Tuesday, March 31, 2009

Probability


Bila dah bosan dengan persekitaran, mulalah hati mula memujuk untuk lari dari kebosanan. Jadi, semalam, aku lari dari kebosanan. Pergi ke satu lokasi rahsia. Tenangkan diri. Bersantai. Manjakan diri. Tapi, tak lupa untuk bawak buku. Nak lari ke mana pun.. buku kena bawak. Kalau tak siap assignment, lagi parah, kan?

Macam-macam yang aku fikir, sepanjang aku 'lari' ni. Hmmm.. Kisah yang terjadi malam Sabtu masa MU vs Liverpool tu pun, aku fikirkan jugak. Tentang keputusan yang aku dah buat malam tu.. yang masih dalam 'grace period'. Kan aku dah kata.. tunggu hingga ke hujung bulan. Eh..!! Dah hujung bulan ye...Hmm...

Kisah 'percintaan gelap' yang hanya aku seorang je yang tahu tu.. pun aku fikirkan jugak. Mengadu damba kat aku, konon-kononnya kau tak tau cerita, tapi dalam diam keluarga yang rancang semua, ya...?? Hmm.. Kisah ini dah lama aku hidu sebenarnya, tapi baru Ahad kelmarin aku dapat bukti. Puas hati! Ish... cepat sungguh kau beralih kasih ya?? Heran.. heran.. Huhu...

Bila semua kisah-kisah tu aku fikir, baru aku sedar.. sekarang ini aku tiada siapa-siapa! Menangis? No...! Aku dah penat menangis. Airmata dah hilang. Yang tinggal hanya airmata untuk kisah sedih hindustan dan cerekarama Melayu.


Malam tadi, hujan lebat di KL ya? Aku cuma dengar petir berdentam dentum. Sambil ditemani sup ekor dan jus tembikai. Oh.... syurga..! Siaran tv aku abaikan. Sambil buat ulangkaji. Tentang probability. Sambil memikirkan kebarangkalian yang ada dalam hidup.


Maaf ya kalau bunyinya agak emosi..


Salam kasih.

Sunday, March 29, 2009

Nak Tahu Tak?


Budak-budak zaman sekarang ni sangat advance kan? Kita lupakan sekejap perkataan "budak sekarang makin nakal" atau "budak sekarang ni makin degil" ataupun "budak sekarang ni tak dengar kata".. Lupakan sementara.

Aku nak kongsi tentang kecanggihan dan kebijaksanaan budak zaman sekarang. Budak zaman sekarang dapat 20A1, zaman kita dulu, ada? Budak sekarang ni, pandai surf internet, zaman kita dulu, takda kan? Budak zaman sekarang faham apa itu perkataan "download", "bluetooth", "surfing", "ipod". Zaman kita dulu, duk tekan-tekan channel kat tv (zaman dulu takda remote control) pun mak bapak dah bising "kang meletup tv tu kang!!". Kan?

Tadi, aku terima email ini...


Katanya:
Kakmimi nak tau tak aini kan ada email yahoo. yahoo saya ini lah ah malam semalam tutup lampu tak?


Ekekekeke.. email berbunyi macam berborak.. Sebenarnya email kat atas dari cousin aku ni. Baru 7 tahun. Nak bagitau yang dia ada yahoo email. Dan nak tanya, malam semalam aku tutup lampu ke tak. Hehehe.. Hobi dia... main online game & baca blog! huhuhu.. By the way, kakmimi tu adalah nama panggilan aku dalam keluarga besar aku. Cemana leh dapat nama tu? Nantilah.. i'll write about it .. one fine day..

Aku nak reply email Aini... nak suruh dia register Facebook & try tulis blog. Ekeke


Salam kasih.

Friday, March 27, 2009

Apa Bikin Dalam Gelap?


Malam esok, satu dunia akan 'menyambut' Earth Hour. Tau tak apa tu EarthHour? Kalau masih belum tahu.. sila klik di sini. Hampir semua orang sedang sibuk bercakap tentang EarthHour. Kempen di sana sini. Promo di sana sini. Sesuatu yang world..! Disambut worldwide. Maknanya bumi akan bergelap untuk sejam secara berperingkat-peringkat. Mengikut waktu tempatan lokasi masing-masing. Sesuatu yang sangat dinanti-nantikan seantero dunia.


Berminat? Belum join tapi rasa macam hendak join? Kalau hendak join.. klik di sini. Ramai kawan-kawan yang teruja dengan EarthHour ni.. Dan aku tanya soalan, dan mintak diorang bagi komen masing-masing. Kalau dah gelap ni, nak buat apa ye?
EarthHour => Off semua peralatan elektrik => Gelap + Panas (no aircond & no kipas) + Boring (no tv & no radio) + Kenot Online (no power supply to online

Soalannya : Kalau dah gelap ni, nak buat apa ye? (sila beri jawapan yang inesen..)


Ramai yang bercadang-cadang untuk:


"Bestnya kalau drive sambil tengok bangunan gelap.
Nak tengok which building yang participate".

Kesimpulan : Kebarangkalian berlakunya traffic jam di malam itu adalah tinggi..


"Lepak kedai mamak dalam gelap best nih..
sambil borak2, sambil kena teh ais"


Juga kebarangkalian untuk kedai mamak menjadi full house kerana ramai yang keluar dari rumah (sebab panas) untuk lepak2 dengan member/family sambil pekena teh ais.


Salam kasih.

Wednesday, March 25, 2009

Aku Tunggu Kamu


Sebelum matahari pulang beradu
Sebelum bulan mengucap salam
Aku lihat kamu di situ

Dan akhirnya kamu pergi
Bila sampai waktu

Esok hari,
Aku tunggu kamu lagi ya, senja?


Salam kasih.

Jari Menjadi Juri

Cuba klik kat video ni..

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there
Oh.. sorry for blaming you
For everthing I just couldn't do
And I hurt myself
By hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye
When it comes to this, oooh...
Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes
And see you looking back
Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, ohh
If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you
Since you've been away
Ooh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time


Dengarkan aku.. matahariku...
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku


It was supposed to be a 'pre-wedding-karaoke-session' for the bride. Disebabkan semua orang sibuk dengan urusan masing-masing, baru hari ni menjadi realiti. Setelah 2 minggu pengantin melangsungkan perkahwinan. Video atas tu, is part of the session. Haruslah upload video suara paling sedap kan..!! Kalau upload sora aku nyanyi kang.. takut pecah speaker masing-masing.... huhuhu.

Aku rasa kalau kawan aku ni pergi audition, boleh dapat Kad Hijau. What say u?


Salam kasih.

Tuesday, March 24, 2009

Surat Kiriman 101


Surat terbuka untuk CikLin aka CikTipah.


Kehadapan CikLin yang berada di Pasir Gudang, Johor Darul Takzim; semoga kehadiran warkah ini tidak mengganggu situasi saudari. (ayat skema standard tiap kali tulis surat zaman dulu-dulu.. hiks!)

Saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa kiriman buku dari pihak Cik telah selamat berada di tangan saya jam 9 malam tadi. Tentu Cik berasa hairan mengapa begitu lewat tibanya, bukan? Ceritanya begini..

Tibanya saya di rumah, setelah pulang dari pejabat petang tadi, saya dapati ada notis dari pihak Poslaju yang mengarahkan saya membuat tuntutan kiriman bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam. Oleh itu, usai Solat Maghrib tadi, dengan sedaya upaya saya telah pergi ke Poslaju berhampiran KL Sentral itu untuk membuat tuntutan. Hanya dalam beberapa minit sahaja, mereka pun menyerahkan kiriman itu kepada saya.
Gambar di atas adalah bukti yang menunjukkan bahawa buku itu telah sampai ke tangan saya. Saya tidak berasa tersinggung apabila pihak Cik mengitar semula kotak sebagai bungkusan untuk buku itu. Jangan risau ya, Cik Lin. Cik tidak perlu meminta maaf, asalkan buku itu selamat sampai, itu sudah memadai.

Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama dari pihak Cik. Diharapkan kerjasama di antara kita ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.

Saya sudahi surat saya ini dengan serangkap lagu,


Apa yang penting ... kerjasama
Apa yang penting.. kerjasama
Wonderpets.. wonderpets
Kami datang..
Membantu (.......) yang kesusahan
Kami tak besar
Dan kami tak kuat
Bila bekerjasama
Semua jadi mudah
Yeaaaaayyy wonderpets ..Yeayyyyyy!!


Sekian. Terima kasih.

Tu dia... bukan senang tau nak mengarang surat kiriman zaman la ni.. Blame it on the email ...! Blame it on the sms...! Bahasa jadi tunggang langgang. Kelam kabut. Duh... ! Anyway, thanks ye, nok. Semoga masing2 dapat keberkatan dari berkongsi alat bantuan belajar ini.. Sharing is caring, kan? :-)


Salam kasih.


Adoiiiii... Ops!!

Ingat tak entry ini? Ini adalah sedutan lemak entry itu...
"Sambil meng'spa'kan diri tadi, kawan aku suggest untuk aku amik Slimming Package.. yang harganya.. errr.. dah nak dekat separuh gaji aku yang seciput nihh! Packagenya agak menarik.. Satu sessi ambik masa 2 jam setengah seminggu sekali untuk dua setengah bulan (10 session). Hmm.. ni kena fikir banyak banyak banyak kali nih."


Dan KM telah memberi komen.. KM said...

"harga package mahal mana pun belum tentu berkesan menurunkan berat badan dan mengekalkan berat yang sesuai, kalau tidak, takkan ada orang kaya besauuu kan. kalau berjaya pun mungkin masa program tu berjalan je, stop program...mendadak dadak balik hehe..

Healthy food, anyone?
the best thing is amalkan healthy eating sepanjang hidup dan pengambilan jumlah energy yang sesuai dgn jantina, umur, aktiviti harian kita. google je healthy eating ..bersepah info"


Opsss!!!! Kan dah kena bebel....padan muka aku..! Huhuhu... I'm sorryyyyy!!!!!! Nanti nak interview KM tentang healthy eating or maybe on the myth of dieting. Boleh ye, KM?


p/s: Photos from google image.


Salam kasih.

Mimpi Indah Menjadi Realiti



Malam semalam, dinner with Ana @ RestoranAmir, Bandar Baru Bangi. Saja tukar venue, instead of lepaking at OTWC. Secara peribadi, teh ais kat kedai ni sedap.. dan makanannya pada aku.. biasa2 saja. But nasi goreng thai yang Ana makan tu nampak sedap.. len kali aku try yek Ana?

Masa chat di YM, Ana kata dia buat kek and ada portion untuk aku. Yeay! Ana is well known with her talent of baking yummilicious cakes, pie, muffin, brownies.. etc..! Tadi dia bawak carrot cake with topping & cekelat brownies untuk aku. Sodap eh..!!!! Thank you beb..! :-)


Carrot Cake yang sedap.


Brownies with Almond


Tadi check blog Ana tengok gambar brownies ni sangat tempting. Dalam hati kata "kalo ler dapat rasa ni.. bestnya..". Bak kata orang, bagai mimpi indah jadi realiti, tercapai cita-citaku..! Walaupun tinggal satu slice.. dapat gak aku merasa. Kalau tak mesti baby aku lahir meleleh air liur dia. Itu kalau aku dah kawen & pregnant la.... Kalo tak pregnant, air liur aku ler yang meleleh.. kempunan! Chettt!!

Kalo korang rajin.. dan lapar.. dan rasa nak kenyangkan mata... dan melaparkan perut.. sila ke blog Ana yang ini... Penuh gambar makanan yang sangat menyelerakan.




Ni tupperware (memang tupperware tau.. bukan tipuware ye..) yang Ana isi dengan kek & brownie ittew.. Kata orang2 tua, dan pesan arwah mak aku jugak.. kalo orang bagi tapawer.. jangan pulangkan kosong.. tak manis. Dapat penuh.. pulangkan pun biarlah penuh.. Hmm.. nak isi apa ye dalam ni... Ana, aku isi gula-gula bleh tak? Tak pun kacang NganYin.. Huhuhuhu.


DAN...........





Today is Ana's birthday.. Happy Birthday, Ana.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan ditemukan jodoh dan dirahmati Allah selalu. Dan semoga semua wishlist mu ittew tercapai jua hendaknya, InsyaAllah. Mudah2an segala impian dan mimpi indah menjadi realiti. Happy Birthday, beb...!


Salam kasih.


Sunday, March 22, 2009

Shopping Time


Hajat di hati nak beli printer+scanner. Supaya senang nak print assignment etc. Tapi ada kawan tak setuju. Katanya membazir beli printer tapi pakai sekali sekala. Lagipun boleh buat kerja2 printing kat sekolah (dapat print free). Kalo tak pun ngelat print kat opis. Hehe.

Tapi aku tetap nak beli scanner. Senang. Nak scan gambar. Boleh gak kongsi kisah2 nostalgia zaman dahulu kala dulu-dulu. Lebih teruja lagi bila terbaca entry ini yang di post oleh CikTipah.
Specifications
Scan type
Flatbed
Optical scanning resolution
Up to 1200 dpi
Bit depth
48-bit
Gray scale levels
256
Multi feed detection
No
Auto document feeder capacity
None
Scan speed
10 x 15 cm colour photo to file: about 21 sec, OCR A4 text page to Microsoft® Word®: about 47 sec; 10 x 15 cm colour photo to share/e-mail: about 34 sec, PDF to email about 67 sec
Scan size maximum (flatbed)
21.6 x 29.7 cm
Media types supported
Paper (plain, inkjet, photo, newsprint, magazine articles), transparencies, 3-D objects
Scan file format
Windows®: BMP, JPEG, GIF, TIFF, TIFF Compressed, PNG, PCX, FlashPix (FPX), PDF, PDF searchable, RTF, HTM, TXT; Macintosh: TIFF, PICT, JPEG, GIF, FlashPix, Plain Text, PDF, HTML, Rich Text
Scan speed in preview mode
<10>
Control panel
2 front-panel buttons (Scan, Copy)
Operating temperature range
10 to 35° C
Operating humidity range
15 to 85% RH
Non-operating humidity
0 to 90% RH


Tadi survery di website HP. Aku tengok HP Scanjet G2410 ni. rasanya okay dah kot.. Balik keje esok nak pergi survey kat loyat, InsyaAllah.. . Nak round2 dulu.. survey kot2 ada scanner lain yang mungkin lebih baik dari ini. Aku tak perlu yang canggih manggih sangat. Setakat untuk kegunaan sendiri je..
Publish Post


Salam kasih.

Boleh Menang Ni..

Seperti biasa, aku hanya dengar konsert AF7 sambil mata mengadap laptop. Kecuali untuk sorang peserta AF7 ni.




".. kau yang paling cute sekali.. yang paling muda sekali aku rasa... tapi energy engkau yang paling besar sekali.. " - AdlinAmanRamli
"... Hafiz represent the current trend sekarang... " - Edri Hashim


"..saya rasa dekat hati saya la dik.." - Edri Hashim

".. sebab character macam ni payah nak dicari dalam penyanyi-penyanyi kita.." - AdlinAmanRamli

Found this at youtube.




Tengok pada persembahan, tengok pada sorakan penonton, boleh jadi PuteraSMS dia nih. Boleh menang nya tok ko... nang nya pandey berlagu!


Kata cikTipah, bila tengok Hafiz-AF7 ni, teringat pulak kat Guy Sebastian Australian Idol tu.. Sama ke? Sama tang mana tu?? Tataw...! Hiks!


Hafiz-AF7. Gambar dari www.murai.com.my

Apa-apapun kita tengok je lah ye.. lagi beberapa minggu je ni.. Dan agaknya sekarang ni dah ada yang mula pasang strategi sambil tekan-tekan calculator dan tidur senyum termimpi-mimpi ye..

Menang nya tok kelak rasa kamek..! Sik cayak kah? Hehe.


Salam kasih.

Saturday, March 21, 2009

Hobi Baru

Apa itu hobi?

Kalau di guggle di wikipedia, katanya:
Hobbies are practiced for interest and enjoyment, rather than financial reward. Examples include collecting, creative and artistic pursuits, making, tinkering, sport and adult education.
Hobi selalunya dikaitkan dengan mengumpul. Mengumpul setem jadi hobi. Mengumpul phonecard (budak2 la ni tau ke phonecard tu apa?) pun jadi hobi. Mengumpul gambar dan majalah yang ada muka artis fevret pun hobi jugak. Kan CikTipah? Hiks!

Tapi yang aku takleh nak terima, bila tengok kat majalah, ruangan kembang setaman... ehh...jap.... kembang setaman ke mekar setaman eh? Mmm.. apa2 je lah.. haa.. bila belek2 kat ruang tu, ada jugak yang letak muka skema then diletak hobi di masa lapang : Termenung.

Aduhai... wa takleh terima beb!! Banyak lagi hobi yang boleh diletak kat dalam magazine untuk ditatap dikutuk satu Malaysia nih. Misalnya.. hobi membasuh kereta, ataupun hobi melipat kain ataupun hobi memasak megi. Kan ke lebih berfaedah dan aktif je bunyinya?

Bercakap tentang hobi.. aku ada hobi baru.. iaitu mengumpul wang syiling Limaposen dan wang kertas 5 hengget. Tadi masa nak bayar CheezyWedges kat KFC Mydin USJ, aku belek purse, tengok2 ada 3 keping duit 5hengget. Terus aku terfikir nak kumpul lah note 5hengget ni macam aku tengah kumpul duit syiling 50sen (yang baru ada 4 keping) hehe..

Kalau ikut etymology hobi,
"Engaging in a hobby can lead to acquiring substantial skill, knowledge, and experience. However, personal fulfillment is the aim."
i) substantial skill - kekuatan dan semangat nak mengumpul duit limaposen & 5hengget

ii) knowledge - ada ilmu untuk mengira sifir 5 dan buat prinsip perakaunan (keluar masuk aliran tunai)

iii) experience - pengalaman mengajar segalanya.. kalo dah dintis (read:pokai) ada jugak alternative lain selain dari mengorek dari ASB atau mana2 dinding bank untuk berbelanja (read:personal fulfillment)




Tengah semangat nih...! Harap2 menjadi ler hobi baru aku ni.. insyaAllah.. mana tau, sebulan dua kumpul dah boleh jalan2 kat AbibJiwel... huhu.

Salam kasih.

Masa Santai



Ada mata.. pandang..

,,,ada telinga.. dengar...


...ada mulut.. diam...


... sambil duduk2 goyang2 kaki...menjaga hati sendiri..



Salam kasih.



p/s: photos from google image


Friday, March 20, 2009

PakLi After Spa


Petang tadi ke Shah Alam lagi.. for another spa session. Sambil meng'spa'kan diri tadi, kawan aku suggest untuk aku amik Slimming Package.. yang harganya.. errr.. dah nak dekat separuh gaji aku yang seciput nihh! Packagenya agak menarik.. Satu sessi ambik masa 2 jam setengah seminggu sekali untuk dua setengah bulan (10 session). Hmm.. ni kena fikir banyak banyak banyak kali nih.. CikTipah, u intersted?? Jom!


Bila dah selesai meng'spa' tadi, aku ajak kawan aku & the ladies dinner sekali. Early dinner at PakLi Kopitiam yang selalu disebut2 tu. Kali pertama ke PakLi, aku tak tau nak order apa. Banyak pilihan dalam menu.. Since aku dah biasa order Nasi Rendang Ayam kat OTWC, kat sini aku try Nasi Lemak Special PakLi (err.. tak sure betul ke tak namanya..).


Aduhai..nasi lemak + ayam kari + sambal sotong + tauhu + telur + serunding kelapa penuh sepinggan! Banyak giler..! But for the white coffee.. secara peribadi, aku rasa Cold100 adalah pemenangnya..


Nanti, kalau singgah di sini lagi, aku nak try menu yang berbeza... Mmm... should i take the package ya...?


*Pikir... pikir.. pikir...


Salam kasih.

Thursday, March 19, 2009

Perjuangan Malam Jumaat


Sekarang ni, setiap malam Jumaat aku mesti penat. Mana taknya, perlu bertahan selama 3 jam. Selagi tak selesai dua tiga bab, selagi tu tak berhenti. Dalam masa 3 jam tu, cuma ada 30minit masa rehat. Itu pun cuma sempat solat Maghrib, kemudian, perjuangan perlu diteruskan..! Penat memang penat, letih tapi seronok!

Yang seronoknya, dapat ilmu baru. Dulu aku tak suka.. tapi sekarang ni, makin lama makin best. Makin mencabar. Makin menarik. Ada kerja yang kena buat sendiri. Ada kerja yang kena buat ramai-ramai. Kemudian kena test. Bila dah dapat result, baru tau okay atau tak okay.

Sekarang pun... aku penat....aduhai...


Mulai minggu lepas, setiap Khamis malam Jumaat, aku ada class nak kena attend. Very intersting class.. that's my comment for now. Nak tau prestasi, kena lah sit for mid-term exam dulu. Kelas mula jam 6.30ptg - 10.00mlm.. Penatnyer... tapi berbaloi.

Semoga semuanya baik-baik aja, InsyaAllah..


Salam kasih.

Baik-Baik Aja

Kamu di sana alami 'bad day' semalam kan?
Maaf, aku tidak dapat membantu
Aku hanya mampu berdoa dari jauh
Agar semuanya akan baik-baik saja..

Aku hanya mampu hantar text:
"Take it easy. Baca surah Al-Insyirah banyak2.. insyaAllah
Nah.. kan bila dipenghujungnya, menjadi lebih baik? Mudah2an hari ini, segalanya juga akan baik-baik saja. Juga untuk hari2 yang mendatang, insyaAllah,.


Salam kasih.

Wednesday, March 18, 2009

Lepas Geram


Aku sakit hati. Aku sakit mata. Setiap kali aku pergi beli barang-barang di Kafu Wangsa Maju, aku mesti menyampah dan meluat tengok gelagat mereka ni. Meluat tengok diorang ni berdiri mengadap kaunter, menanti mangsa. Dan awaslah mereka yang berdiri dekat depan aku..! Memang berjaya dapat jelingan tajam aku yang paling manja..!

Tadi... sambil tunggu giliran di kaunter bayaran, aku perati mereka buat kerja. Dan lepas aku buat bayaran, aku tunggu je kalau ada siapa2 berani nak sapa aku. Wah...!!! Ada you... sepantas kilat dia kejar aku..!

Boy : Kak, sudah ambil free gift? Kita ada free gift mau kasi kak (sambil dia tunjuk kupon 'free gift')

Aku : Free gift? Untuk apa?

Boy : Sebab akak beli barang di Kafu. Ambik la kak, free saja kita mau kasi.

Aku : Oh ye ke...?


Aku jalan lagi.. dia follow aku.. (poor boy...! kamu memang cari pasal dengan aku!!!)


Boy : (dengan muka manis dan senyum plastik) Kak, mari la.. kak takmau cawan ke? Kita kasi free sama kak.

Aku : Saya taknak free gift, tapi saya mau simpan kupon ini boleh?

Boy : Apa kak?

Aku : (pitching dah naik satu tangga & muka semakin serius) I said.. I don't want the mug but I want this coupon! Can i have it?

Boy : Owh.. tak boleh kak.

Aku : Y not?

Boy : (menjawab dengan muka cuak... dan tersekat2 ayat) Sebab.. sebab kita nak bagi sama kita punya next customer.

Aku perati dia sambil senyum senget. Dia dah tak keruan. Sebelum aku tanya dia macam2 soalan bonus, lebih baik aku angkat kaki. Memang geram betul! Dah lama aku perati cara mereka bekerja. Mencari mangsa pelanggan. Yang aku perhati adalah...

1. Mereka hanya offer kupon pada orang Melayu sahaja (maaf, bukan racist, tapi realiti) especially perempuan. Depan mata aku, dua customer dah siap bayar, seorang Melayu, dan seorang bukan.. orang Melayu tu dioffer kupon, yang lagi sorang tu... berlalu pergi senang hati.. Kenapa ya?

2. Mereka ni akan perhati barang yang kita beli, dan kadang2 siap intai2 wallet kita masa kita membayar.

3. Mereka ini pelupa! Kalau hari ni tadi, dah offer aku untuk free gift itu.. esok kalau aku pergi lagi.. confirm akan dioffer lagi! Adakah mereka pelupa ataupun tidak putus asa mencuba?


Aku perhati ada 2-3 orang budak Melayu yang sama2 mencari customer. Aku berharap sangat satu hari nanti, diorang ni datang kat aku.. dengan skrip "Kak, dah amik free gift?". Aku akan layan mereka.... dan akhir sekali aku akan kata , "Dik, carilah kerja lain... tak berkat rezeki kalau dapat secara menipu". Bagi aku diorang ni menipu..! Cakap sahaja.. kami nak jual produk itu dan ini. Senang cerita!


Salam kasih.

Monday, March 16, 2009

Rahmat & NikmatNya


Setiap yang berlaku itu ada rahmatNya. Cuma kadangkala kita sebagai manusia lupa.. mungkin kerana terlalu mengikut emosi dan hati... Kadangkala bila sudah lama berlalu sesuatu perkara itu.. barulah kita tersedar dan terfikir "Kalau tak jadi begitu dulu.. mungkin tak jadi begini hari ini.."

Kita juga kadangkala tidak sedar bahawa musibah kepada seseorang itu, mungkin adalah satu rahmat untuk seorang yang lain. .. Suatu kesenangan untuk seseorang itu, mungkin satu kesusahan untuk orang lain.

Aku percaya. Sebab pengalaman aku sendiri. Hari Rabu lepas. Di Pejabat Pos Mini, KLCC. Semasa aku nak hantar parcel untuk CikTipah. Sedang aku mengisi borang Poslaju, terdengar satu dialog,

Mr. A : Encik, boleh tolong saya.. saya termasukkan bil telefon saya dalam peti surat.
Mr. Postman : Macamana boleh termasuk?
Mr. A: Saya nak poskan postcard. Saya termasukkan bil telefon sekali.
Mr. Postman : (buka peti surat dan cari bil telefon Mr. A)

Bila terdengar dialog tu, baru aku tersedar, ada 5 keping poskad yang Nora kirim, untuk aku beli setem, tampal dan poskan! MasyaAllah..! Lupa langsung aku pasal poskad yang dalam handbag ni. Bayangkan, kalau situasi tu tak berlaku, dah tentu the next day.. aku akan bawak poskad tu ke ofis dan bagi balik kat Nora. Return to sender..! Aku macam nak ucap tima kasih kat Mr.A tu sebab ingatkan aku tentang poskad Nora..



Dan lepas siap urusan di pos ofis, singgah di A&W. Teringin RootBeer Float & ayam goreng. Nikmatnya.... yummy..!! Once in a blue moon.. kata orang. Alhamdulillah.. rezeki dari Allah. Yang seronoknya, aku dapat no. 7 (orang panggil apa ya.. benda yang ada nombor nie?) untuk onion ring yang masih dalam 'waiting list'. Sesungguhnya no. 7 is my favourite (lucky?) number!


Salam kasih.

Sunday, March 15, 2009

Celaru


Had "milo talk" last nite. Masih tak berminat nak dinner. So, order milo untuk alas perut. Order teh nanti takut sakit perut angin pulak. Lama milo ni terbiar separuh gelas macam tu. Nasib baik ada yang volunteer untuk habiskannya... Kemudian, disambung dengan 2 gelas air suam dikongsi. Screen besar kat restaurant duk tayang Cerekarama TV3. Aku suka lagu latar untuk cerekarama, Dygta - Kerana Aku Sayang Kamu yang dulu pernah aku jadikan entry.

Tak berapa ramai customer kat restoran tu. Agaknya, kalau dipasangnya Konsert AF7 ataupun MU vs. Liverpool malam tadi, mungkin restoran itu akan full-house. Liverpool menang besar semalam. Kalaulah arwah ayah masih ada.. mesti dialah salah sorang yang paling happy sekali.

Entry ni nak cerita pasal milo talk ke? pasal gerai ke? pasal liverpool ke? atau pasal lagu? Ntah.. aku pun tak tau.. Bercelaru.


Salam kasih.

Bidadari Kelas


Disuatu hari yang tenang.. Dikna datang mengendeng2 duk landing sebelah aku yang tengah melayan cerita tv:
Dikna : Akak, cikgu kelas Dikna pilih Dikna jadi Bidadari Kelas..

Aku : Huh?? Bidadari?? Kenapa pulak? (aku terbayang image angel)

Dikna : Tak tau..

Aku : Bidadari tu macam mana? Apa tugas dia?

Dikna : Ala... bidadari.. yang kena simpan duit kutipan untuk kelas tu...

Aku : (gelak 8 harkat.. wakakakakakaka...!) Ala dikkkkkkkkkkk....!!! Itu bukan bidadari la dik... itu BENDAHARI!!!

Dikna : Oh yeke..? (blur..)

Bidadari Kelas 3N and I. Photo taken yesterday noon.
Ye.. mata ku bengkak, masuk abuk..

Aku mana ler tau... Aku ingatkan kalau2 zaman sekarang ni budak2 sekolah rendah, ada watak2 tertentu dalam kelas. Misalnya Bidadari ni untuk budak2 yang baik ke, pakaian kemas ke.. Ataupun Wira untuk budak2 lelaki yang gagah perkasa ke.. Rupa2nya dia salah sebut.. !. Dikna, kamu sangat lawak.. hehe


Salam kasih.

Saturday, March 14, 2009

Itu Bukan Kamu


Sambil2 tengok movie di TV, tentang kisah cinta.. terus ayat-ayat ini muncul. Hmmm.. boleh buat jadi entry ni... Terus online, google imej dan taraaaaa... inilah hasilnya..


Bukan untuk wang saku
Bukan untuk bunuh waktu
Bukan untuk tajaan belanja
Bukan untuk suka-suka
Bukan untuk saja-saja
Bukan untuk 'happy hour'


Biarlah mereka kata
Kamu adalah semua itu
BUKAN!!!!!!!!!
Kamu bukan itu untuk aku
Kerana aku bukan mereka



No Ana... i'm not crying..


Salam kasih.

Friday, March 13, 2009

Boleh Kurus Sebab Makan


Ramai sekarang ni sibuk nak kurus. Nak cantik. Nak lawa. Nak kurang kalori. Nak kurang lemak. Takmo kolesterol. Taknak nampak babat. Nak slim melim. Nak seksi meksi.

Macam-macam style nak kurus. Ada yang tak makan nasi. Ada yang cuma minum supplement drink. Ada yang duk pergi gym. Ada yang cuma makan sayur dan buah2an. Macam-macam cara... ikut keinginan dan kemampuan masing-masing.

Ada orang pernah kata dengan aku.. cara yang paling senang untuk kurus adalah.. dengan makan. Ye... makan.. Kalau makan ni.. mesti comfirm kurus. Takyah nak beli yang organic, healthy food supplement ataupun diet pills yang memerlukan kos tinggi.



MAKAN APA YE....?







Jawapannya makan hati. Bukan makan hati ayam ataupun hati lembu. Tapi makan hati sendiri. Lepas tu berulam dengan jantung. Bukan jantung ayam ataupun jantung lembu, mahupun jantung pisang. Tapi berulam jantung sendiri..

Menurut wikipedia Makan Hati Berulam Jantung adalah:
"Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati."
Jadi untuk teman2 semua... yang sibuk berdiet sekarang ni.. apa kata cuba cara ini. Mudah2an... anda akan cepat kurus. Nak cuba? Jom kita cuba.. Jom! Eksperimen sains yang kedua selepas biji kundang ... Jom!


Salam kasih.

Thursday, March 12, 2009

Fikir-fikir

Tadi masa tengah fikir2 nak tulis entry apa.. aku terjumpa ayat2 ini.


Ketulusan

Kadangkala ada perkara
Yang kita nak luahkan
Tapi tersekat di tengah jalan
Kerana ingin menjaga hati
Kerana takut kehilangan

Kadangkala ceritanya indah
Penuh bunga-bunga
Penuh pelangi
Rupanya hanya pura-pura
Kerana ingin menjaga hati
Kerana takut kehilangan

Sedangkan
Semakin dijaga hati
Semakin luluh jadinya

Sedangkan
Kepura-puraan
Realitinya amat menyakitkan

Sedangkan
Lakonan itu
Yang bersorak
Yang bertepuk tangan
Hanya yang menonton sahaja



Bila baca tulisan ni baru aku sedar, waktu ini banyak yang ingin aku tuliskan. Bukankah blog menjadi tempat luahan hati? Tapi, itu kalau aku ikutkan hati dan perasan. Buat masa sekarang, biarlah aku simpan dalam hati.. Sampai bila? Hmm.. hujung bulan boleh? Kata orang.. bulan baru, lembaran baru, kan? Terlalu lama menunggu hingga hujung bulan? Hmm.. biarlah.. kerana aku belum puas..! Sekiranya aku ini Si Luncai.. biarlah Si Luncai ini terjun dengan labu-labunya.. Biarkan.. biarkan.....


Salam kasih.


Biji Kundang Itu Ungu


Tadi, Nora bawak seplastik buah kundang ke office. Thank you, Nora. Temanku kata, kalau di tempat dia orang panggil buah Star. Pastu dia komplen "patutnya belimbing ler di panggil buah Star". Belimbing tu buah Star kalo direct translation dari bahasa omputeh Starfruit. Huhu.



Purple ataupun ungu kadangkala dipanggil dengan nama warna biji kundang. Being so curious, CikMatKhair tadi telah mengupas biji buah kundang tu. Dan dibelah dua. Mmm.. betullah warna biji kundang itu adalah purple ataupun warna ungu.

Sekian sahaja ujikaji warna untuk hari ini. Kita jumpa lagi di lain siaran..!


Salam kasih.

Wednesday, March 11, 2009

Briyani For Two

Komen dari KM untuk entry yang lepas..

Yea.. u are right, KM. Temanku dah tak suka nasi ayam untuk sementara waktu. Bak kata orang Sarawak.. .dah lejuk! Kalau orang kampung aku kata.. boring olredi! Gittew..! Jadi, masa lunch tadi, kami try nasi lain pulak.. Takmo dah nasik ayam..



We had Briyani. Temanku makan Briyani Kambing & aku makan Briyani Ayam. Nasi Briyani dia sedap...! Kedai ni memang femes dengan Briyani. Aku lupa pulak nama kedai ni.. Dekat dengan Mindef. Kedai ni sederet dengan 7-11, opposite Jabatan Ukur and somewhere near Telekom Training Center. Sedap beb!!

Tadi sambil2 makan, Temanku tanya soalan paling mencabar untuk hari ini... "Apakah makanan yang paling sedap?". Aku jawab.."Makanan yang boleh dimakan" (time lapar otak tak leh nak pikir.. jadi jawapan pun kurang kreatif.. kalo masuk pertandingan buat slogan mesti kalah").

Sambil nguyah timun, aku tanya dia pulak... "Apakah makanan yang paling sedap, chentaku sayang?" Ekekekeke.. chentaku sayang itu adalah tambahan semata-mata. Idakler aku panggil dia gitu.. ish .. ish.. ish.. Temanku kata "makanan yang paling sedap, adalah makanan yang dimakan time tengah lapar banget". Hmm.. kreatif.. kreatif...!


CikTipah, pesanan dari kami..


"Nok, selain dari NASI AYAM kitorang pun makan gak NASI BRIYANI!!!! "

Nanti nak ajak Temanku makan nasi kerabu plak.. hmmm.. nak ke dia makan nasi kerabu nih...?


Salam kasih.

Ice Breaking


Berapa agaknya kutipan filem Geng Pengembaraan Bermula ya? Dah sampai ke sasaran RM10juta tu? Aku rasa watak Upin&Ipin adalah kartun yang paling popular sekrang ni selain dari kartun Wonderpets kat TV9 tu. Budak2 kebanyakannya tau nyanyi lagu Wonderpet tu.. kan?

Personally, aku tak setuju bila semua kartun2 omputeh ni di alihbahasa ke bahasa Malaysia. Sedangkan dalam masa yang sama, bebudak sekarang dah study Maths & Science in English. Biarlah, jangan translate. Biar budak2 tu biasa dengan English. Sebab, aku rasa kartun2 dan citer2 untuk remaja ni adalah salah satu median untuk budak2 kecik belajar English. Diorang boleh belajar English bila tengok cerita tu dalam English dan baca translation yang ada kat bawah tu. Sebab aku ingat lagi Teache aku masa Form 1 kata : Watch TV. And read the subtitle. Dan memang senang pun kalau belajar macam tu. Itulah pendapat aku..

Upin&Ipin ni memang famous. Bila dah keluar filem Geng Pengembaraan Bermula ni.. lagi bertambah famous. Sekarang ni kat pasar malam dah banyak t-shirt Upin&Ipin di jual. Upin&Ipin ni pun boleh jadi IceBreaker untuk bercakap dengan anak2 kecil. Sebab anak2 ni ada yang pemalu kalau jumpa orang kali pertama. Nak cakap pun tidak. Senyap je & duk perati je orang yang dia jumpa tu.

Sebagai ice breaker, cuba citer pasal Upin & Ipin. Cerita pasal Rajo & lembu dia Sappy. Sikit-sikit Cerita pasal Opet.. Bila kita dah mula bercerita tu.. mesti anak tu mula senyum.. dah mula angguk2 geleng2.. dan kemudian tup2 dah nyanyi berani bercerita dan nyanyi2 dah..!! Aku dah try untuk anak kecil 3 tahun. Menjadi.. !!! Betul.. cubalah!!:-)



Salam kasih.

Tuesday, March 10, 2009

Jawab Soalan


Duk 'jalan-jalan' kat Facebook and found this Q&A thing did by a friend of mine. Disebabkan tak tahu nak tulis entry apa.. (.. i have something to write actually.. but dunno how to start..) aku pun cuba lah menjawab soalan-soalan ini. Soalannya berbunyi begini..
Here's a chance to see how well you really know your partner. Cut, paste and fill in the answers, then forward. Shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your partner to see how right you really are.

1. He/she is sitting in front of the TV, what is on the screen?
Buletin Utama ... oh yeah..... he watched Harry Porter the other day..

2. You're out to eat; what kind of dressing does he/she get on his salad?
Mmm.. sambal belacan .. Malaysia salad kan? kan?

3. What's one food he/she doesn't like?
Hmm.. I dunno. Because we only eat food that we like ..

4. You go out to eat and have a drink. What does he/she order?
Owh.. this is very easy..! "Teh Ais satu.!!..":-)

5. Where did he/she go to high school?
Sekolah Menengah Ehem.. Ehemm.. KayBee.

6. What size shoe does he/she wear?
Err.. size 9 i think

7. If he /she was to collect anything, what would it be?
Fast cars & big bike

8. What is his/her favorite type of sandwich?
Roti bakar with telur mata in between.

9. What would this person eat every day if he/she could?
Eat ... err.. nasi kot.. But for sure Teh Ais everyday.. huhu

10. What is his/her favorite cereal?
He is not a cereal eater..

11. What would he/she never wear?
Woman clothing.

12. What are his/her favorite sports teams?
For football, his favorite team is the winning team. Boleh camtu?

13. Who did he/she vote for?
Undi itukan rahsia.. gwe pun ngak tau dong..!

14. Who are his/her best friends?
Errr..me... i think :-)

15. What is something you do that he/she wishes you wouldn't do?
I should leave this question for him to answer la rasanya...


Hmmm.. wonder what is my score for this test.. hmmm.. CikTipah, nak jawab tak? Cuba la jawab... cuba la.... jawab tawww!!!



Salam kasih.

Dah Start


AF dah start. Entah kenapa AF tahun ni, the excitement nak nengok tu. macam tak start2 lagi. Macam yang tahun2 lepas, ujibakat pun kengkadang tu ada jugak lah nengok. Tahun ni.. langsung idak..



Kalau tahun lepas, sibuk tertanya-tanya siapa yang dapat masuk. Saper pulak yang awal2 lagi dah kena balik.. Tapi untuk season ni.. aku tak kesah pun.. pelik.. pelik.. Adakah faktor, dah hilang serinya citer ni.. ataupun faktor umur aku yang semakin meningkat dewasa? Eh.. ramai makcik2, nenek2, uwan2 yang suka nengok AF taw...!


Tapi.....



Nasib baiklah.....







Pengarah muziknya kendo uols..!!! Zaman sekolah-sekolah dulu... aku selalu nyanyi lagu Raja Ema berlatar belakangkan bayangan wajah dia uols...!!
"Ohhhhhh.. sayanggggg...
Engkaulah jejakaaa idamannnnnn..
Akulah yang menantiiiii..
Menyayangiiiiiiiii.........."


Dia dulu join kumpulan Gersang. Mula-mula, diorang berempat je.. Untuk album kedua rasanya, baru Acis join kumpulan tu. Sebelum dia masuk kumpulan ni, aku tau Wings & Search je... bila dia dah masuk kumpulan Gersang ni... terus Gersang jadi kumpulan no. 1 di hatiku ini.. Hehe. Sesapa yang minat dia masa tu, mesti notice yang dia suka pakai vest & tie koboi tiap kali keluar dalam media. Kan?


Kalau tak silap, masa dalam kumpulan Gersang ni pun, dia dah start cipta lagu. Rasanya lagu B29 dalam album Suratan Takdir (kalo tak silap aku ler..) back in 1989. Korang dah lahir ke time tu? Ataupun dah masuk tadika time tu? Album tu best , lagu tu pun best uols!!! (kalo dah suka. sumanyer best, ye dak??.. hehe). Tapi tak lama dalam industry, dia hilang. Hilang sebab study kat Berkley College of Music.



Dan tak lama lepas tu jugak, dia kawen. Owh... so sweet!!!! Aku suka tengok kalo dia main piano masa wife dia nyanyi. So romantic. I like..!!!! Dah anak dua dah dia... comel2 pulak tu..!! Comelnyerrrr paknyerr anak-anak dia....! :-)

Jadi.. untuk AF7 kali ini, tak kisahlah siapa nak menang, tak kisahlah siapa yang terkeluar, aku happy..! Sebab aku leh tengok muka dia hari2.. hingga ke konsert akhir nanti.. Yeay! Gambar-gambar adalah dari google image ye.. terima kasih Google Image..! Oh.. semakin hari rasanya semakin muda...!! Hiks!


Salam kasih.

Monday, March 9, 2009

Bekwoh


Tadi kawe gi tempat bekwoh oghe nikoh. Korang tau ke bekwoh ni apa? Bekwoh ni takda kena mengena dengan bek hen ataupun Beckham ya.. Bekwoh ni bahasa Kelantan yang bermakna kenduri. Kalau dalam bahasa Minang.. Baralek. Kalau bahasa Sarawaknya adalah Pengilan. Tapi orang kampung aku panggil wedding reception. Ekekekek!





Aku suka tengok diorang ni bersanding. Relax je.. Cool. Takyah nak mantain2 senyum malu2. Selamber je beb.. Hehe. Selamat pengantin baru Ana&Faizal. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Pandai korang pilih tarikh yang sangat strategik. Time cuti, Malidur Rasul, cuaca pun sangat mengizinkan. Bak kata orang ofis aku "Tak lama lagi mabuk2 la Ana.. musim2 hujan gini". Hehe. And today is Ana's birthday. Happy birthday, Ana..

Tengok kalender.. cari bulan September.. cari 11hb.. hmmm... hari Jumaat! Hiks!


Salam kasih.

Seringgit

Pagi itu,

Harga sarapannya:
Roti Jala seringgit
Nasi Lemak seringgit
Teh Ais (2) dua ringgit
Jumlah empat ringgit..

Roti Jala = RM1


Nasi Lemak RM1

Aku tak sangka masih ada lagi makanan berharga RM1 kat KL ni. Kalau di ofis aku roti jala yang kuahnya kari kosong yang dah diberi pemeringkatan beberapa kali (terlalu cair) harganya 60sen sebijik. Nasi lemak kosong harganya RM1.50.

Kos sarapan pagi itu adalah murah. dan makanannya simple dan sedap. Yang mahalnya adalah 'moment' nya.. bukan selalu berpeluang sarapan sama2.


Salam kasih.