Friday, March 13, 2009

Boleh Kurus Sebab Makan


Ramai sekarang ni sibuk nak kurus. Nak cantik. Nak lawa. Nak kurang kalori. Nak kurang lemak. Takmo kolesterol. Taknak nampak babat. Nak slim melim. Nak seksi meksi.

Macam-macam style nak kurus. Ada yang tak makan nasi. Ada yang cuma minum supplement drink. Ada yang duk pergi gym. Ada yang cuma makan sayur dan buah2an. Macam-macam cara... ikut keinginan dan kemampuan masing-masing.

Ada orang pernah kata dengan aku.. cara yang paling senang untuk kurus adalah.. dengan makan. Ye... makan.. Kalau makan ni.. mesti comfirm kurus. Takyah nak beli yang organic, healthy food supplement ataupun diet pills yang memerlukan kos tinggi.



MAKAN APA YE....?







Jawapannya makan hati. Bukan makan hati ayam ataupun hati lembu. Tapi makan hati sendiri. Lepas tu berulam dengan jantung. Bukan jantung ayam ataupun jantung lembu, mahupun jantung pisang. Tapi berulam jantung sendiri..

Menurut wikipedia Makan Hati Berulam Jantung adalah:
"Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati."
Jadi untuk teman2 semua... yang sibuk berdiet sekarang ni.. apa kata cuba cara ini. Mudah2an... anda akan cepat kurus. Nak cuba? Jom kita cuba.. Jom! Eksperimen sains yang kedua selepas biji kundang ... Jom!


Salam kasih.

8 comments:

Anonymous said...

bagus gak petua tu yea nok. mek pun nak try gak lah. maklum laa dah lama tak joging2 nih.

adibah said...

ciktipah,

sila.. sila... nanti kurus.. mesti lee hom & ahmad dhani tak kenal dah uols.. berebut mereka nak membawa uols pulang ke tanahair. ekekeke

Tijah said...

wey betul tu. aku dulu penah makan ati...15kg bleh turun. tapi skrg naik blk sbb makan ati ayam/lembu masak rendang

adibah said...

Tijah, 15kg?? Bestnyer...!! Tambah bersungguh2 aku nih..

Selalunya naik lebih senang dari turun kan? Dan naik pun lebih banyak dari turun..!

zino said...

macam mana nak dapat makan hati tu? ada jual kat pasar malam tak? hehe

adibah said...

Zino,

Takda.. cuma ada di pasaraya besar di Lembah Kelang saja.. hehehe

Anonymous said...

baik makan hati...dari dimakan buaya. Sian kan mandur balak kat sarawak..jumpa peha je

adibah said...

KM,

Lebih baik dimakan buaya dari makan hati. Dimakan buaya, dah tentu2 mati. Makan hati.. mahu sepanjang hayat merana, kan?