Thursday, November 13, 2008

Kenangan Kuching Waterfront


15 tahun yang lalu, boleh dikatakan setiap hujung minggu kami akan berjalan di Waterfront ni. Dari tempat berhenti van sapu, di Electra House (tak perasan pulak sama ada namanya masih kekal) kami akan berjalan melalui India Street, kemudian menyusuri Waterfront untuk ke Sarawak Plaza untuk shopping barang-barang keperluan harian (read: Mi segera & junkfood Sos cili tak yah beli.. sebab songlap dari KFC hehehe... )



Sungainya tenang.. but remember.. don't sangka clear water got no buaya na.... hehe.. Sebenarnya banyak juga aktiviti riadah yang dijalankan di Sungai Sarawak ni. Antaranya acara tahunan seperti Sarawak Regatta. Ada juga disediakan Sarawak River Cruise untuk pelancong menyusuri Sg. Sawarak ni..



Dengan harga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak, kita dapat menyusuri Sg. Sarawak dengan Cruise ini di waktu senja. Dapat melihat panorama matahari terbenam. Romantiknya.. Nantilah, satu hari nanti.. aku nak cuba naik Cruise ni pulak..



Tempat ni (aku dah lupa namanya..) banyak kenangan. Dulu-dulu kalau hujung minggu ada persembahan seni di lantai ini. Kami selalu transit di sini untuk melepaskan lelah berjalan sambil tengok persembahan seni. Tapi sekarang, aku tak pasti. Kenangan yang paling aku tak boleh lupakan adalah menonton persembahan KRU buat pertama kalinya di lantai ini. Cuma mendengar dan meninjau sebenarnya.. sebab terlalu padat dengan penonton waktu itu.



Bangunan DUN yang baru sedang dalam pembinaan di seberang Waterfront.



Ima tengah posing, nak hantar MMS pada hubby dia. Isz yang teruja sedang online dengan hubby dia, nak bagitau tengah jalan-jalan di Waterfront. Aku? Tengah merakam keterujaan mereka. :-)



Ima tak pernah naik penambang. Puas juga aku pujuk dia untuk merasa pengalaman naik penambang ni. Akhirnya, termakan pujuk juga dia... :-) Bayaran yang dikenakan bagi aku sangat sangat murah. 30sen seorang untuk satu perjalanan. Mengapa aku kata murah?



Sebabnya, penambang @ sampan ini dikendalikan secara manual.. aku rasa tenaga yang dikeluarkan tak berbaloi kalau hanya dibayar 30sen seorang. At least, 50sen lah kan? Kalau dilihat, ada towel dan baju tersidai di kawasan belakang sampan. Siap cermin lagi kan.. Aku rasa, tuan punya penambang ni tidur dalam penambangnya juga..



Aku duk gelakkan diorang je.. sebab duk jerit takut. Pantang penambang bergoyang, jerit. Hehe. Tapi, dalam takut-takut tu.. sempat juga posing. Sebenarnya aku pun risau gak, sebab bukan pandai berenang pun.. life jacket confirm takda dalam penambang ni... Dan terfikir dah, kalau lerrr penambang ni karam ke apa ke.. kena lah berpaut kat papan macam cerita Titanic tu.. Jadi Rose kejap.. tapi mana Jack aku?? Jack?? Jack?? Where are you Jack?? Hehehehehe...


Salam kasih.

No comments: