Ketulusan
Kadangkala ada perkara
Yang kita nak luahkan
Tapi tersekat di tengah jalan
Kerana ingin menjaga hati
Kerana takut kehilangan
Kadangkala ceritanya indah
Penuh bunga-bunga
Penuh pelangi
Rupanya hanya pura-pura
Kerana ingin menjaga hati
Kerana takut kehilangan
Sedangkan
Semakin dijaga hati
Semakin luluh jadinya
Sedangkan
Kepura-puraan
Realitinya amat menyakitkan
Sedangkan
Lakonan itu
Yang bersorak
Yang bertepuk tangan
Hanya yang menonton sahaja
Kadangkala ada perkara
Yang kita nak luahkan
Tapi tersekat di tengah jalan
Kerana ingin menjaga hati
Kerana takut kehilangan
Kadangkala ceritanya indah
Penuh bunga-bunga
Penuh pelangi
Rupanya hanya pura-pura
Kerana ingin menjaga hati
Kerana takut kehilangan
Sedangkan
Semakin dijaga hati
Semakin luluh jadinya
Sedangkan
Kepura-puraan
Realitinya amat menyakitkan
Sedangkan
Lakonan itu
Yang bersorak
Yang bertepuk tangan
Hanya yang menonton sahaja
Bila baca tulisan ni baru aku sedar, waktu ini banyak yang ingin aku tuliskan. Bukankah blog menjadi tempat luahan hati? Tapi, itu kalau aku ikutkan hati dan perasan. Buat masa sekarang, biarlah aku simpan dalam hati.. Sampai bila? Hmm.. hujung bulan boleh? Kata orang.. bulan baru, lembaran baru, kan? Terlalu lama menunggu hingga hujung bulan? Hmm.. biarlah.. kerana aku belum puas..! Sekiranya aku ini Si Luncai.. biarlah Si Luncai ini terjun dengan labu-labunya.. Biarkan.. biarkan.....
Salam kasih.
8 comments:
Jgn lah jadi Luncai dan Labu-Labunyer..jadilah Srikandi Tun Fatimah..kental dan jitu semangatnya.. I like BreakAway-Kelly Clarkson
lagu ke ni Dibah..?
u wrote it urself..?
banyak gak nak kena fikirkan sekarang.....
Ana,
Its easy to say than done kan? I am strong.. no worries dear.
Pinky,
Does it sound like song lyric? Hmm.. nak antar kat KRU lah.. :-)
KM,
U banyak nak kena fikir? Whatever in ur mind, just let it out. You'll feel free from the burden thereafter.
Mi, Aku tau kau tabah.... apa pun dugaan yang mendatang, biarlah ianya berlalu pergi jika ianya menyakitkan hati...
Ima,
Thank you.. *hugs
Post a Comment