Monday, March 16, 2009

Rahmat & NikmatNya


Setiap yang berlaku itu ada rahmatNya. Cuma kadangkala kita sebagai manusia lupa.. mungkin kerana terlalu mengikut emosi dan hati... Kadangkala bila sudah lama berlalu sesuatu perkara itu.. barulah kita tersedar dan terfikir "Kalau tak jadi begitu dulu.. mungkin tak jadi begini hari ini.."

Kita juga kadangkala tidak sedar bahawa musibah kepada seseorang itu, mungkin adalah satu rahmat untuk seorang yang lain. .. Suatu kesenangan untuk seseorang itu, mungkin satu kesusahan untuk orang lain.

Aku percaya. Sebab pengalaman aku sendiri. Hari Rabu lepas. Di Pejabat Pos Mini, KLCC. Semasa aku nak hantar parcel untuk CikTipah. Sedang aku mengisi borang Poslaju, terdengar satu dialog,

Mr. A : Encik, boleh tolong saya.. saya termasukkan bil telefon saya dalam peti surat.
Mr. Postman : Macamana boleh termasuk?
Mr. A: Saya nak poskan postcard. Saya termasukkan bil telefon sekali.
Mr. Postman : (buka peti surat dan cari bil telefon Mr. A)

Bila terdengar dialog tu, baru aku tersedar, ada 5 keping poskad yang Nora kirim, untuk aku beli setem, tampal dan poskan! MasyaAllah..! Lupa langsung aku pasal poskad yang dalam handbag ni. Bayangkan, kalau situasi tu tak berlaku, dah tentu the next day.. aku akan bawak poskad tu ke ofis dan bagi balik kat Nora. Return to sender..! Aku macam nak ucap tima kasih kat Mr.A tu sebab ingatkan aku tentang poskad Nora..



Dan lepas siap urusan di pos ofis, singgah di A&W. Teringin RootBeer Float & ayam goreng. Nikmatnya.... yummy..!! Once in a blue moon.. kata orang. Alhamdulillah.. rezeki dari Allah. Yang seronoknya, aku dapat no. 7 (orang panggil apa ya.. benda yang ada nombor nie?) untuk onion ring yang masih dalam 'waiting list'. Sesungguhnya no. 7 is my favourite (lucky?) number!


Salam kasih.

16 comments:

zino said...

oohhh air root beer yg menyejukkan hehe

AD said...

tetap nak pos2 hayam halal kaaannn...


mencikkk!!

adibah said...

Zino..

yeap.. sekali sekala... lega rasa tekak yang kering.. :)

adibah said...

Ad,

Kat sana takda ayam goreng halal ke?

kueh bakar said...

anw....huuuuuuuuuuu..lama btol tak masuk...

Ana Ali said...

aku nak gi makan seafood kat bagan lalang ari nih, upah sebab dah merajuk semalam hahahah..jum jum

Anonymous said...

nak a&w. lama giler tak mkn. kt sini ada satu dua kedai je taw. kesian kan?

adibah said...

Kuehbakar,

Jom..! Root beer float

adibah said...

Ana,

Wah.. bestnya.. Have fun ya!

adibah said...

CikTipah,

Mai la turun KL.. gwe belanja loh!

Anonymous said...

hari ni 18 march 2009....hari yang paling rahmat dan nikmatNya sepanjang puluhan tahun nih. indahnya hari ni ishhh

kirana said...

Haus kmk nanga aik root beer ktk ya. Kmk tok sik bleh nanga makanan/minuman, lalu lapar/haus.

Bila nok dtg swak gik tek?

adibah said...

KM,

Alhamdulillah..

adibah said...

Kirana,

Oh tedah.. siannya lapar.. :-)
Last Nov. kamek dah ke Kch dengan member2 sama ITM dolok.InsyaAllah mun ada rezeki kmk surely akan ke Kch lagik.

Ad said...

mm...

sekitar sini xder..kalau paling dekat pun 3 jam naik train..tu pun kalau dibandingkan ayam goreng dia dgn ayam goreng kunyit semalamam..ad amik ayamg goreng kunyit lagi..bukanla ayam goreng dia x sedap, tp isi dah tukar kaler itam..dah xder rasa jusnya

(tetap nak demand,..ekekkek)

adibah said...

Ad,

Balik cuti nanti kita gi A&W ye! :-)