Tuesday, March 24, 2009

Mimpi Indah Menjadi Realiti



Malam semalam, dinner with Ana @ RestoranAmir, Bandar Baru Bangi. Saja tukar venue, instead of lepaking at OTWC. Secara peribadi, teh ais kat kedai ni sedap.. dan makanannya pada aku.. biasa2 saja. But nasi goreng thai yang Ana makan tu nampak sedap.. len kali aku try yek Ana?

Masa chat di YM, Ana kata dia buat kek and ada portion untuk aku. Yeay! Ana is well known with her talent of baking yummilicious cakes, pie, muffin, brownies.. etc..! Tadi dia bawak carrot cake with topping & cekelat brownies untuk aku. Sodap eh..!!!! Thank you beb..! :-)


Carrot Cake yang sedap.


Brownies with Almond


Tadi check blog Ana tengok gambar brownies ni sangat tempting. Dalam hati kata "kalo ler dapat rasa ni.. bestnya..". Bak kata orang, bagai mimpi indah jadi realiti, tercapai cita-citaku..! Walaupun tinggal satu slice.. dapat gak aku merasa. Kalau tak mesti baby aku lahir meleleh air liur dia. Itu kalau aku dah kawen & pregnant la.... Kalo tak pregnant, air liur aku ler yang meleleh.. kempunan! Chettt!!

Kalo korang rajin.. dan lapar.. dan rasa nak kenyangkan mata... dan melaparkan perut.. sila ke blog Ana yang ini... Penuh gambar makanan yang sangat menyelerakan.




Ni tupperware (memang tupperware tau.. bukan tipuware ye..) yang Ana isi dengan kek & brownie ittew.. Kata orang2 tua, dan pesan arwah mak aku jugak.. kalo orang bagi tapawer.. jangan pulangkan kosong.. tak manis. Dapat penuh.. pulangkan pun biarlah penuh.. Hmm.. nak isi apa ye dalam ni... Ana, aku isi gula-gula bleh tak? Tak pun kacang NganYin.. Huhuhuhu.


DAN...........





Today is Ana's birthday.. Happy Birthday, Ana.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan ditemukan jodoh dan dirahmati Allah selalu. Dan semoga semua wishlist mu ittew tercapai jua hendaknya, InsyaAllah. Mudah2an segala impian dan mimpi indah menjadi realiti. Happy Birthday, beb...!


Salam kasih.


10 comments:

Anonymous said...

hepi beday to ana jugak.

wahhhh...lama giler mek tak masuk dapur buat kek2 ni semua. sok kalo dtg angin nak baking leh laa jenguk blog ana tu yea nok.

adie said...

wah! lama tak makan Brownies with Almond tu. yummy kan.

Happy Birthday to Ana walaupun ku tak kenal.hehe

Anonymous said...

woww beshnya cake. nak kunyah gak

Ana Ali said...

haha lahai ko gambar sekeping brownie pun letak malu seh..lain kalai kalau aku tau nak letak blog aku bagi ngko seloyang ( erkss kalau cam tuh abis lah diet ko)... ehhe muda lagi aku baru sweet 17 nih... akan ku tunggu buah tangan tupperware yang penuh dari mu itu ..

NouroulSuhaimi said...

nok.. tetiba aku blur jap.
apa itu OTWC?

adibah said...

cikTipah,

kalo lapar, pegi blog Ana.. gambar2nya semuanya sedap-sedap!

adibah said...

MrPenyuBiru,

Memang sedap banget..!! Huhu. Nak kenal Ana.. sila ke blog dia.. Hehe

adibah said...

KM,

Kalo boleh join mlm tadi, bleh rasa kek tu jugak..

adibah said...

Ana,

Kalo seloyang, habis satu ofis aku jamu.. huhu. Happy birthday, beb.

adibah said...

Cok,

OTWC ittew adalah OldTownWhiteCoffee nok.. :-) Jom!