Friday, March 27, 2009

Apa Bikin Dalam Gelap?


Malam esok, satu dunia akan 'menyambut' Earth Hour. Tau tak apa tu EarthHour? Kalau masih belum tahu.. sila klik di sini. Hampir semua orang sedang sibuk bercakap tentang EarthHour. Kempen di sana sini. Promo di sana sini. Sesuatu yang world..! Disambut worldwide. Maknanya bumi akan bergelap untuk sejam secara berperingkat-peringkat. Mengikut waktu tempatan lokasi masing-masing. Sesuatu yang sangat dinanti-nantikan seantero dunia.


Berminat? Belum join tapi rasa macam hendak join? Kalau hendak join.. klik di sini. Ramai kawan-kawan yang teruja dengan EarthHour ni.. Dan aku tanya soalan, dan mintak diorang bagi komen masing-masing. Kalau dah gelap ni, nak buat apa ye?
EarthHour => Off semua peralatan elektrik => Gelap + Panas (no aircond & no kipas) + Boring (no tv & no radio) + Kenot Online (no power supply to online

Soalannya : Kalau dah gelap ni, nak buat apa ye? (sila beri jawapan yang inesen..)


Ramai yang bercadang-cadang untuk:


"Bestnya kalau drive sambil tengok bangunan gelap.
Nak tengok which building yang participate".

Kesimpulan : Kebarangkalian berlakunya traffic jam di malam itu adalah tinggi..


"Lepak kedai mamak dalam gelap best nih..
sambil borak2, sambil kena teh ais"


Juga kebarangkalian untuk kedai mamak menjadi full house kerana ramai yang keluar dari rumah (sebab panas) untuk lepak2 dengan member/family sambil pekena teh ais.


Salam kasih.

8 comments:

NouroulSuhaimi said...

aku dok dalam gelap tapi bukak tibi..

adibah said...

Cok,
aku pun sama kot.. paling kuat pun.. tutup segala lampu2 kat rumah ni..

AD said...

xper..sejam jer..xder masalah..10 jam pun ad selamba

adibah said...

Ad,

Kalo tengah tido.. tak kesah ler. kalo tutup lampu, kan? :-)

zino said...

ok juga idea tu jalan jalan dalam gelap.. tapi kalau duduk kedai mamak... bila lampu menyala satu umat pun dah tak ada nanti hehe..

adibah said...

zino, sebelum tutup lampu kena bayar dulu!! hehehe

KM said...

saya pun amik bahagiana juga dlm program tutup lampu ni, tapi time je lewat sikit dari yang dicadangkan tuh, okay gak kan?

adibah said...

KM,

Itu program tutup lampu hari-hari.. Tak leh kira.. tak aci..!