Tuesday, November 18, 2008

Tinggal & Jaga

Semalam, aku keluar dari ofis lebih awal dari biasa. Nak hantar Dikna yang nak fly ke KB dengan Mokteh yang baru sampai dari Texas. Bukan kilang Texas Inst. yang kat Kramat tu ye.. tapi dari Texas, Amareka. Hiks. First time Dikna nak naik flight & balik KB tanpa Acik & myself. Harap2 dia jaga diri tak rasa sunyi masa tinggal kat sana nanti. I'll definitely miss her...


Aku saja ajak Temanku pergi sekali. Tak sangka pulak dia kata "okay". Lepas fetch Temanku kat ofis, kami gerak ke rumah langat. Seronok Dikna jumpa "uncle" dia. And aku seronok sebab jumpa MokTeh lepas setahun terpisah.


Dalam pada tu, Temanku sempat jugak belek pokok bunga kat rumah tu.. dan berkenan dengan pokok bunga orkid "Golden Shower". Terus dia mintak izin kat Acik, nak amik sepokok dua, nak letak di ofis katanya. Tapi, masa balik ke ofis, dia lupa pulak nak amik dari dalam kereta aku. Terus dia pesan kat aku..



"Basahkan suratkhabar, balut akar orkid tu, lepas tu masukkan dalam botol air mineral (yang dah dikerat dua).. Macam ni.... Jangan biar ada air tau.. setakat basah2kan aje paper tu.. "




Macam ni lah rupanya.. dan harap-harap orkid ni dapat bertahan untuk 6 hari lagi.. sebab sekarang ni Temanku sedang berada di luar kawasan. Kalo tak dapat tahan lagi 6 hari.. nanti kita gi amik yang lain la ye... Boleh gittew? Hiks!


Salam kasih.

4 comments:

su said...

baru su tau cara gini..nanti nak wat juge lah!hehe..

Zuer said...

nak lah jugak..mcm tu...leh letak kat atas meja kat office

adibah said...

Su,

Itu sementara je.. emergency. Harap2 boleh tahan untuk 6 hari lagi..

adibah said...

Zuer,

Kat ofis kita sesuai ke nak letak orkid nih?? Kalo sesuai.. nanti boleh ler bawak gi office.