Aku sakit hati. Aku sakit mata. Setiap kali aku pergi beli barang-barang di Kafu Wangsa Maju, aku mesti menyampah dan meluat tengok gelagat mereka ni. Meluat tengok diorang ni berdiri mengadap kaunter, menanti mangsa. Dan awaslah mereka yang berdiri dekat depan aku..! Memang berjaya dapat jelingan tajam aku yang paling manja..!
Tadi... sambil tunggu giliran di kaunter bayaran, aku perati mereka buat kerja. Dan lepas aku buat bayaran, aku tunggu je kalau ada siapa2 berani nak sapa aku. Wah...!!! Ada you... sepantas kilat dia kejar aku..!
Boy : Kak, sudah ambil free gift? Kita ada free gift mau kasi kak (sambil dia tunjuk kupon 'free gift')
Aku : Free gift? Untuk apa?
Boy : Sebab akak beli barang di Kafu. Ambik la kak, free saja kita mau kasi.
Aku : Oh ye ke...?
Aku jalan lagi.. dia follow aku.. (poor boy...! kamu memang cari pasal dengan aku!!!)
Boy : (dengan muka manis dan senyum plastik) Kak, mari la.. kak takmau cawan ke? Kita kasi free sama kak.
Aku : Saya taknak free gift, tapi saya mau simpan kupon ini boleh?
Boy : Apa kak?
Aku : (pitching dah naik satu tangga & muka semakin serius) I said.. I don't want the mug but I want this coupon! Can i have it?
Boy : Owh.. tak boleh kak.
Aku : Y not?
Boy : (menjawab dengan muka cuak... dan tersekat2 ayat) Sebab.. sebab kita nak bagi sama kita punya next customer.
Aku perati dia sambil senyum senget. Dia dah tak keruan. Sebelum aku tanya dia macam2 soalan bonus, lebih baik aku angkat kaki. Memang geram betul! Dah lama aku perati cara mereka bekerja. Mencari
1. Mereka hanya offer kupon pada orang Melayu sahaja (maaf, bukan racist, tapi realiti) especially perempuan. Depan mata aku, dua customer dah siap bayar, seorang Melayu, dan seorang bukan.. orang Melayu tu dioffer kupon, yang lagi sorang tu... berlalu pergi senang hati.. Kenapa ya?
2. Mereka ni akan perhati barang yang kita beli, dan kadang2 siap intai2 wallet kita masa kita membayar.
3. Mereka ini pelupa! Kalau hari ni tadi, dah offer aku untuk free gift itu.. esok kalau aku pergi lagi.. confirm akan dioffer lagi! Adakah mereka pelupa ataupun tidak putus asa mencuba?
2. Mereka ni akan perhati barang yang kita beli, dan kadang2 siap intai2 wallet kita masa kita membayar.
3. Mereka ini pelupa! Kalau hari ni tadi, dah offer aku untuk free gift itu.. esok kalau aku pergi lagi.. confirm akan dioffer lagi! Adakah mereka pelupa ataupun tidak putus asa mencuba?
Aku perhati ada 2-3 orang budak Melayu yang sama2 mencari customer. Aku berharap sangat satu hari nanti, diorang ni datang kat aku.. dengan skrip "Kak, dah amik free gift?". Aku akan layan mereka.... dan akhir sekali aku akan kata , "Dik, carilah kerja lain... tak berkat rezeki kalau dapat secara menipu". Bagi aku diorang ni menipu..! Cakap sahaja.. kami nak jual produk itu dan ini. Senang cerita!
Salam kasih.
12 comments:
lagi 1 aku nyampah mamat2 rambut karat yg salu jual spray kilatkan keta tu. salu lepak kat bank2. selagi ko tak turunkan cemin asik la dok tepi tingkap tu tunggu...dah kena maki baru nak blah!!! cess!!!
Singamaraja melawat anda
jangan sesekali terpengaruh... semua tu auta je...
Tijah,
Aku pun nyampah gak dgn diorang tu.. penat la nak kena halau tiap kali!
Singamaraja,
Selamat datang. Singgah selalu ya..
Zino,
Ye betul.. rasa kesian sangat kat orang2 yang berjaya jadi mangsa diorang tu..
mmm...susah jugak..tp itu semua skrip yg telah diajar oleh managemnet diorg..xder pilihan..
yang pandai dan berhati kental, xleh dimakan..
yang pemurah dan lembut hati x bertempat terpaksa jadi mangsa..
tp tang menipu tu yg xleh tahan..
Ad,
Ye.. tapi.. kalau boleh, carilah cara lain untuk bisnes kan? Bukan cara menipu macam tu..
Abang kirana pnah jgak kene tipu dek 'free gift' ni dulu. Dia diberi kupon n dibawak msuk ke kedai diaorang. Abg di suruh pilih nmbor dari 1 kotak. Then konon2 nye abg kirana ni menang kerusi osim (yg urut2 tu).
"Tahniah, bang. Abg menang kerusi osim. Blum ada lagi cstomer kami mnang kerusi nih." dialog yg berbau penipuan dilafazkan.
Diaorang pun ajak abg bgambar n posing2 kat kerusi sampel d kedai tu. Then, diaorang mntak kredit kad utk caj servis pghantaran. Skli diaorang tekan RM1000.00. Pastu nak tekan lagi RM1000.00. Nasib baik bank pnye kredit kad call abg bagi tau ada bbrapa cubaan utk mengcajkan bbrapa ribu dri akaun abg.
Abg trus jmpa budak rmbut karat tu n mbik kredit kad nya. Abg claim jgak brangan yg bharga dlm RM1000.00 yg dh bjaya dikreditnya. Diaorang bagi la water purifier yg bharga dlm RM900.00 lbih kononnya.
Kirana apa lgi trus mnerus meng'smash'kan abg. "Isshhh... mudahnya kene tipu. Coba wat mcm kirana, wat derk je dgn budak2 karat,". Abg snyum pahit jee... terkebil2 tgok muka kirana.
Itulah.. kadang2 kita perlu belajar untuk keras hati dan tak mudah terpedaya dengan ayat2 power salesman/salesgirl tu kan...
bagi dorang, tu busisness kan, bagi kita...menyusahkan hidup.
KM,
Betul.. sangat setuju!
Post a Comment