Friday, November 28, 2008

Cicakman2


Event : Tayangan pra-nonton, Cicakman2
Lokasi : Cathay Cineleisure, Damansara
Time : 9 pm

(Sila klik pada gambar kalau nak nampak imej lebih besar dan terang)

Aku dipelawa oleh Achmal dari KRU untuk ke majlis pra-nonton Cicakman2. Sebagai seorang yang dah lama mengikuti perkembangan KRU, aku tak leh lepaskan peluang ini. Bayangkan, dari hanya sebuah kumpulan rap di tahun 1992, sekarang ni KRU sudah aktif bikin filem. Congratulations! Cicakman2 adalah filem ketiga dari KRU, selepas Cicakman & Duyung.


Ginger1, Ginger2, Mdm. Feng Shui, Rrama, Syarifah Amani & Cicakman2 (costume baru). Ini adalah antara watak-watak penting dalam filem Cicakman2. Aku rasa Sy. Amani did a great job, dengan watak sebagai adik Danny (Yusry) yang buta. Lawak dia lebih bersahaja.. berbanding dengan .....


The main casts; Saiful Apek, Tamara Blezynski, Aznil Hj. Nawawi, Syarifah Amani dan Yusry bergambar bersama Melly Goeslaw. Walaupun lagu Dibius Cinta nyanyian Yusry & Melly keluar selama 15saat sahaja dalam filem Cicakman2, lagu tu lah yang paling aku suka sekali.. Romantik sehhhh...! Dalam pada tu, aku tercari-cari juga.. mana pi si Fasha Sandha??


Budak-budak kecik yang ada kat lokasi tu malam tadi.. teruja sungguh bila nampak Saiful Apek & Pak Nil nih... Abih semua kami remaja purba ditolak ketepi dek makbapak budak-budak ni. Aku sempat congratulate Pak Nil sebab dapat seruan haji tahun ni. Alhamdulillah. Semoga mendapat haji mabrur, insyaAllah.



Untuk bapak-bapak semua ya... saksikan pelakon utama dalam filem Cicakman2 ini ya.. namanya Tamara Nathalia Christina Mayawati Bleszynski... (tu dia.. kalo isi borang tak cukup petak kosong nihh) ataupun Tamara Blezynski. Cantik banget dia ini..!! Aku rasa Tamara ni famous di Malaysia kerana lakonan dia sebagai Ana dalam sinetron Hikmah di Astro tu.


Sebanyak 3 sinema disediakan untuk majlis ini. Satu untuk pemenang ERA, satu untuk pengguna CELCOM, dan satu untuk VIP. Aku nonton di sinema untuk pemenang ERA, sama dengan Achmal & wifey. Maaf, aku tak pandai nak buat review untuk filem, tapi, yang pasti, Cicakman2 ini lebih baik dari Duyung. Tahniah Yusry.


Salam kasih.


Nota extra : Terima kasih untuk sahabat aku sebab bagi aku guna pc dia untuk edit Picasa3. Maap ler saya duk ganggu selalu, lepas ni saya tak kacau dah ye.


6 comments:

Tijah Lawa said...

seksi tak cicakman tu nok? hikhikhik

SeptemberSebelas said...

TijahLawa,

Seksi weh... jenuh aku duk ngelak noks..!Bak kata orang, sekali pandang rezeki... dua kali pandang lariiii!!! Hiks!

ciktipah said...

laaa danny tu idup lg ke? meh laa cite apa berlaku sebenarnye pas yg last aritu?

hiks anti-klimak sungguh.

Zuer said...

ermmkak dip ktang maner yang seksi tuh !!!

SeptemberSebelas said...

Ciktipah,

Danny kan dah mati dalam Cicakman.. Yang penting... walaupun dah mati dalam Cicakman.. tetap ensem uols!!

SeptemberSebelas said...

Zuer,

Seksi kat bahagian "artificial 6 packs" ittew!!!!