Thursday, October 9, 2008

Pujuk


Tadi masa memandu ke NZ untuk makan tengahari dengan Temanku, aku terima call dari pakcik aku. Aku memang dah agak dia nak tanya aku tentang sesuatu yang terjadi minggu lepas. Aku dah jangka, dia nak meluahkan rasa kecewa, sedikit berkecil hati. Memang aku selalu jadi tempat dia mengadu. Jadi orang tengah. Poning den!


Macamana nak buat ni... Hmm.. aku biarkan sahaja dia bercakap. Luahkan segala. Aku cuma jadi pendengar. Sambil mendengar dia bercakap tu, kepala aku ligat berfikir macamana ni ya.. nak kata apa ya..? Macamana nak pujuk orang tua yang tengah kecik hati ni ya..? Dan sambil pikir2 tu, aku sampai juga aku kat NZ. Berjaya juga parking kereta. Huhu.


Dan akhirnya bila dia dah habis cakap, aku kata, "I'm coming to your house this weekend. I don't want outside food. Nak makan masakan rumah. Tell makcik to masak sedap2". Dan nada suara dia terus berubah jadi happy. Aku tau dia happy kalau anak2 buah dia datang ke rumah. Cara ni je aku rasa boleh bantu dia lupakan rasa kecik hati dia tu. Aku kata pada temanku yang ada kat sebelah "I was just trying to make him happy". Orang tua ni, kalau merajuk, kecik hati, payah tau nak pujuk... Hmm.. Ntahler..


Walau apa pun.. air yang dicincang takkan putus.. Pada pandangan aku, sebagai manusia, jangan terlalu mempertahan ego tidak bertempat hingga terlupa tanggungjawab untuk menjaga hubungan antara manusia dengan manusia. Masing-masing kalau faham tanggungjawab tu, semua orang dalam dunia ni akan hidup aman damai. Itu cuma pendapat aku ya.. Wallahualam.



Aku berjaya pujuk Temanku untuk drive balik dari NZ walaupun Temanku kekenyangan Nasi Briyani Kambing & Teh Ais. Bukan apa.. boleh jugak test memandu dengan cermin mata baru. Hehe. ;-)


Sekarang ni, sakit tekak dah datang. Badan dah mula rasa panas2. Macam baru lepas makan durian banyak2. Sakit kepala dah seminggu dah ni. Doktor aku takda pulak, ada seminar kat Europe katanya. 13hb ni baru balik.. Aku sedang pujuk diri, biar dapat bertahan sampai 13hb ni.. Jangan demam ya...



Salam kasih.

4 comments:

Unknown said...

gambar mata dan spek tu gambar pakcik kah gambar teman uols? hikhik.

ampun datok nenek, cucu tompang lalu.....

Anonymous said...

wah!! jauhnya depa nih drive gi carik makan....sampai New Zealand ke nih????? biaq betoiii...

iye tak iye jugak kan, saya pun terkeliru cam awak jugak lah ciktipah, pakcik or teman uols dalam pic cuma mata dan spek ittewww?... tengok mata ada iras iras mata cik sept11 kan...mesti pakcik cik sept11 nih kan kan?...

ciktipah...
oh camtu erk bacaannye kena baca semasa melalui jambatan parit sulong iye?.. nanti saya hafal dan baca gak bila lalu situ nanti..

adibah said...

Ciktipah,

Tu gambar mata orang yang pandu keta iols.

adibah said...

Kajangmali,

Saya & temanku memang suka gi makan jauh2.. kadang kat NZ, kadang2 kat PD! Hehe.