Tuesday, March 24, 2009

Surat Kiriman 101


Surat terbuka untuk CikLin aka CikTipah.


Kehadapan CikLin yang berada di Pasir Gudang, Johor Darul Takzim; semoga kehadiran warkah ini tidak mengganggu situasi saudari. (ayat skema standard tiap kali tulis surat zaman dulu-dulu.. hiks!)

Saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa kiriman buku dari pihak Cik telah selamat berada di tangan saya jam 9 malam tadi. Tentu Cik berasa hairan mengapa begitu lewat tibanya, bukan? Ceritanya begini..

Tibanya saya di rumah, setelah pulang dari pejabat petang tadi, saya dapati ada notis dari pihak Poslaju yang mengarahkan saya membuat tuntutan kiriman bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam. Oleh itu, usai Solat Maghrib tadi, dengan sedaya upaya saya telah pergi ke Poslaju berhampiran KL Sentral itu untuk membuat tuntutan. Hanya dalam beberapa minit sahaja, mereka pun menyerahkan kiriman itu kepada saya.
Gambar di atas adalah bukti yang menunjukkan bahawa buku itu telah sampai ke tangan saya. Saya tidak berasa tersinggung apabila pihak Cik mengitar semula kotak sebagai bungkusan untuk buku itu. Jangan risau ya, Cik Lin. Cik tidak perlu meminta maaf, asalkan buku itu selamat sampai, itu sudah memadai.

Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama dari pihak Cik. Diharapkan kerjasama di antara kita ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.

Saya sudahi surat saya ini dengan serangkap lagu,


Apa yang penting ... kerjasama
Apa yang penting.. kerjasama
Wonderpets.. wonderpets
Kami datang..
Membantu (.......) yang kesusahan
Kami tak besar
Dan kami tak kuat
Bila bekerjasama
Semua jadi mudah
Yeaaaaayyy wonderpets ..Yeayyyyyy!!


Sekian. Terima kasih.

Tu dia... bukan senang tau nak mengarang surat kiriman zaman la ni.. Blame it on the email ...! Blame it on the sms...! Bahasa jadi tunggang langgang. Kelam kabut. Duh... ! Anyway, thanks ye, nok. Semoga masing2 dapat keberkatan dari berkongsi alat bantuan belajar ini.. Sharing is caring, kan? :-)


Salam kasih.


4 comments:

Anonymous said...

haku dah agak dah siap ckp ngan anum tah2 kotak tu mesti kuar blog. sib baik tulis bahasa suci. kot2 mencarut serta melucah? nangessss..

adibah said...

ciktipah,

kan suci je bunyi surat kiriman aku ittew... hehehe.. thank you, nok!

Anonymous said...

recycle amalan bijak kan kan?
commercial law? woww interesting

adibah said...

KM,

betul.. betul.. betul!!