Tuesday, November 11, 2008

Melankoliknya....


Banyak entry yang tertangguh tentang trip aku ke Kuching & Reunion Nite. Entah kenapa, tiba-tiba mood nak menulis tu hilang.. Aku sumbatkan earphone ke telinga dan separuh hari aku mendengar lagu Pelangi Petang. Full blast. Aku mainkan lagu Pelangi Petang tanpa henti. Berulang kali. Sampaikan ada kawan office yang tegur.."nanti pekak telinga baru tau".


InsyaAllah, tidak... Asalkan tak mengganggu mereka yang lain bekerja. Bukan selalu aku mendengar begini. Cuma sekali sekala sahaja. Once in a blue moon, bak kata orang. Dalam masa mendengar lagu, airmata aku tak berhenti2 mengalir, hinggakan basah bantal biru..



Gambar dari google image.

Pelangi Petang - Sudirman. Ku meniti awan yg kelabu, ku tempuhi lorong yg berliku, mencari sinar yang menerangi, kegelapanku. Ku percaya nanti suatu masa, sang suria kan menyinar jua, membawa harapan yg menggunung bersamanya.. Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan hati ini. Seharian waktu bersamamu, tak terasa saat yang berlalu, bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua.


Nantilah.. esok lusa aku update cerita dari Kuching ya.... Dan aku masih berhutang tag dengan Putu & Pinky. Tunggu ya..



Salam kasih.

6 comments:

su said...

xsabar nk tggu cite kak!hehe

adibah said...

Su...

Tunggu!!!!! :-)

Anonymous said...

cite laa cepat akak
opss!!!! adeih...

adibah said...

kajangmali,

Mana leh citer bang.. rahsia nih! :P

Anonymous said...

eh jap jap...
apa makna melankolik?????

adibah said...

kajangmali,

cari kat kamus ada.. :-)