Wednesday, November 12, 2008

Ex- ITMCS


17 tahun yang lepas, di sinilah kami bertemu. Aku, Imah & Isz curi masa di hari Jumaat melawat kampus lama ITM Cawangan Sarawak di Semariang. Kampus kami ni terletak di tengah-tengah antara bandaraya Kuching dan Santubong. Sekarang ini, UiTM dah dipindahkan ke Kota Samarahan, kampusnya lebih luas dan lebih banyak kemudahan untuk pelajar berbanding waktu kami di sini dulu.



Kampus lama kami sekarang ni dah menjadi Akademi Binaan Malaysia. Dulu terpampang logo ITM di hadapan kampus.. sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Kalau weekdays, gate besar ni akan ditutup jam 8 malam dan kalau weekends, gate dibuka hingga jam 11 malam.


Blok pentadbiran

Blok kuliah

Blok pentadbiran. Pengetua ITMCS di waktu itu adalah Y.Bhg. Dato' Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, Vice Chancellor UiTM sekarang. Semua warga kampus memanggil beliau dengan gelaran Ayahanda. Kampus kami kecil berbanding dengan kampus UiTM Sarawak sekarang. Cuma ada satu blok kuliah, satu blok bilik pensyarah dan satu blok pentadbiran.



Ini padang kawad tempat kami adakan latihan Kesatria. Di sini jugalah adanya majlis tamat latihan Kesatria. Aktiviti terakhir sebelum tamat latihan Kesatria adalah mendaki Gunung Santubong. Memang mencabar tapi seronok! Tapi, kalau sekarang ni.. tak larat dah rasanya.. hehe..


Dewan Serbaguna

Dewan makan

Tasik tempat main kayak

Cafe tempat lepak & dating :-)

Dulu inilah surau kami.. sekarang ni.. Wallahualam.

Tenis court yang tak dijaga. Dari jauh kelihatan kolej puteri dan kolej putera. Dulunya berpagar ala2 paras pinggang sahaja. Buat syarat. Kolej ni jaraknya memang dekat. Best wooo...mengintai dari tirai kamar. Hiks!

Kolej puteri. Dah tak berpagar. Cerminnya pun dah tinted. Dulu, cermin biasa je..


Sekian sahaja lawatan ke kampus lama ITMCS. Wajahnya jauh berubah.. yang kekal hanyalah memori..


Salam kasih.

6 comments:

Anonymous said...

surely byk kenangan kat bertahun dok situ.

next trip meh lah lawat tapak opis saya lak...bangunan yang dibina tahun 1899 dan dibuka dgn rasminya untuk beroperasi tahun 1900. jgn takut nak masuk sini..JKR jamin tak runtuh lah.

adibah said...

Kajangmali..

Sat lagi saya sampai na... get ready untuk bawak saya tour seluruh office na... :-)

Anonymous said...

lamaaaaaaaakkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!

larikkkkkkKKKKKKK.....!!!!!!!!!

adibah said...

Kajangmali,

Mana mau lari huh???... hehehe :-)

linn said...

nok
apsal gambar sorang2 tu nampak mcm kurus banget? uol kalo dok swak mmg kurus yea?

cenggitu nak carik keje kt swak laa..

adibah said...

linn,

iols kan berdiri ala2 senget gittew.. kurang 20% kebesarannya.. hahahahahaha