Tadi kan aku cerita yang aku teringin nak RutBirFloat & CurlyFries.... kebetulan penyakit "Malas Masak" sedang melanda.. Aku tanya kat mySis dia nak order apa... dan aku pun menggunakan daya imaginasi untuk mengorder makanan yang ku idamkan.. Jadi, dengan gigihnya aku pun mencapai telefon dan mendail nombor yang panjang-panjang tu untuk order Delivery dari satu lagi kedai ( u know what i mean..) ...
Tuttt... tuttt... tuttt.. tutt...tutt..tutt..tutt..tutt..
"Tengkiu for calling @#$%^^@. For English please press 1. Untuk Bahasa Malaysia, sila tekan 2. (Aku tekan no. 2) dan lagu ding dong ding dong la la la la ting ting ting ting pun kedengaran... "
Orang tu : Terima kasih kerana menghubungi @#$%^&*. Saya bla bla bla bla bla bla...
Aku : Dik, akak nak buat delivery order
Orang tu : Boleh tau nama akak.
Aku : Adibah
Orang tu : Boleh bagi no. phone akak
Aku : Kosong, Satu, Dua, Dua, Tujuh Dua, X,X,X,X
Orang tu : Alamat akak di ......., tingkat ..... Keramat, KL ye.. Sebentar ya, saya nak confirmkan alamat akak
Aku : Okay..
Ting tong ding dong la la la la (background music)
Orang tu : Terima kasih kerana menunggu. Tukang hantar yang terdekat dengan akak adalah di A#$%g P&*k. Tapi sekarang ni kat sana hujan. Jadi kita tak boleh buat penghantaran . Kalau akak nak, akak boleh buat tempahan, tapi kita akan hantar selepas hujan berhenti.
Aku : Bila?? (Aku rasa terkejut dengan statement dia.. dan tak semena2 terkeluar perkataan tu. Lagipun kat umah aku tak hujan lagi.. mana ler aku tau kat sana tu hujan....)
Orang tu : Itu saya tak tahu.. akak tau ke bila hujan berhenti??
Aku : Huh?? Apa dia??
Orang tu : Kalau order sekarang, kita akan hantar bila hujan berhenti. Tempat akak hujan tak? Akak tau ke bila hujan berhenti?
Aku : (Pitching aku dah menjadi tinggi...) Kalau tak leh order, cakap je tak boleh order! Senang cerita!! Please ask your boss to send you for customer service & telephone etiquette course, boy!! (and I press the End Call button)
Hmmm.. Mentang2 aku tekan butang 2, ko main2 ngan aku ya... kan dah kena!!!
Kannnnn......!
8 comments:
kebodoh yang menjawab tepon t kak dib? kalau zuer lah...
mau kener tengkikng...
" Ehh Aku NAK BAGI BUSINESS ...TU PON KO TAK NAK KER' !!!!
lepas tu start kereta dan terus ke A#$%g P&*k ke uol?
haku pun panthang datuk nenek kalo kena cenggitu.
Zuer,
Tu lah kan.. len kali nak tambah ayat tu dalam script lah..!
CikTipah,
Iols start keta, pegi drive thru yang lain..! Gittew!
kihkih..kan dah kena sekali..
tapi mmg setau putu..kalau time hujan..diorg tak buat delivery..
tapi takleh le tanya kita camtu kan..
Putu,
Itulah.. sepatutnya dia explain elok2.. bila dia dah cakap macam tu.. carik pasal ler tu, kan...! Hehe
hik2
baiknya hati akak
sy dah mintak manager terus :D
and tulis dlm blog kedai ape di maksudkan tuh
muehehehe
Hi Budleee,
Rasanya budleee boleh teka kan.. kedai apa yang akak maksudkan tu.. hiks!
Selamat datang.. nanti datang lagi ya, budleee. :-)
Post a Comment