Tengok jam dah kul 10.00malam. And kedengaran perbualan antara ncik baju belang2 dgn cik baju merah..

cik baju merah : "lamakk!! cik sept11 nak snap pic, i segan laa..."
ncik baju belang : "takpe takpe i tolong cover u kan dgn tangan i" cik baju merah : "Okay. terima kasih."
ncik baju belang : "kang kuar tgn i kat blog cik sept11 nih kang....."


* kalau cik sept11 buat aksi flying kick..jgn lupa paste kan kat blog...nak tengokkkkk....

SeptemberSebelas said...

kajangmali,

pandai buat dialog ye.. ;-)