Saturday, March 7, 2009

Al-Fatihah Untuk Amir Yusuf

Pagi Jumaat, waktu di ofis:
Aku : Nora, akak tak sedap hati lah..
Nora: Kenapa kak?
Aku: Hmm.. read this
Aku hulurkan handphone, dan Nora mula membaca entry ini. Belum selesai membaca, mata Nora berkaca, mengalir airmatanya. Airmata seorang ibu. Sama-sama, kami mengesat airmata masing2.
Nora: Kak, sampaikan salam ya. Katakan Nora doakan yang terbaik utk dia.

**********************

Lebih kurang jam 9 malam, aku terima sms dari Jimi.

"Salam. Amir Yusuf lebih disayangi dan kini pulang ke pangkuan-Nya jam 12.51pm waktu Glasgow. Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat sentiasa."


Innalillahi wainna ilaihirojiun.. Mengalir airmata. Kehilangan insan tersayang adalah suatu dugaan yang sangat berat. Aku teringat saat2 terakhir ketika arwah ayah menghembuskan nafas terakhir. Sangat sedih kerana kehilangan. Kerana itulah kali terakhir aku tatap wajah ayahanda. Tapi, bila aku terfikir, berakhir sudah derita kesakitannya, aku redha. Allah itukan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Aku pernah siarkan gambar arwah Amir Yusuf dalam entry yang lepas. Bercerita tentang pengorbanan dan perjuangan. Aku terharu dengan kesungguhan ayahbonda dan kakak arwah Amir Yusuf, sama-sama bertahan dan berjuang dan berusaha sedaya upaya untuk segala yang terbaik untuk arwah Amir Yusuf sejak lahirnya, lapan bulan yang lalu.

Secara peribadi, aku belum sempat kenal siapa mereka. Cuma membaca dan mengenal dari tulisan blog. Arwah Amir Yusuf lah yang mendekatkan kami. Untuk Fajar, Anis dan Najla, bersabarlah dengan pemergian Amir Yusuf. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah, InsyaAllah. Teruskan perjuangan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Kadang-kadang, terlintas juga di hati ini.. adakah aku ini akan menjadi setabah dan sekuat mereka, jika dugaan sehebat ini datang melanda?

Kiranya ingin berkirim salam takziah kepada mereka, sila lah ke blog ini. Semoga anakanda Amir Yusuf tenang di sana, InsyaAllah.


Al-Fatihah.


Salam kasih.

9 comments:

VimmiYasmin said...

Salam

sedih sangat kan.
walaupun hanya kenal kat sini jer.
hingga kini , air mata saya terus mengalir.

adibah said...

Salam vy,

Betul vy, memang sedih. Setiap kali baca luahan hati Fajar tentang arwah Amir Yusuf, mesti mengalir air mata.

Semoga arwah tenang disana, InsyaAllah.

NouroulSuhaimi said...

Al-Fatihah utk arwah...

adibah said...

Amin...

zino said...

al-fatihah... amin

Anonymous said...

takziah utk family arwah.

adibah said...

Amin.. sama2lah kita doakan ..

Anonymous said...

al-Fatihah utk arwah,takziah kepada his family, semoga semua dirahmatiNya. Aminn.

adibah said...

KM,

Amin...