Friday, November 14, 2008

Makan...! Makan.. ! Makan??


Air teh lapis (aku lupa namanya... Teh Tingkat kot....). Aku teruja tengok presentationnya. Lapisan paling bawah adalah 'Gula Apong' ataupun Gula Kabung. Lapisan kedua tu adalah susu pekat dan lapisan paling atas adalah teh. Air ni manisssss sekali.. Special Teh Ais ni kan?



Antara makanan yang paling istimewa di Kuching adalah Mee Kolo @ Mee Kolok. Ala2 wantan mee. Favourite Zuer kalau dia ke Kuching katanya.. Gred mee kolok ni ditentukan oleh supnya.. kalau supnya sedap maka sedaplah mee kolok tu. Yang aku makan ni memang sedap. Mee kolok ni harganya hanya RM2.70 sahaja! Murahkan...?



Laksa Sarawak yang 'nyaman' (sedap). Aku memang tak pernah miss makan laksa sarawak ni, setiap kali aku ke Kuching. Laksa Sarawak kat kedai ni berharga RM3.50.



Mimi bawak Ima, Isz and myself pergi sarapan err.. brunch actually kat Rojak Kucei di Batu Lintang. Rojak mamak sebenarnya.. Kami makan rojak ayam. Kuah rojak ni memang sedap. Kata Mimi, kedai rojak ni sangat famous. Patutlah full house sentiasa. Aku tengok ramai juga pakcik2 dan makcik2 yang datang makan kat sana. Mesti jadi kegemaran sejak zaman muda dulu-dulu. Thanks Mimi sebab sudi belanja Rojak Kucei.




Sayur pucuk midin. Keturunan pucuk paku. Kat KL tak ada sayur ni. Aku pun tak cam daunnya. Rasanya ada tumbuh di tepi-tepi jalan kat semenanjung ni.. Sayur midin ni paling sedap kalau dimasak Sayur Midin Belacan. Kalau kat restoran, harganya agak mahal.. sebab midin ni susah nak jumpa. Aku jumpa sayur pucuk midin ni pun, on the way balik dari Serikin, "a MUST GO place for visitors from Semenanjung".



Aku tak tau kalau kat sini dipanggil apa, tapi kalau di Sarawak timun ni dipanggil Timun Dayak. Mak angkat aku kata, timun ni rasa masam. Timun Dayak ni rupa-rupanya bukan hanya boleh dimakan. Tetapi menjadi bahan untuk petua orang tua-tua.

Begini ceritanya... Adik angkat aku baru lahirkan baby 17 hari. Dan baby tu sentiasa tak tidur malam dan kadang-kadang menangis diwaktu malam. Dah pukul 6.30 pagi baru tidur. Kata mak, petua orang-orang tua, letakkan timun dayak ni disebelah baby diwaktu malam. Mesti baby tu boleh tidur nyaman. Dan hasilnya, disaksikan oleh aku sendiri... memang baby tu tidur nyenyak malam hari bertemankan timun dayak ni.. kebetulan... kan?



Buah Dabai (Dabei dalam bahasa local). Paling famous buah dabai Sibu. Eh Sibu ke Bintulu ye? Hehe. Confuse pulak... Rasanya agak kelat sikit. Enak dimakan bersama garam, tapi aku tak gemor sangat.. Makan satu je.. buat syarat.



Nasi dalam periuk kera. Periuk kera yang diatas tu.. dibersihkan dan dipotong periuknya dan disumbat dengan nasi dan dikukus katanya.. Sedap ke tidak, wallahualam. Aku tak berani nak cuba.. hiks!


click to enlarge


click to enlarge

Yang ini... aku tak berani nak cuba... Ulat mulong ataupun ulat pokok sagu. Aku ada gak interview penjual ulat ni. Katanya, goreng pun sodap! Ataupun amik sekor... cucuk kat lidi, lepas tu bakar, then buang mata (yang warna hitam tu) dan ngapppp! Rangup katanya. Aku lupa nak tanya harganya... 10 tahun lepas, yang aku ingat harganya 30sen seekor.. mungkin sekarang dah 50sen. Aku ulangkan sekali lagi..... aku tak berani nak cuba.. Amacam? Ada berani??


Salam kasih.

6 comments:

Abdullah Ghani said...

Wahhh....bestnyer sarawak..

adibah said...

Abdullah ghani,

Salam kenal.. sarawak memang best..!Pergilah melancong..


Singgah selalu ya..!

Zuer said...

maner mee kolok manok...yang dipesan? x bawak balik pun?

adibah said...

Zuer,

time & keadaan tak mengizinkan untuk tapau mee kolok. hanya sempat beli kek lapis sarawak je.. sedap tak kek tu?

su said...

mula2 lapar gilos tgk makanan kat atas tuh! tp tibe part ulat sagu...ilang nafsu mkn yg ador! hahahahaha....ku x braniii!bg la sejuta pongg!ku xkan cobaaa! kik!kik!

adibah said...

Su,

Kalo tengok secara 'live' lagi mencabar Su.. tang gedik2 jeeee ulat mulong tu bergerak-gerak. Hehehe.