Wednesday, November 19, 2008

Rombongan Merisik

Tadi lepas habis waktu kerja aku ikut Boss, CikMatKhair & KakLin pergi ke satu lokasi untuk merisik. InsyaAllah.. majlis ini akan dilangsungkan awal bulan Febuari (sebab nak lari dari tarikh Valentine Day yang sangat klise) nanti lebih kurang dalam pukul 4 petang. Dijangkakan.. ramai juga yang akan hadirkan diri untuk majlis ini. Harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar..


Lokasinya...




Tempat yang bakal digunakan untuk majlis itu.. debaran sudah terasa walaupun masih jauh lagi masanya. Banyak persediaan yang perlu dibuat. Majlis menentukan jawatankuasa kerja akan dilakukan secepat mungkin.


Diskusi selepas makan tengahari. Nasib baik boleh berkompromi. Masih boleh berunding. Bila dua pihak sudah setuju, nanti akan berlakulah ikatan janji.


SUDEHHHHHHH!!!!!!!!!


Takda sesapa yang ada majlis kawen pun. Belum ada yang nak tunang. Cuma tadi ke sebuah tempat untuk discuss tentang BIG EVENT yang akan berlangsung Februari ini, InsyaAllah. Sebagai pembuka acara untuk tahun 2009. Ini adalah BIG EVENT kedua untuk department aku setelah event yang pertama beberapa tahun lepas. Harap2 kali ini lebih meriah, sebab ahli keluarga department dah bertambah. I'm excited..!


Salam kasih.

2 comments:

Zuer said...

ohhh g ngan YM ker? nasib baik tak ikut...!!! kalau tak kerkedu jer...huhuhu...( takut YM kata " Eh Zuer..tak tunggu petang ker? )

adibah said...

Zuer,

YM pun balik ofis gak sebab ada meeting kul 2.30 ptg tadi.