Tuesday, June 30, 2009

30 Jun, 2009


Stress


Aku stress di bulan Jun, sebab final exam yang datang di bulan Jun. Semester ini pada awalnya nampak santai, tapi menjelang final exam, terasa bahang dan tekanan.. Berdepan dengan permasalahan statistic dan juga diuji keupayaan untuk mengingati kes2 famous untuk papaer Business Law. Hinggakan menjadi salah satu punca kenapa BP aku agak tinggi. Tak termasuk stress dalam relationship aku dengan dia. Rupanya sudah ada tanda2 ke arah kepincangan itu.. cuma aku yang tak sedar..



Happy


Aku celebrate birthday Dikna, berikan yang terbaik semampunya. Celebrate birthday dia... bawak mandi ke Sg. Congkak etc.. Lelah aku untuk mengembirakan Dikna terbayar, bila dia dapat tempat ke 2 dalam exam baru2 ini.. Alhamdulillah... Aku jugak happy sebab aku dah ada sijil!! Berjaya pergi kursus perkahwinan.. hehe :-)




Sedih

Ye..aku sedih bila aku amik keputusan untuk 'tidak ada apa2 dengan dia'. Tapi tidaklah sesedih ketika Hari Bapa. Sedih melihat wajah Dikna. Sepatah pun tidak dia berbunyi tentang sambutan HariBapa. Nampak seperti tak intersted langsung. Seperti tidak ada kena mengena dengan diri dia. Aku sendiri terasa sedihnya bila tidak menyambut Hari Bapa untuk tahun ni.. Yang tinggal hanya kenangan, dan mampu aku hadiahkan untuk arwah ayah pada tahun ini adalah doa dari seorang anak.. Mudah2an ayah & mak ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.. amin.. Al-Fatihah..


Syukur

Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup.. bersyukur dengan segala anugerah yang telah diberikan. Redha dengan segala dugaan yang datang. Bersyukur atas keajaiban yang telah diberikan. Allah itu Maha Mengetahu, Maha Menyayangi. Setiap yang terjadi itu, teratur dengan indah.. tanpa terduga.. Subhanallah..

Aku redha dengan apa yang berlaku antara aku dan dia. Aku harap dia faham, aku sudah tekad.. tidak akan kembali lagi.. I need to move on..

Ada sesuatu yang masih tersirat. Yang masih belum dapat dikongsi dengan teman-teman (read: readers). Cuma harapan aku, semoga apa yang diusahakan sekarang ini, mendapat keberkatan Allah dan restu dariNya. Dugaan memang ada... dan harap2 kuat untuk menghadapinya.. insyaAllah.. Aku doakan yang terbaik untuk hal ini.. .. Amin..



Banyak yang terjadi dalam bulan Jun ini.. tapi. ini je yang dapat aku recall buat masa ni... Mudah2an bulan yang akan datang ini.. lebih baik dari yang sebelumnya, InsyaAllah..




Salam kasih.

Klosap

Tijah rekuested:

"kasi klosap la sket nok..."

Oleh kerana aku agak free malam ni... dan minda kurang aktif untuk mencari idea menghapdate blog... jadi.. aku pun capai kamera.. snap itu ini.. tapi kali ni klosap sikit gelang tangan jade yang aku dapat tu... baru nampak clear...

Klosap? Clear tak Jah?



Bila diletak ditangan.. gini pulak rupanya...



Okaylah... aku mau tidur suda... mau kasi simpan energy.. esok kan aku mau ke konsert dating sama AnuarZain... tak sabar beb!!... nebes nih.. nebes...! Gudnite..





Salam kasih.

Cenderahati dari Adinda


Hujung minggu terima cenderahati dari adinda yang pulang bercuti dari perantauan. Sepasang rantai tangan jed yang sangat cantik.. Sib baik muat dik... hehe.. I love it..! :-)


Terima kasih sebab sudi bagi cenderahati untuk akak. Akak suker!!!! Tocey.. tocey...!! Emkoi.. emkoi...! :-)





Salam kasih.

Monday, June 29, 2009

Kursus Hujung Minggu


Hujung minggu, Sabtu & Ahad, aku pergi kursus. Ye.. seperti yang aku ceritakan secara sipi-sipi dalam entry yang lalu.. Ramai yang tanya, yang agak2 aku ni gi kurus kawen. Tapi aku kata tidak. Maaf ye..

Dah berzaman.. sejak zaman di kolej, aku memang teringin nak pergi kurus ni.. teringat tentang kursus ni yang wajid kena pergi.. tapi sekadar teringat, teringin... buat ye idak.. Ironinya.. aku pergi kursus, setelah aku amik keputusan untuk "putus sudah kasih sayang" dengannya.

Entah kenapa, kali ini.. berjaya jugak aku pergi. Bukan senang tau... dugaannya banyak... Bak kata orang Sarawak "hati duak tiga jak nak pegi..". Tapi.. duk fikir, itu dan ini, timbang sana sini.. akhirnya aku pergi jugak ke kursus ni. Secara solo.

Kurus perkahwinan di Wanipesona, dekat dengan LRT Setiawangsa, sederet dengan office KRU. Kebetulan, aku kenal owner WaniPesona ni secara peribadi, the wife is my sis's close buddy, jadi aku pun daftar di sana. No.. i didnt get it for free. I bayar okay..! Business is business.. kawan is kawan. Gittew..!


CikTipah,masihkah kau ingat bangunan ini...? Lama giler dah tak gi melawat kat sini..


While waiting. Aku curik2 amik gambar.. :-)
Ustaz ni yang jadi jurunikah TokTi dulu..



Secara peribadi, aku rasa kursus ni sangat menarik. Fasilitator berpengalaman dan tajuk2 pun sangat sesuai dan boleh diguna pakai untuk persedian untuk kawen. Banyak ilmu2 yang dikongsi dengan peserta. Berkongsi pengalaman sebagai kaunselor perkahwinan. Tentang prosedur perkahwinan. Tentang apa2 yang boleh 'trigger' conflict dalam rumahtangga. Cara komunikasi etc... Maybe sebab the fasilitator tu pandai buat joke, tu yang duk gelak2.. well.. kursus kawen kan.. mesti boleh agak.. joke apa yang diorang duk citer... Hehe..

The quotes yang ada dalam entry yang lepas tu, sebenarnya aku amik dari fasilitator kursus. Kata2 mereka secara spontan sebenarnya. Aku tulis sebab aku rasa menarik. Kalau siapa2 nak cari tempat untuk kursus perkahwinan, aku recommend pergi ke Wanipesona. Parking banyak. Public transport pun senang sebab dekat dengan LRT.

Situasi yang paling sukar sekali adalah bila isi borang. Tarikh kawen, aku tulis 2009 (mmm.... I have 5 more mths to go..).. Nama bakal pasangan....... (e.m.p.t.y). Duh.....!



kursus nikah sudah... next?? :-)



Salam kasih.

Imejin...


Aku nak kongsi rasa. Dari pepatah becampur2 yang dah aku tambah.. cuba bayangkan sekiranya... Sila imejin yer.... Pada satu hari.......


Mata kita sangat mengantuk... owh.. letihnya...

tiba-tiba...

disorongkan bantal.. mata pun pejam... owh.. santainya...

kendian....

Dipasang/dihidupkan air-cond... owh.. nyamannya...

pehtu...


Difeluk pulak dari belakang...

aduhaiiiii... indahnya...!!!


Hmmm... macam tulah perasaan aku sekarang... rasa sangat indah, sangat bahagia.. sebabnya, usai segala urusan rasmi di hari Ahad....


Aku memandu tempat ini


Untuk menyelesaikan urusan tempoh hari


Untuk collect tiket2 ini..


1 Julai ini... aku ngedate LELAKI INI.....!! InsyaAllah..

Dipetik dari www.utusan.com.my

Salah satunya adalah segmen yang akan menyaksikannya menggamit nostalgia sewaktu dirinya bergelar penyanyi kanak-kanak dua dekad lalu.

Untuk itu, Anuar akan menyampaikan tiga buah lagu iaitu Kain Pelikat, Kesan Kelukaan dan Seruling manakala sebuah lagi segmen disifatkan Anuar sebagai satu penghormatan untuk seniman terdahulu dan lagu-lagu mereka.

Peminat akan dapat mendengar alunan Anuar menerusi lagu Epilog Cinta Dari Bromley yang dipopularkan oleh Sohaimi Mior Hassan, Berdiri Seorang PerinduMengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits) dan Penantian (Kumpulan Harmoni). (Ibnor Riza),


Ish.. tak sabar rasanya nak dengar AnuarZain nyanyi lagu "Seruling". Korang tau tak lagu "Seruling" tu lagu apa? Lagu lama tu... dari his 1st album.. back in 1982.. the duet album with Ellina. Tak boleh nak recall semua lirik.. but I can still remember the melody and part of the lyric.. (memori darjah 3 ni tau..!!)


"merdunya suara seruling bambu..
....
....
...
...

ku ingin mendengar seruling itu..
ku ingin mengenal peniup itu..

hatiku pun turut terhibur jua..
walaupun tak tau mana puncanya
hatiku pilu dengan tiba-tiba
walaupun ku tak tahu mengapa..."


Kalau sapa2 readers yang pergi concert tu nanti... Kita ENJOISSSSS!!!!!!! Nanti cuba dengar lagu ni... best yewwww!! Kalo dia tanya.. sapa leh nyanyi lagu ini.. ataupun siapa ingat lagi ni.. KOMPOM AKU ANGKAT TANGAN!! hahahaha...


Kalau kau tanya
Apa rasa aku sekarang ini
Aku BAHAGIA!!!!
Sebabnya..

ini entry aku yang ke 700
uhh... dah 700? macam tak caya...
Owh.. i love number seven...!




Salam kasih.

Tidurlah Mata

Pusing sini sini
Mata tetap tak pejam,
Minda pujuk hati
Hati pujuk mata
Tidurlah mata....


Kenapa resah gelisah?
Biarkan saja..
Kerana hati perlu yakin
Perlu percaya
Jangan risau..
Tidurlah mata...


Jauh dari mata
Tiada dengar suara
Tiada khabar berita
Kan tetap dihati?
Jangan bimbang..
Tidurlah mata..


Datang satu pesan
"Tidurlah. Esok bangun awal."
Lalu mata jadi layu
Sedia untuk beradu..
Tidurlah mata...




Salam kasih.

Sunday, June 28, 2009

Quotes of the Weekend


"Cinta itu adalah rezeki dari Allah, oleh itu bersyukurlah kepadaNya bila diberi cinta"


"Cinta itu adalah santapan, hidangannya adalah perasaan dan hati"


"Love is Loving, Caring, Sharing, Giving, Forgiving, Consent(Willing) and Tolerant."


"Nak bahagia, kena nikah, kerana tempat yang paling bahagia dalam dunia ini adalah rumahtangga"


"Kesetiaan seorang isteri itu hanya pada seorang suami"


and joke of the day..

"Kalau nak berdating berdua-duaan dalam gelap.. boleh...bawak MakAyah sekali" ...hahaha...




Salam kasih.

Fat Free


Sekarang ni kita semua concern pasal apa yang kita makan. Semuanya mencari healthy food. Untuk jaga kesihatan.. Kalau gi pasaraya, ramai yang dah pandai tengok ingredient kat kotak produk tu sebelum membeli. Check kandungan kabohidrat, protein, fat, sugar, salt etc.


Kat supermarket skrang ni pun banyak dah makanan2 kesihatan yang berkhasiaat. Yang fat free, sugar free, less sugar, lest salt, low cholestral. Macam-macam...? Tapi betul ke? Atau semata-mata promosi untuk tingkatkan jualan.

Fat free donut.. ni biasa..


Yogurt fat free - pun biasa jugak...





Tapi yang ini...


Fat free mineral water??????



Hmmm... kot ye pun.... *speechless..




Salam kasih.


Saturday, June 27, 2009

Duk KopiBin

... sambungan dari entry yang ini...

Sampai Pavilion, ish.. ramainya orang.... Pak Arab paling ramai.. Time ni dioarang masih cuti2 Malaysia lagi ye? Ingat nak duk kat Staabak, tapi ramai orang.. full hse.. tempat nak cocok charger pun takdak... Terus jalan2 cari tempat.. akhirnya kami sebulat suara setuju untuk duk kat KopiBin.. Orang tak ramai.. tempat cocok pun ada..


Ini kami punyer..


Ini kami punyer.. kongsi-kongsi


Kami kongsi-kongsi



Ini aku punya.. yang paling aku suka..


Sangat best!! Lepak borak tak hengat..!! Macam2 hapdate cerita.. hehe. Dalam masa yang sama.. sesuatu telah berlaku dengan jayanyer...! Yeay!!! Bagai bulan jatuh ke riba.. bagai mimpi jadi realiti.. seperti orang yang mengantuk..disorongkan bantal.. dipasangkan aircond.. diselimut dengan selimut toto.. dipeluk dari belakang...! Indahnyerrrr..... hiks!!



Nantilah aku cerita dalam entry akan datang... (dah makan hikayat 1001 malam pulak bersambung-sambung nehh)




Salam kasih.

Countdown



Menghitung detik
Two minutes to go...
Semoga dipermudahkan urusan
Hari ini dan esok
Mudah-mudahan, insyaAllah..



*nebes



Salam kasih.

Hawtt!! Hawttt!!


Malam tadi, keluar dinner dengan Hazman aka Tukangtaip & adik. Patutnya nak keluar petang.. tapi.. pikir2 baik keluar lepas Maghrib, selesaikan tugas dulu, baru selesa nak keluar.. Parking kat Pavilion & roger2 tanya lokasi, katanya diorang ada di Sg. Wang, TT nak beli phone baru, Arena by LG. Aku pun gigih laaa eksesais secara solo dari Pavilion ke Sg. Wang.. boepoloh gak ketiak acik!! Hehe..


Sessi bergaya bersama phone baru..
Dua kotak?
Ye.. memang beli dua..


Lepas membayar dan bergaya (hiks!) terus gerak ke Pavilion. Kononnya depa nak nengok citer "Drag Me To Hell" .. disebabkan tak sempat.. depa kensel.. Lagipun sian kot tinggal aku sensorang jer nanti... TT ajak sekali.. "yes or no" katanya.. aku terus kata "takmolah.." Idok ler aku nak nengok citer hantu... kan CikTipah kan??Takut..!!!! Hehe..



Baru separuh perjalanan.. aku jerit "Wait...! Wait!!". Depa memula heran kenapa.. adakah kasut tercicir??? Owh..tidak.. aku suh tunggu semata2 untuk bergambar... Hehe.. aku keluarkan kamera.. posing lagi...!! Posing depan Lot10. Rasanya seumur idup, ini 1st time posing kat situ.. (pernah ke kita posing kat sini, CikTipah??.. aku tak ingat lah...) Aku tak tau naper aku suka benor ngan gambar ni.. Hehehehe... (Fara.. sila jangan jeles.. huhu)


Hawt!!! Hawt!!!!

Teruskan perjalanan... titiba dengar kecoh2.. ding dong sana sini.. rupa2nya ada kebakaran kecik kat luar Pavilion. Billboard dia terbakar... eh.. billboard ke namanya neh?? Suasana agak kelam kabut gak.. Aku nampak staffs Pavilion tengah sibuk menyiram air kat arah tu.. ala2 menyiram pokok bunga jer aku nengok air tu.. nampak pressure air tu agak slow..


Pun posing jugak... sampai pejam2 mata... Hahahaha.. takpalah.. janji heppi!! hehehe. Bukan senang nak amik gambar ber'bekgraun' kebakaran cenggini.. Hawt!! Hawttt!!


Carik cafe yang ada tempat cucuk wayar.. sebab nak charge Arena itter.. Sampai kat cafe.. posing lagi...!!! Ish ish ish.. TT sangat teruja dengan phone baru.... Duk ralit belek Arena.. Aku tumpang posing jer la.. huhu...


Hawttt!! Hawttt!!

Balik dari Pavilion.. aku ikut satu jalan nih... aku tengok gelagat orang.. aku tengok kehidupan yang 'aktif' di malam hari.. Tak berani nak keluar kamera.. tak pasal2 nanti kena hempuk padan muka....!! Takpa.. mungkin satu hari nanti.. aku buat entrynya ye...

Anyway, to Hazman aka TT & adik.. thank you for spending time together.. Really had fun last nite.. *hugs! Nanti sambung entry.. bab makan2 minum2 lum citer lagi nih... ;-)



Salam kasih.

Friday, June 26, 2009

Ulangtahun KureKureKu


Hari ini, KureKureku sudah 3 tahun... Banyak jasa dah KureKure ni pada aku & family, meluncur sana dan sini.. dari KL ke Utara, Selatan, Timur dan Barat. Nasib baik KureKure tak boleh terbang atau berenang.. kalau tak mungkin sudah ke Sabah dan Sarawak juga..

KureKureku sedang beraksi.. cruising smoothly..
balik dari Sg. Congkak hari tu..


Terima kasih KureKureku.. Jaga diri ye.. Jangan merajuk.. Jangan sedey2.. Jangan sakitkan diri... Aku sayang kamu KureKureku... Nanti kalau ada rezeki lebih... aku bawak kau pergi makeover ye.. kita buat tranformasi.. (tapi tak tau bila lagi.. hehehe)..



Happy birthday, KureKureku..!




Salam kasih.

Tunggu..


Aku tekan butang hijau
Tunggu hingga habis lagu
Tiada jawab..



Aku tekan butang atas
Karang nota ringkas
Tekan butang "hantar"
Tunggu... tiada balas..

Hati mula kata
Esok bagaimana ya?
Pergi
Atau
Kaku di sini?

Kebetulan

HarianMetro semalam berkisahkan tentang Hikmah Perpisahan. Untuk artikel penuh.. sila klik di sini..

Antara petikan dari artikel ini:

  • Menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih, putus tunang bahkan pernah melalui perceraian yang menjadi satu pengalaman pahit dalam hidup, sukarnya untuk bangkit semula sesudah segalanya hancur punah.
  • Namun, jangan putus asa atas segala kepahitan yang dilalui itu. Dalam percintaan, percayalah jika anda pernah dikecewakan, pasti akan wujud cahaya baru kemudiannya.
  • Katakan pada diri, mungkin anda belum ditemukan dengan insan yang layak menerima ketulusan cinta anda sepenuhnya. Anggaplah perpisahan dengan yang lama sebagai permulaan untuk suatu permulaan yang lebih indah bahkan lebih bermakna.


Ye.. kebetulan. Someone said to me: "I follow my heart.. takdir serah DIA". InsyaAllah.. mudah2an.


Salam kasih.

Thursday, June 25, 2009

36:36


Alhamdulillah, berjaya jugak meng'qadha' puasa untuk hari ke 7. Another few days to go including 3days in a row yang aku kena buat. Bukan puasa nazar, but something similar to puasa nazar. Tadi, nak tunggu masa berbuka, sambil2 aku online, lompat2 blog dan belek2 FB, aku dengar2 jugak tv. Yes.. i hardly watch tv.. setakat 'dengar' tv dan intai gitu2 jer..

Channel 106. Astro Oasis yang jarang sangat aku tengok. Pernah tengok channel ni tak? Aku dengar cerita ada orang banned channel ni sejak kes rumahtangga 'ikon' channel nih.. Apa la.. sikit2 ban.. sikit2 ban.. Agaknya time sekolah dulu korang main band kot kan? takda pulak sibuk nak ban rokok,kan?. Duh..!!

Lepas waktu berbuka, aku still jugak belek2 facebook.. Titiba aku dengar ustaz baca surah Yassin kat 106. Aku intai2.. kemudian aku terpaku. Tidak. Bukan sebab ustaz ittew ye.. Sebab bacaan Yassin tu siap dengan terjemahan sekali. Aku terus tinggalkan lappy, dan duduk kat sofa.. 'ikut' bacaan ustaz tu, sambil mata aku memandang setiap baris-baris terjemahan surah Yassin..

Entah kenapa.. rasa sayu sangat.. Syahdu. Setiap ayat2nya bercerita meresap terus ke dalam hati. Dalam jiwa aku. Merawat hati aku yang luka. Mengisi kekosongan di dada. Menenangkan minda yang berkecamuk. Menyejukkan hati. Airmata aku mengalir laju. Rasa hiba. Banyak sungguh kekurangan dan kelemahan diri ini. Allah itu Maha Besar. Maha Mengetahui. Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Aku teringat, pesan seorang hamba Allah pada aku.. Katanya, "Di setiap solat, pada sujud terakhir, kau baca ayat 36, surah Yassin. Mudah2an cepat dipertemukan jodoh.." Tadi aku nampak terjemahannya;

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."

Barulah aku recall yang Dr.Fatma Al Zahra pun pernah ajar, untuk baca ayat ini sebelum keluar rumah setiap pagi. Hmm.. pelupa sungguh hamba. Alhamdulillah, dibukakan hati untuk nonton Astro106 hari ni. Aku percaya, setiap yang berlaku, setiap kejadian itu adalah dengan izin Allah..
Surah Yassin, ayat 82. Terjemahannya;

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia."

Cuma sebagai hambaNya, kita kadang2 tidak dapat melihat, rahmat disebalik kejadian, sehinggalah kejadian itu sudah berlalu.. Wallahualam.


To everyone.. Selamat Malam Keliwon...



Salam kasih.

Wednesday, June 24, 2009

What U Give, U Get Back


Aku rajin jugak pergi blog ni.. aku lompat2 dari blog CikTipah. Baru2 ni aku baca entry dia yang ini.. sesuatu yang sangat sinonim dengan orang macam aku. Aku pun macam dia jugak.. bukan marah, tapi menyampah dengan jenis2 manusia yang camni.


Aku selalu berdepan dengan menda ni.. especially bila lepas makan ataupun masa tengah kat toilet ramai-ramai.. Kisahnya begini..


Situasi : Kat sinki toilet ofis, tengah cuci tangan lepas keluar dari toilet. Seorang pompuan yang aku rasa berat dia dalam 53kg, duk belek2 muka adjust2 tudung sambil kembang2 idung dan jengil2 mata.. lepas tu start conversation ngan aku

Pompuan : Eii.... akak dah gemuk lah Dib.. (sambil pegang2 dagu yang tak dable chin langsung dan mengusap2 perut dia yang kempis)

Aku: Huh?? (pandang dia secara pelik)

Pompuan: Tu lah.. tadi breakfast makan nasi lemak. Gemuk dah..

Aku: Takpa lah kak.. saya lagi gemuk.

Pompuan: Ish.. mana ada nampak gemuk. Akak lagi gemuk

Aku: *senyum... (Dialog dalam hati : Adakah kau bangang mempunyai masalah penglihatan, kak? Baru 5 menet lepas makan nasi lemak, ko bleh jadi gemuk dah??? Mana sekolah nih? Dahlah berat badan aku lagi banyak dari ko.. ko kata aku tak nampak gemuk?)

Aku: Takpa kak... kalo kita kalo gemuk kak.... boleh diet, nanti kurus lah.. Tapi kalau kita hitam, atau kita pendek.. takleh la nak mandi clorox ataupun gi lompat tinggi2 cemana pun tetap gak itam & pendek.. Kena terimalah anugerah Tuhan kat kita ni..

Pompuan: Hehehe.. Dib ni ada2 je lah... (muka dia sudah merah...)

Oh yes. obviously dia ni seorang yang itam manis dan rendah dari aku. Maaf, aku tak niat nak mengutuk kejadian Allah ataupun nak mengutuk orang2 yang itam manis dan rendah. For me they're sweet and petite. Tapi... kalau orang dah buat begitu kat aku.. i just can't tolerate anymore. Thats the only way aku nak melepaskan GERAM aku kat orang. Sarcastic? Owh. kata-kata sarcastic akan terkeluar dari mulut ku ini bila situasi begitu. Bak kata orang kampung aku "what u give.. u get back!!". Its not ur beauty that really important.. but its ur inner beauty that count. Ha.. kan aku dah cakap omputeh.

Some people saja kondem diri sendiri.. kutuk2 manja diri sendiri untuk mendapat pujian dari orang lain. Misalnya.. bila berdepan dengan orang banyak jerawat.. titiba rapatkan muka kat cermin dan kata "muka i naik jerawat lahh..." (padahal muka licin cuma ada satu jerawat kecikkkkkkkkkk banget) ataupun macam kes tadilah.. bila berdepan dengan orang yang lebih gemuk terus pose2 pegang perut..." ish..i dah gemuklah, tadi makan roti canai kat kedai mamak"... (padahal berat ko hanya 53kg)...

Mereka sebenarnya nak dapat pujian.. "eh.. mana da.. muka u elok je.. muka i lagi banyak jerawat". Ataupun.."mana ada gemuk. u kurus la.... i ni lagi gemuk (sambil pegang tayar spare)"

Len kali kalo dia bagi statement camtu aku nak kata : "Ye la akak.. akak kalo practise aneroksia.. mesti akak lawa.. kompom tak gemuk..!!" wakakakakaka


Akak... jadi begini nak? Jimat kain kak..






p/s: "cakap siang pandang-padang.. cakap malam dengar-dengar.. cakap pagi petang siang malam? .. LU PIKIR LA SENDIRI..!!". Maaf kalau entry ni bahasanya sedikit kasar.... Sekian.


Salam kasih.

Masa Mengintai KureKure Mandi


Korang dah gaji? Aku dah gaji dah .. dah surut dah pun. Haha. Transfer sana, transfer sini.. tinggal 36 ringgit jer dalam purse. Kalo peragut ragut purse aku, confirm nyesal seminggu! Padan muka ko! Buat penat je sentap2 purse aku yang takda duit nih.. Tapi kalo ko nak jual purse aku boleh.. genuine leather yew... ! Balik jugak la modal duit minyak moto.. Hahaha..


Untuk meraikan hari gaji, semalam jugak aku bawak KureKure gi mandi. Mandi 2minggu sekali je dah cukup... mandi selalu kang demam pulak nanti.. Bulan ni besday KureKure yang ke3. Bila birthday, memang sakit aaa.. insurance, roadtax segala... Tapi takpa.. demi cintaku padamu, ku korbankan segalanya untuk ko, KureKureku. Asalkan kau jangan hampakan aku sudeh ye KureKure. Don't you ever hurt me.. or hurt yourself.. we're meant for each other tau, KureKure.


Masa aku mengintai Kurekure mandi, titiba datang sorang akak ni.. naik motorsekal. Suh MatBangla tu cuci motorsekal dia. Pastu dia duk sebelah aku.. Time tu aku tengah duk baca buku citer, tapi bila dia duk senyum2 ngan aku.. jadi.. aku tutup ler buku citer. Kurang sopan lak kan.. orang dah duk sebelah nak borak ngan kita, kita wat dunno je.. sian dia yew... !



Aku start the conversation, "Balik hantar anak gi sekolah ke kak?".. Bila aku dah bukak gelanggang, dia pun rancak bercerita. Pok pek pok pek bla bla bla.. citer itu gini ngan aku. Termasuk la bab politik, isu semasa di kawasan kejiranan, pasal budak hilang, pasal traffic jam, post office, orang tua nak amik pencen etc.. Ye.. aku layan je akak tu.. Aku pasrah!!


Lepas tu dia masuk pulak cerita pasal dia baru lepas buat kenduri kawen anak buah dia, kat dewan sebelah tempat mandi Kurekure nih... Event management semua anak buah dia buat. Daripada mak andam, decoration, pelamin, tarian (siap tarian..aku terfikir macam GongXiFaCai plak ekekeke), mandi lulur etc anak buah dia buat. Aku pun ye kan je lah apa yang dia borak tu.. sambil melayan SEPERTI penuh minat. CikTtipah, EncikAhmad tot us well on this kan??


Bila aku dah nak balik tu.. dia huloq kad... seraya berkata;


"Adik, kalau nak buat majlis nanti... kontek la anak buah akak tu.. semua dia boleh sedikan untuk adik, dari A sampai Z. Kalau adik nak buat kat dewan ni pun takpa. Kontek je anak buah akak tu, bagitau kat dia, akak bagi nombor dia kat adik".


Aku amik kad yang dia hulur tu.


Tapi dalam hati aku teringinnnnnnnnnnn sangat nak tanya dia...


"Akak... adakah akak ni keturunan AhliNujumPakBelalang ??" Hahaha..


Rupanya ada rahmat disebalik kejadian tu.. Dapat jugak aku update blog. Jadi satu entry. Hehe.




p/s: Dear friends, i'm okay.. no worries.. aku tak nangis pun..! Thanks for your concern..*hugs


Salam kasih.

Tuesday, June 23, 2009

Tanda-tanda


Manusia. Kadang-kadang alpa. Kadang-kadang tak sedar. Kadang-kadang denial. Menafikan kebenaran. Manusia selalu diberi tanda-tanda sebelum sesuatu kejadian itu berlaku. Subhanallah..

Sejak kita dalam kandungan mak, dah ditunjukkan tanda-tanda untuk mak sama ada anak yang dikandung (kita) ni anak lelaki ke anak perempuan. Tanda-tanda tu akan terjawab bila kita dah lahir ke dunia.

Kemudian, akan ada tanda-tanda yang tunjukkan masa puberty. Fizikal sedikit berubah, timbul jerawat, suara semakin 'macho', dah ada bentuk badan untuk perempuan.. etc.. etc.. Itu semua tanda-tanda nak melangkah ke alam dewasa.

Bila nak meninggal pun ada tanda-tanda. Contohnya kalo ada kes accident atau apa2 kes kematian yang keluar dalam paper.. mesti ada cerita "Mr. A jadi sangat pemurah, bersedekah di sana sini.. rupanya itu tanda-tanda dia nak pergi...". Macam masa arwah ayah meninggal, kata Maklong.. "MakLong dah nampak tanda.. bila tengok kuku ayah ... tak panjang2 dari dulu.. tu tanda-tanda nak pergi tu..."

Hari Kiamat juga ada tanda-tanda... ustazah ke.. ustaz ke.. ajar kita time Pendidikan Agama Islam kat sekolah.. tanda-tanda kecil kiamat.. tanda-tanda besar kiamat..





Dalam relationship pun begitu juga... diberi tanda-tanda.. that it has come to the end. It's time to walk away. Period.



p/s: Kueh.. skarang ni, aku dah kira jadi 'janda' gak ke? Kirim salam kat kawan ko tu ye.. ! :-)

Salam kasih.

Mimpi Yang Sempurna


Jangan kejutkan aku
Dari tidurku
Kan aku sedang bermimpi?
Dalam mimpi ini
Ada kamu..





Mimpi Yang Sempurna - Peterpan

Mungkinkah bila ku bertanya
pada bintang-bintang
dan bila ku mulai merasa
bahasa kesunyian


Salahkah aku berjalan
dalam kehampaan
terdiam, terpana, terbata
semua dalam keraguan

Aku dan semua
yang terluka karena kita

Aku kan menghilang
dalam pekat malam
lepas ku melayang

Biarlah ku bertanya
pada bintang-bintang
tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna




Salam kasih.

Monday, June 22, 2009

All Time Favourite


Abang92 is my all time favourite movie. Azhar Sulaiman & Deana Yusoff ... memang best dalam citer nih.. Dua2 aku suka cara mereka berlakon... Citer ni aku rasa aku gi tengok lebih dari 3 kali.. Masa tu aku ada di Kuching. Panggung wayang apa ntah namanya kat tengah town. Tiket RM5 jer kot! Hehe.. Aku ingat lagi ada kawan aku yang siap bawak kertas kosong + pen, nak salin dialog. Hahaha. Gila!

Time tu AzharSulaiman ni memang menjadi kegilaan muda remaja! Ensem. Comel. Smart guy. Berlakon iklan sana sini. Dalam masa yang sama, juga jadi student architecture di ITM. Masa tu dialah antara model yang famous together with EsmaDanial, BadrulMuhayat and EdikaYusof. Silap2 ada yang tak kenal pun nama2 tu kan? Hehe.




Bila cerita Abang92 ni ditayangkan, ramai kakak2 senior kat kolej, berani untuk jatuh hati kat adik2 junior. Dan adik2 junior berani mengorat kakak2 senior. Bila nampak couple macam tu jer.. dapatla gelaran Abang92 ataupun Imran&FarahHanum. Kuat sungguh pengaruh cerita ni.. Huhu..

Aku berjaya jumpa semula cerita ni.. Ceritanya begini... Masa nak exam hari tu.. lepas penat2 study, aku gi masuk Youtube, saja je type Abang92 dalam kotak search tu. Titiba... taraaaaaaaaa!!! Ada you......! Ya Allah... seronoknya..... Rehat la kejap untuk tengok citer tu sikit2.. amik part yang best2 .. misalnya tulisan dengan spageti "Titiba2 spaghetti you rasa masam" tu.. etc..

Yang paling best.. adalah Part 9.. yang ada banyak dialog2 yang sangat synonym dengan cerita ni. Antara dialog yang paling fames adalah...


Dialog Abah & FarahHanum
Abah, apa dia love?
Love? Love Farah Hanum... ialah satu perasaan yang hanya boleh dirasai bila kita merasainya

Apalah abah cakap ni

Suatu hari kau akan merasai sesuatu rasa yang kau akan kenali sebagai LOVE sayang.

Dialog FarahHanum to Imran

Sekarang ni takpa lah... you 24... i 26.... not too bad..Tapi bila you 54... i 56..
you 64 i 66.. you masih lagi lelaki tampan.. i dah berkedut seratus..

Dialog Imran to Ustaz yang nak tangkap depa khalwat

Ostad (yea.. this is the way he pronounced it.. tak caya.. nanti leh tengok hehe)... boleh saya tanya sikit ostad, kalau kami berdua ditangkap khalwat, bolehkah ostad nikahkan kami malam ni jugak? <--- this is funny :-)

Klip ni tak boleh nak letak kat sini.. Embedding disable. Kalau nak tengok Part9 ni.. boleh klik di sini.. Cerita ni bawak kenangan terindah... saat ramai2 naik 'van sapu' untuk gi tengok wayang.. hehehe.. those were the days...


Salam kasih.

Maybe...


Tiba-tiba.. aku terfikir apa yang si mantankekasih kata.. "it could be the other way round.." hmm.....


maybe...



Aku sudah ada satu tekad. Yang tak akan berubah. Titik.

Sunday, June 21, 2009

Kisah Bergambar - Final



Kisah bergambar yang terakhir. Di sekitar majlis dan after the event. Kami sekeluarga, cuba memberi yang terbaik untuk dia, birthday kali ini.. yang dia sambut untuk kali pertamanya tanpa arwah ayah. Takmo dia sedeh2 masa birthday. Antara funny moments captured..

Kepenatan dah neh.. showing off her lobang idong


the 'darah manis'


the sengal - owhhhh my!!!! ko biar betul Along!! haha

the bodyguards - don't play play!! ;-)


with my angel..

Orang selalu bagi syarat "sebelum apa2... u kena amik hati mak i dulu.. or ayah i dulu..." But in my case.. kena amik hati my angel dulu... If my angel kata okay.... baru okay..! hahaha.. Pernah introduce a friend of mine kat dia... bukan bopren pun.. Dia boleh kata.. "Kak.. takmo lah..dia tak best".. boleh gitu? Hahaha..

Mmm.. habis dah entry Kisah Bergambar... nak tido. Gudnite.



Salam kasih.

Kisah Bergambar - Birthday Girl

Lagi kisah bergambar di sekitar majlis hari ni..






Sessi memotong kek... yang bestnya.. lepas dia potong kek.. dengan selambanya.. dia gi jilat krim yang ada kat pisau potong kek tu...! Ya Ampun!!!!! Adik.... adik......

Lepas makan.. sessi bukak hadiah... Sangat teruja nak bukak hadiah..!






Banyak jugak hadiah yang Dikna dapat hari ni... sebanyak.....


.
.
.
.
.
.














Satu troli!!
Patutlah happy dik...!! Hehe




Salam kasih.