Sunday, November 2, 2008

Pepparkakor



Pernah tak dengar tentang biskut Pepparkakor ni? Nama lain biskut ni adalah Ginger Thins. Aku baru jer tau pasal biskut ni hari Khamis lepas. Begini ceritanya....

Nora bagitau kat aku hari tu dia nak gi jalan2 seluruh ofis, untuk misi mencari makanan. Tak lama lepas tu dia pun datang kat aku then suruh aku tadah tapak tangan. Hmmm.. berjaya lah agaknya misi mencari makanan dia tu...



Aku pun dengan tak semena-mena, tadah ler tangan aku macam ni... Titiba dia letak sekeping biskut kat tapak tangan aku. Then dia kata kat aku;

"Akak, make a wish, pastu tekan kat center biskut tu"

Ecewahhh...! Dalam aku bz kelam kabut sana sini.. sempat gak dia suruh aku buat macam2. Takpa.. stress therapy, aku pun layan je... Aku pun ala2 make a wish la jugak kan.. dalam hati gittew... Hiks!



Dan inilah hasilnya biskut yang dah terbelah tiga. Pastu Nora menjadi sungguh excited sekali.. dan tanya kat aku.. "Akak wish apa?". Pehtu aku jawab "Ada ler.... Kenapa?" Rupanya, bila dah pecah tiga gitu, barulah Nora bagitau apa makna pecah tiga tu..



Bila dah pecah tiga, apa lagi... ngap ler....!!!! Aku lapar maa..... Tadi aku google, aku jumpa la website tentang biskut Pepparkakor ni.. dan website ni kata...

"Place a Ginger Thin in the palm of your hand. Then, make a wish. Using the index finger of your free hand, tap the cookie in the middle. Swedish tradition states that if the Ginger Thin breaks into three pieces, your wish will come true. If the Ginger Thin does not break into three pieces, you´ll just have to savour the cookie in smaller portions."

Aku tak caya. Sebabnya aku dah tekan 2 biskut dan wish aku lain-lain belaka (contradict antara satu sama lain) dan hasilnya kedua-dua biskut ini pecah tiga. Melampau yewww kalau kedua2 wish aku tu ala2 will come true..


Sesungguhnya semuanya dan segala apa pun yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. Tidak ada kena mengena dengan biskut atau apa sekali pun. Yang penting.. biskut itu sedap uolsss!! Sebab itu aku buat experiment cucuk biskut tu sampai 2 kali. Huhuhu.


Salam kasih.

8 comments:

su said...

nak gak wat cenggitu! huhuhu

kalo su tekan n trus berderai!camne ek?

huhuhuhu!

su said...

kak nak mintak jasa baek akak lah...leh kew?

akak leh tukar kan ke nama su kat list akak tuh letak dr "hatibiru" ke "su" aje??

xbleh xpe...hehe..hanye permintaan yg suci ikhlas sajor! hehehehe


tenkiu ya! hehehe(malunyer su!)

SeptemberSebelas said...

Su,

hehehe.. kalo berderai senang nak ngapppp su.. hehe..

Boleh.. nanti akak tukarkan untuk su yek.. :)

su said...

macehhh kak!

muahs!

kajangmalinakcariportnakngularnih said...

makan sekut sorang-sorang erk? ishh ishh....

nora? hahahahahaha...kenal kenal hehe

CikTipah said...

mek rasa kalo mek buat bukan pecah 3 uols tp sampai 3 ploh gituh.

SeptemberSebelas said...

Kajangmali,

Abih tu.. sekut oghe beri.. make sore2 jah la... :-)

SeptemberSebelas said...

Ciktipah,

Kalo pecah 30 kena nyanyi lagu "Harapan" lewww.. hehe