Wednesday, November 12, 2008

Kembara Solo


Kembara solo aku ke Kuching bermula pada petang Khamis lalu. Dua orang teman yang lain dah selamat sampai ke Kuching beberapa jam lebih awal. Dan ada juga teman-teman yang hanya akan terbang esoknya ataupun lusa. Masing-masing terbang berasingan, sebab masih terikat dengan tugas dan keluarga.



Beg 'Indon balik kampung' bak kata officemates aku. Hehe. Beg ini isinya bukannya sembarangan ya.. penuh dengan barang-barang IKEA yang dipesan keluarga di Kuching. Aku singgah untuk buat "luggage wrapping". Kena caj RM8.



Flight ini dibaluti sepenuhnya dengan iklan Bank Rakyat. Kaya betul Bank Rakyat ni ya...



17 tahun lepas, semasa kali pertama terbang ke Kuching dengan MAS, tiketnya sampai beberapa mukasurat. Cukup dengan "terms and conditions" dan macam-macam peringatan untuk pemegang tiket. Sekarang ni.. dah tak perlu tiket segala. Serahkan sahaja MyKad di kaunter check-in. Boarding pass pun ala-ala kertas biasa. Macam resit dari pasaraya besar. Dunia dah berubah..



Masalahnya cuma satu.. perlu berjalan dan naik tangga untuk naik ke flight. Hmm.. lenkali.. parking la dekat-dekat sikit.. Tambang murah kan.. so.. kena terimalah seadanya... Hiks!



Aku suka cari seat dekat dengan sayap kapal terbang sebab aku suka tengok sayap kapal terbang semasa take off & landing. Aku tidur sejam pertama perjalanan. Ngantuk sebab malam sebelumnya aku cuma dapat tidur dua jam sahaja. Aku rasa excited sangat bila nampak sungai sarawak yang luas tu. Rindu nak tengok permandangan alam semulajadi yang penuh kehijauan. Kemudian aku nampak dah semakin banyak bangunan di Kuching. Kawasan yang dulunya hanya tanah lapang sekarang ni dah jadi kawasan perniagaan ataupun perumahan baru. Dah membangun.



Alhamdulillah, selamat mendarat tepat pada waktunya di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak. Dan bermulalah perjalanan aku di Kuching. Mengembalikan nostalgia lama. Melawat keluarga angkat yang dirindui. Bertemu teman-teman lama yang dah 17 tahun tidak bertemu.


Salam kasih.

2 comments:

Anonymous said...

cam penah tengok je beg indon tu, tapi kat mane iye? hehe

adibah said...

Kajangmali,

Beg tu serbaguna tau.. Jangan hanya pandang luaran, lihat dulu isi kandungannya.. gittew.. :-)